backup og meta

Elak Risiko Bayi Cacat Dengan Buat 11 Perkara Ini, WAJIB Amalkan Sebelum Hamil Lagi!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 22/10/2020

    Elak Risiko Bayi Cacat Dengan Buat 11 Perkara Ini, WAJIB Amalkan Sebelum Hamil Lagi!

    Anda dan pasangan sedang merancang untuk hamil? Ada 11 perkara yang wajib anda amalkan sebelum dan sepanjang tempoh kehamilan bagi mengelakkan risiko kecacatan bayi.

    Merancang untuk hamil: Fahami risiko kecacatan bayi

    Tiada siapa yang sanggup melihat zuriat yang dilahirkan tidak sempurna anggota badan atau mengalami masalah kesihatan, kan?

    Kecacatan bayi pada kelahiran adalah kelainan struktur yang berlaku semasa tumbesaran bayi di dalam rahim.

    Kecacatan kelahiran ini biasanya akan mula wujud pada 3 bulan pertama tempoh kehamilan

    Ia boleh menjejaskan keadaan fizikal badan, fungsi ataupun kedua-duanya dan boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan. 

    Sesetengah kecacatan bayi berpunca daripada gen yang diturunkan daripada ibu bapa kepada anak-anak atau disebabkan oleh masalah kromosom.

    Dalam sesetengah kes, kecacatan yang berlaku disebabkan oleh pendedahan kepada ubatan, jangkitan dan bahan kimia tertentu semasa kehamilan.

    Buat pasangan yang merancang untuk hamil, ini tip kurangkan risiko kecacatan bayi

    Sememangnya masalah kecacatan kelahiran yang berlaku boleh dicegah.

    Pun begitu, wanita yang sedang merancang untuk hamil dapat meningkatkan peluang untuk memiliki bayi yang sihat jika mengamalkan gaya hidup dan tingkah laku seimbang.

    Berikut 11 tip yang boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko kecacatan kelahiran sebelum dan sepanjang tempoh kehamilan:

    Perancangan awal

    #1 Asid folik

    Makan 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari. Ia adalah vitamin B  yang boleh diperoleh daripada makanan atau suplemen.

    Jika seorang wanita memenuhi kadar keperluan asid folik sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum dan semasa kehamilan, ia  dapat membantu cegah kecacatan bayi.

    Ini terutamanya kecacatan kelahiran melibatkan otak dan tulang belakang yang sedang berkembang (anencephaly dan spina bifida). 

    kecacatan bayi

    #2 Pemeriksaan doktor

    Seorang wanita yang sedang merancang untuk hamil perlu melakukan pemeriksaan dan rundingan dengan doktor.

    Pemeriksaan pranatal perlu dilakukan sebaik sahaja, anda berasakan anda mungkin hamil

    Ini bagi memastikan tahap kesihatan ibu mengandung dan kandungan berada dalam keadaan baik.

    Tabiat berbahaya

    #3 Pengambilan alkohol

    Alkohol diminum oleh ibu mengandung akan disalurkan kepada bayi melalui tali pusat.

    Pun begitu, tidak dapat diputuskan jumlah penggunaan alkohol yang selamat semasa merancang kehamilan atau ketika tempoh kehamilan. 

    Meminum alkohol semasa hamil meningkatkan risiko keguguran, bayi mati dalam kandungan serta pelbagai kecacatan fizikal, tingkah laku dan intelektual pada anak yang bakal dilahirkan.

    #4 Menghisap rokok

    Tabiat merokok semasa hamil boleh menyebabkan berlakunya kelahiran pramatang, kecacatan bayi semasa kelahiran tertentu seperti masalah sumbing serta kematian bayi. 

    Sebagai perokok pasif juga, berada dalam persekitaran dengan asap tembakau menyebabkan wanita dan kandungannya berisiko menghadapi masalah.

    Berhenti merokok sebelum hamil adalah keputusan yang terbaik. 

    Manakala bagi ibu mengandung, menghentikan tabiat merokok secepat yang mungkin masih boleh melindungi bayi daripada masalah kesihatan seperti kurang berat sewaktu lahir. 

    #5 Mencegah jangkitan

    Sesetengah jangkitan dialami oleh wanita hamil turut boleh membahayakan dan menjejaskan tumbesaran si manja di dalam kandungan. 

    Lebih malang, ia boleh mengakibatkan kecacatan kelahiran. Oleh sebab itu, penting untuk bakal ibu menjaga kesihatan dalam tempoh kehamilan. 

    Pemilihan gaya hidup seimbang

    #6 Mengawal diabetes

    Diabetes semasa mengandung boleh meningkatkan kecenderungan untuk berdepan masalah kecacatan bayi dan isu lain sepanjang tempoh kehamilan. 

    Lebih membimbangkan ia boleh menyebabkan komplikasi serius bagi ibu mengandung.

    #7 Berat badan seimbang

    Bagi wanita yang merancang untuk hamil, anda disyorkan untuk berusaha mencapai dan mengekalkan berat badan yang seimbang. 

    Wanita obesiti dengan nilai BMI (indeks jisim badan) 30 atau lebih tinggi sebelum hamil berisiko mengalami komplikasi semasa tempoh kehamilan. 

    Masalah berat badan yang berlebihan itu juga meningkatkan risiko ibu mengandung untuk berdepan beberapa kecacatan kelahiran yang serius. 

    ibu mengandung

    #8 Diet sihat

    Tidak kira sama ada anda sedang merancang kehamilan atau sedang mengandung, mengamalkan tabiat diet pemakanan yang sihat dan seimbang adalah perkara penting.

    Diet harian anda haruslah merangkumi pengambilan buah-buahan, sayuran, bijirin penuh, produk tenusu rendah lemak dan protein tanpa lemak.

    #9 Aktiviti fizikal

    Pastinya ramai yang mengetahui bahawa bersenam adalah 1 perkara yang baik untuk kesihatan. Pun begitu, berapa ramai yang mengamalkannya?

    Ibu mengandung juga amat digalakkan untuk bersenam mengikut kesesuaian keadaan. 

    Rundingan pakar kesihatan

    #10 Pengambilan ubatan

    Sesetengah ubatan boleh menyebabkan kecacatan bayi yang serius jika diambil semasa tempoh kehamilan. 

    Bagi ibu mengandung atau wanita yang sedang merancang untuk hamil, anda tidak boleh berhenti mengambil sebarang ubatan yang diperlukan atau mula mengambil ubat tanpa rundingan doktor. 

    #11 Suntikan vaksin

    Kebanyakan vaksin adalah selamat untuk diambil semasa tempoh kehamilan.

    Bahkan vaksin seperti vaksin selesema, vaksin Tdap (tetanus dewasa, difteria dan vaksin pertusis aselular) disarankan secara khusus semasa kehamilan.

    Pengambilan vaksin tertentu dapat menghindari wanita daripada jangkitan yang boleh menyebabkan kecacatan kelahiran.

    Kesimpulannya, jika anda sedang merancang untuk hamil, jagalah pemakanan dan kesihatan diri anda. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 22/10/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan