Khas Buat Ibu Hamil, Ini 4 Jenis Buah Terbaik Untuk Anda & Kandungan!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 04/08/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Wanita mengandung sememangnya perlu makan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak untuk mendapatkan antioksida, mineral, vitamin dan serat yang mencukupi.

Walaupun semua jenis buah-buahan mempunyai kandungan nutrisinya yang tersendiri, terdapat juga buah-buahan spesifik yang lebih sesuai untuk dimakan oleh ibu hamil.

Tetapi apakah buah-buahan tersebut?

Buah untuk ibu hamil

Berikut merupakan 4 jenis buah-buahan tersebut:

Buah Zuriat Fakta atau Mitos Kehamilan - buah sitrus

#1. Buah-buahan yang kaya dengan vitamin C

Vitamin C atau asid askorbik merupakan nutrien yang paling penting untuk tubuh badan manusia.

Vitamin jenis ini berfungsi untuk proses penyembuhan, pelindungan daripada bahan kimia dan radikal bebas serta melindungi dan merawat selsema yang biasa dengan meningkatkan sistem imun individu.

Ia juga merupakan elemen yang penting bagi tujuan penyerapan dan biosintesis nutrien lain yang juga penting untuk tubuh badan manusia iaitu zat besi, vitamin A, vitamin E dan kolagen.

Tidak seperti haiwan, tubuh badan manusia tidak mampu untuk menghasilkan sendiri vitamin C. Oleh itu, ibu hamil perlu mengambil buah-buahan yang kaya dengan vitamin jenis ini seperti:

  • Buah sitrus: oren, limau, lemon, pomelo, limau gedang, limau mandarin
  • Buah beri: strawberi, beri biru, beri hitam, beri acai, ceri, kiwi
  • Jambu batu
  • Tembikai susu, melon

#2. Buah-buahan yang kaya dengan potasium

Potasium merupakan salah satu daripada mineral makro yang sangat penting dalam memastikan tubuh badan manusia mempunyai tenaga otot, kandungan air dan elektrolit yang mencukupi.

Mineral jenis ini juga membantu individu menyeimbangkan tahap metabolisme dan tekanan darah selain menguatkan sistem saraf.

Selain itu, pengambilan potasium dalam kuantiti yang mencukupi juga dapat mengurangkan risiko ibu hamil mengalami kekejangan kaki.

Potasium tidak sukar untuk ditemui, mineral jenis ini terdapat dalam banyak buah-buahan seperti:

  • Stone fruits: aprikot, pic, plum, nektar
  • Avokado
  • Pisang
  • Kiwi
  • Jambu batu
  • Buah markisa

wanita mengandung makan buah

#3. Buah-buahan yang tinggi beta-karotena

Beta-karotena merupakan pelopor kepada vitamin A yang merupakan nutrien yang bagus untuk penglihatan dan kulit yang sihat, fungsi otot dan sendi serta meningkatkan sel-sel reproduktif dalam tubuh badan manusia.

Beta-karotena juga merupakan antioksida yang sangat kuat dalam membantu tubuh badan manusia melawan radikal bebas yang sering berlaku apabila meningkat usia.

Beta-karotena terdapat di dalam buah-buahan yang mempunyai warna seakan-akan merah, oren dan kuning seperti:

  • Mangga
  • Aprikot
  • Betik
  • Melon
  • Pisang kaki

#4. Buah-buahan yang kaya dengan folat

Folat atau asid folik adalah kompenen vitamin B yang berfungsi mencipta, membaiki serta membuat DNA berfungsi. Selain itu, folat juga berfungsi sebagai anti-depressant semulajadi yang selamat serta mampu mencegah diabetes.

Folat sangat penting untuk ibu hamil kerana kekurangan pengambilan nutrisi ini seringkali dikaitkan dengan kondisi neural tube defect (NTD) kepada bayi dalam kandungan.

Kekurangan pengambilan folat juga mampu mengakibatkan bayi dalam kandungan mengalami bibir sumbing dan beberapa penyakit berkaitan jantung.

Selain itu juga, kekurangan nutrisi ini akan mengakibatkan ibu hamil menghidapi praeklampsia.

Asid folik terdapat di dalam buah-buahan yang berikut:

  • Buah sitrus: oren, limau gedang
  • Betik
  • Anggur
  • Strawberi, raspberry
  • Pisang

Menjaga pemakanan wanita mengandung

Umumnya, seorang wanita mengandung perlulah menjaga diet pemakanan harian. Ia bukan sahaja penting untuk memastikan keperluan nutrisi ibu dipenuhi tetapi dalam masa yang sama demi tumbesaran janin.

Selain pemakanan, ibu hamil juga disarankan untuk melakukan senaman bagi memastikan tahap kesihatan kekal optimum.

Jika terdapat sebarang kemusykilan berkaitan pemakanan yang sesuai semasa hamil, dapatkan nasihat dan rundingan daripada doktor bertauliah untuk membantu anda, okay?

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Nak Tahu Cara Atasi Pedih Ulu Hati? Jom Cuba 6 Kaedah Ini, Barulah Lega!

Simptom utama asid refluks (GERD) - pedih ulu hati yang mendatangkan ketidakselesaan. Tapi ada cara menghilangkan pedih ulu hati dengan cepat boleh dicuba.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Pedih Ulu Hati 19/02/2021 . 3 minit bacaan

Penghidap Glaukoma, Kenal Pasti 9 Makanan Ini ATAU Mata Anda Jadi Makin Teruk!

Bagi individu yang mempunyai penyakit glaukoma, aspek pemakanan perlu dititikberatkan. Jom kenal pasti jenis makanan perlu dielakkan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Glaukoma 18/02/2021 . 3 minit bacaan

Kalau Nak ‘Family Planning’, Kena Tahu Waktu Subur Isteri Tau! Jom Fahami Kitaran Haid

Semasa cuba hamil, mengetahui waktu subur perempuan memainkan peranan yang amat penting untuk membolehkan persenyawaan berlaku. Ini cara untuk kenal pasti!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Haid 17/02/2021 . 3 minit bacaan

Ibu Hamil Sudah Tahu Apa Itu GDM? Jika Belum, Baca Ini Sekarang, PENTING!

Anda tahu apa itu kencing manis? Adakah anda juga tahu apa itu GDM? Kedua-duanya sangat berkait rapat dengan ibu hamil. Inilah maksud GDM...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Kencing Manis 15/02/2021 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

beza air mazi dan air mani

Benarkah Air Mazi TIDAK Menyebabkan Kehamilan? Ini Tanggapan Yang Harus Diperbetulkan

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 04/03/2021 . 3 minit bacaan
info ibu mengandung

Ini Antara Perubahan Tubuh & Emosi Sepanjang Kehamilan, Wanita Hamil WAJIB Ambil Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 04/03/2021 . 5 minit bacaan
bila boleh buat pregnancy test

Jika Alami 9 Tanda Ini, Anda PATUT Buat Ujian Kehamilan, No. 1 & 5 Paling Biasa Terjadi

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 24/02/2021 . 3 minit bacaan
bahaya kencing manis

Ini Kesan Diabetes Masa Hamil Kepada Bayi Dalam Kandungan, Mak Buyung MESTI Tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 22/02/2021 . 3 minit bacaan