Boleh PERCAYA Ke 5 Mitos Berpantang Ini? Nombor 3 Paling Karut

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 14/10/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Sebut pasal berpantang terbayang segala pantang larang nenek moyang yang menjadi kepercayaan. Kalau tak ikut, risau pula kesannya pada badan. Tetapi boleh percaya ke atau ia sekadar mitos berpantang yang karut? 

Kepercayaan wanita berpantang

Sewaktu proses melahirkan bayi, sememangnya seseorang wanita itu akan kehilangan banyak darah. Oleh sebab itu, setiap wanita selepas bersalin disarankan agar berehat dan mematuhi beberapa amalan. Istilah biasa yang sering digunakan adalah berpantang.

Kebiasaannya tempoh berpantang bagi wanita Melayu adalah antara 40 hingga 55 hari, wanita Cina dan India selama 30 hari. Sepanjang tempoh itu, setiap individu wanita yang baru bersalin perlu mengikuti amalan wanita berpantang. 

Amalan kepercayaan sepanjang tempoh berpantang ini merangkumi seluruh aspek kehidupan harian, seperti pemakanan dan minuman, pemakaian dan juga penjagaan kebersihan diri. Namun yang menjadi persoalan kini, adakah segala kepercayaan ini sekadar mitos berpantang atau ia satu amalan yang harus diikuti?

Fakta atau sekadar mitos berpantang?

Amalan berpantang ini adalah kepercayaan yang diwarisi secara turun temurun sama ada dalam masyarakat Melayu, Cina mahupun India. Ada juga amalan berpantang yang menyebabkan wujudnya kekeliruan khususnya dalam kalangan ibu muda.

Bahkan, terdapat sesetengah pantang larang yang diamalkan ini boleh mendatangkan mudarat. Ia berikutan terdapat kepercayaan dan amalan berpantang yang terlalu ketat sehingga boleh mendatangkan kesan yang tidak baik untuk kesihatan ibu

Daripada sudut perubatan moden juga menganggap sesetengah amalan berpantang hanya sekadar kepercayaan yang tidak tepat. Ini kerana tidak terdapat sebarang kajian saintifik untuk membuktikan keberkesanan amalan tersebut.

5 mitos berpantang popular

Sebenarnya dalam amalan berpantang ini terdapat pelbagai jenis pantang larang. Kalau ingin disenaraikan semuanya, rasanya terlalu banyak. Ini kerana seperti yang dikatakan pada awal tadi, amalan berpantang ini diamalkan oleh kesemua kaum yang terdapat di Malaysia.

Jadi pada artikel ini, Hello Doktor senaraikan 5 mitos berpantang paling biasa didengar. Cuma bezanya di sini adalah untuk menentukan sama ada ia benar atau sekadar 1 kepercayaan semata-mata.

mitos-berpantang-5-kepercayaan-karut

1. Jangan minum banyak air

Ibu selepas bersalin yang menjalani proses berpantang adalah tidak dibenarkan untuk meminum air dalam kuantiti banyak.

Dikatakan jika minum secara berlebihan, ia boleh mengakibatkan jumlah air di dalam badan menjadi terlalu banyak (water retention).

Fakta: Sudah tentu ia 1 kepercayaan karut yang harus DIELAKKAN

Ibu baru bersalin boleh minum air secukupnya tapi tidak boleh berlebihan. 

2. Tidak boleh membaca buku

Ada yang mengatakan proses bersalin akan menyebabkan hati menjadi lemah dan ia dikaitkan dengan mata. Oleh sebab itu, wanita selepas bersalin amat tidak digalakkan untuk memberi tekanan kepada mata seperti membaca atau menangis. Atau ia akan menyebabkan masalah rabun.

Fakta: TIADA KAITAN yang dapat menghubungkan antara membaca atau menangis dengan masalah mata.

3. Jangan mandi atau basahkan rambut

Mandi atau membasahkan rambut dikatakan akan menyebabkan angin masuk ke dalam badan. Ia dibimbangi akan menyebabkan urat saraf mengembang dan sakit kepala.

Ada juga kepercayaan yang mengatakan ibu selepas bersalin yang mandi terlalu lama boleh mengalami masalah bentan. 

Fakta: Ia adalah satu amalan berpantang yang TIDAK SAHIH.

Hakikatnya mandi atau membasahkan rambut adalah satu tabiat penjagaan kebersihan diri yang tidak boleh disingkirkan. Malahan ia membantu mencegah sebarang jangkitan kulit atau luka.

Walau bagaimanapun, ibu selepas bersalin amat dinasihatkan untuk tidak mandi dengan terlalu lama kerana bermungkinan cepat sejuk. 

mitos-berpantang-5-kepercayaan-karut

4. Jangan guna kipas atau penghawa dingin

Mitos ini lebih kurang sama dengan mandi. Mendedahkan diri dengan angin sejuk daripada kipas dan penghawa dingin dipercayai menyebabkan angin memasuki badan. Ia akan menyebabkan masalah kesihatan pada ibu di kemudian hari.

Ibu dalam berpantang juga perlu memakai pakaian berlapis atau tebal kerana risau angin masuk ke dalam badan. 

Fakta: Berdasarkan sains, kulit manusia mempunyai beberapa lapisan. Angin tidak boleh memasuki kulit dan terus masuk ke saluran darah. Maka ia sudah tentu perkara yang TIDAK TEPAT. 

Kunci utamanya adalah bersederhana. Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, ibu harus tahu perkara yang boleh memberikannya keselesaan.

Keadaan yang berpeluh dan panas, akan menyebabkan ketidakselesaan. Malah cenderung mengakibatkan strok haba. 

Tidak salah untuk menggunakan penghawa dingin atau kipas, tetapi berpada-padalah. Usah menggunakan kipas yang berkelajuan tinggi atau menetapkan suhu penghawa dingin yang terlalu rendah.

5. Jangan makan makanan sejuk

Mitos berpantang paling popular adalah tidak boleh memakan laksa. Ia adalah kepercayaan paling popular bagi masyarakat sebelah utara.

Ada yang mengatakan makanan sejuk yang terdiri daripada sayuran dan buah-buahan tidak boleh diambil oleh ibu dalam pantang. Pengambilan makanan sejuk dikatakan boleh mengakibatkan masalah angin dan bisa pada keseluruhan badan. Serius ke?

Fakta: Sebenarnya, perkara paling penting adalah untuk mengamalkan PEMAKANAN SEIMBANG bagi sepanjang tempoh berpantang itu. Memakan sayuran dan buah-buahan penting sebagai sumber vitamin, mineral, fitokimia dan serat.

Hak individu

Kebanyakan individu pada zaman moden ini kurang mengamalkan pantang larang kepercayaan nenek moyang terdahulu. Ia sama ada disebabkan ketiadaan masa atau kerana tidak mempercayai amalan berpantang itu sendiri.

Tidak kisah sama ada anda ingin berpantang atau tidak, perkara paling penting adalah untuk menjaga kesihatan diri. Elakkan daripada membiarkan diri berdepan tekanan sehingga boleh mengakibatkan mudarat. 

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Artikel lain untuk anda

    makanan dilarang ketika hamil

    AWAS, Ibu Hamil Jangan Ambil 15 Makanan Ini Untuk Elak Jejaskan Perkembangan Janin!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 02/03/2020 . 4 minit bacaan
    bayi baru lahir

    Pantang Larang Sewaktu Menziarahi Bayi Baru Lahir

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Diterbitkan pada 17/07/2018 . 4 minit bacaan