Benar, ada banyak cara kuruskan badan yang anda boleh cuba lakukan tetapi tidak semua itu akan berkesan malah berbahaya. Jadi, kalian mungkin perlu berfikir di luar kotak fikiran.
Benar, ada banyak cara kuruskan badan yang anda boleh cuba lakukan tetapi tidak semua itu akan berkesan malah berbahaya. Jadi, kalian mungkin perlu berfikir di luar kotak fikiran.

Ada petua yang mengatakan kualiti dan kuantiti tidur itu merupakan kunci utama untuk tujuan ini. Adakah ia benar?
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.
Setiap kali berbicara tentang masalah kegemukan, perkara pertama yang akan cenderung berlegar di fikiran adalah kurangnya motivasi individu untuk menurunkan berat badan mereka.
Dari satu aspek, ia mungkin benar memandangkan ramai orang yang gemuk masih bersikap acuh tidak acuh terhadap pengambilan makanan dan minuman selain mengabaikan senaman.
Pun begitu, anda juga kena tahu bahawa ada punca sebenar di sebalik kegemukan yang mungkin ramai belum tahu:
Faktor luaran seperti persekitaran, kewangan dan kemudahan akses sumber makanan serta minuman juga mungkin boleh menyumbang kepada masalah kegemukan di luar kebiasaan.
Jika anda juga tergolong dalam kategori ‘gemuk’, segera lakukan cara kuruskan badan agar tidak timbul isu kelak!
Sebenarnya, ada dua aspek dalam cara kuruskan badan yang anda perlu fokuskan iaitu pola diet dan gaya hidup. Jika kedua-duanya mampu dikawal, berat badan juga mudah diurus.
Dalam usaha untuk mencuba membuat badan lebih kurus, anda kena kurangkan pengambilan makanan yang tinggi:
Di samping itu, ada beberapa jenis kelas makanan yang harus anda lebihkan agar lebih mudah kurus seperti berikut:
Selain menjaga pemakanan, usah lupa untuk bersenam atau beraktiviti pada kadar dan intensiti yang ideal. Tanpanya, maka mungkin tiada makna usaha anda mengawal nafsu makan.

Tidak cukup dengan itu, ada satu petua yang mengatakan bahawa lebihkan tidur adalah antara cara kuruskan badan terbaik. Persoalannya, apa kaitan di antara berat badan dengan tidur?
Kalau anda sedang mencari cara cepat kurus dalam 1 minggu, anda memilih artikel yang sangat tepat. Ini kerana anda tidak harus berlapar, bergerak dan cuma perlu tidur.
Menurut sorotan kajian yang melibatkan sekitar 300,000 individu, didapati bahawa individu yang kurang waktu tidur lebih tinggi risiko masalah berat badan berlebihan atau obesiti.
Kenapa? Sebenarnya, tidur boleh mempengaruhi berat badan individu dalam beberapa cara seperti yang berikut:
Dengan mendapatkan tidur yang cukup, ia akan membantu mencegah anda mengambil kalori yang berlebihan. Lama-kelamaan, selera makan anda juga bakal lebih mudah dikawal dan dijaga.
Kekurangan tidur boleh mengubah cara otak bekerja dalam membuat keputusan termasuk pengambilan makanan. Ia bakal menimbulkan keinginan untuk makan makanan yang tidak sihat.
Dengan tidur pada kualiti dan kuantiti yang lebih bagus, anda juga dapat membuat pilihan makanan dengan lebih baik.

Apabila tidak tidur pada lewat malam, maka akan terbitlah rasa lapar dan dahaga yang melampau lalu membuat anda lebih tinggi potensi untuk makan pada waktu paling tidak disarankan ini.
Caranya, anda perlu melatih diri untuk mengabai nafsu makan dalam usaha mengelak tabiat makan pada lewat malam.
Tidur yang berkualiti dan berkuantiti mampu membuat anda lebih cergas apabila bangun di keesokan hari. Apabila tubuh badan lebih bermotivasi dan bertenaga, anda akan mampu bersenam dengan baik.
Paling penting, tidur akan memainkan peranan untuk tubuh badan anda menghadam dan mencerna makanan yang diambil pada hari itu. Dengannya, sistem metabolisme anda juga akan bertambah lebih baik.
Konklusinya, anda bukan sahaja perlu fokuskan diri kepada makanan, minuman atau senaman sahaja di dalam cara kuruskan badan ini. Waktu tidur yang lebih berkualiti dan berkuantiti juga akan main peranan.
Maka, sila lebihkan waktu tidur jika anda ingin turunkan berat badan. Ia adalah petua yang sangat mudah bukan?
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
19/01/2026
Ditulis oleh Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor