backup og meta

Jenis-Jenis Vitamin & Pemakanan Yang Betul Untuk Ibu Hamil

Jenis-Jenis Vitamin & Pemakanan Yang Betul Untuk Ibu Hamil

Vitamin untuk ibu hamil penting bagi menjaga kesihatan diri dan kandungan. Tetapi apakah kandungan yang perlu ada dalam vitamin mengandung serta diet pemakanan yang terbaik?

Diet pemakanan & vitamin untuk ibu hamil 

Seorang wanita mengandung pasti akan mempunyai kebimbangan mengenai pilihan makanan yang baik bagi memastikan diri dan bayi sentiasa sihat sepanjang tempoh kehamilan, betul tak?

Ia tidaklah sesukar yang difikirkan apabila anda mengetahui makanan mana yang harus diutamakan.

Secara amnya, pemakanan yang baik bersama vitamin untuk ibu hamil dapat memastikan kandungan anda mendapat nutrien diperlukan untuk proses tumbesaran.

Pelan pemakanan yang seimbang perlu mengandungi:

  • Protein 
  • Karbohidrat kompleks 
  • Lemak sihat
  • Vitamin dan mineral
  • Serat dan cecair

Pada hakikatnya pola pemakanan kehamilan yang sihat tidaklah begitu berbeza dengan diet pemakanan harian biasa pada umumnya. 

Cumanya, wanita berbadan dua memerlukan jumlah yang lebih banyak untuk mengimbangi semua fungsi tubuh serta keperluan tambahan bayi dalam kandungan.

Selain melalui pengambilan makanan, keperluan ibu dan bayi boleh dipenuhi dengan vitamin mengandung atau lebih dikenali sebagai vitamin pranatal.

Vitamin untuk ibu hamil

Vitamin pranatal lengkap harus mempunyai keseimbangan nutrien yang diperlukan.

Sebaiknya sebelum anda mengambil sebarang makanan tambahan atau vitamin mengandung, dapatkan dahulu nasihat doktor, okay?

Jom kita ketahui dengan lebih lanjut mengenai vitamin pranatal ini.

Keperluan vitamin pranatal

Vitamin pranatal adalah makanan tambahan yang dibuat untuk wanita mengandung bagi membekalkan tubuh mereka dengan vitamin dan mineral diperlukan untuk kehamilan sihat.

Sebaiknya anda memilih vitamin pranatal yang mengandungi:

Vitamin untuk ibu hamil #Asid folik

Ia dapat mencegah kecacatan kelahiran yang mempengaruhi otak dan saraf tunjang bayi.

Kecacatan ini berkembang pada peringkat awal kehamilan, sebelum menyedari bahawa mereka mengandung – separuh daripadanya melibatkan kandungan yang tidak dirancang.

Itu sebabnya doktor mengesyorkan setiap wanita yang berpeluang untuk hamil mengambil 400 mikrogram (mg) asid folik setiap hari.

Ia harus mula diambil sebelum persenyawaan dan berterusan sehingga minggu ke 12 kehamilan.

vitamin untuk ibu hamil

#Zat besi

Merupakan antara kandungan penting dalam vitamin mengandung.

Ia membantu tubuh ibu hamil untuk menghasilkan lebih banyak sel darah merah. Sel darah ini berperanan untuk membawa oksigen kepada bayi untuk perkembangannya.

Vitamin mengandung #Kalsium

Kalsium – pasangan kepada vitamin D, adalah penting sebagai vitamin untuk ibu hamil bagi memperolehi tulang dan gigi yang kuat.

Tetapi paling utama, ia diperlukan untuk perkembangan dan fungsi jantung, otot dan sistem pembekuan darah.

Bayi anda memerlukan bekalan kalsium yang banyak semasa proses tumbesarannya. 

#Lain-lain

Terdapat nutrien lain yang boleh membantu mengekalkan tahap kesihatan semasa hamil.

Doktor akan membantu untuk menentukan sama ada anda memerlukan vitamin mengandung yang merangkumi:

  • Asid lemak omega-3
  • Kolin
  • Iodin
  • Magnesium
  • Zink
  • Kalium
  • Fosforus

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Vitamin mengandung melalui pemakanan

Berbadan dua tidak bermakna anda perlu makan dengan lebih banyak. Bahkan istilah ‘makan untuk 2 orang’ tidak sesuai digunakan.

#Karbohidrat kompleks 

Sekiranya boleh, makan karbohidrat kompleks, seperti:

  • Roti dan pasta gandum
  • Sayur-sayuran 
  • Kekacang

vitamin untuk ibu hamil

Hadkan pengambilan makanan ini walaupun tampak menyelerakan. Ini kerana ia rendah serat, nutrien serta kandungan karbohidrat.

  • Roti putih
  • Biskut 
  • Pretzel 
  • Kerepek 
  • Penambahan gula secara berlebihan

Vitamin untuk ibu hamil #Protein

Untuk memastikan diri mendapat protein mencukupi sepanjang kehamilan, pastikan anda menambah sumber makanan tinggi kandungan mineral ini.

Antaranya, seperti:

  • Telur 
  • Kacang dan mentega kacang
  • Bijian 
  • Ikan 
  • Ayam 
  • Kekacang 
  • Yogurt Greek dan keju
  • Tauhu 

#Sayur-sayuran dan buah-buahan

Sayuran dan buah-buahan mengandungi banyak nutrien yang anda dan bayi perlukan seperti:

  • Vitamin A dan C
  • Beta karoten
  • Serat 
  • Vitamin E
  • Riboflavin 
  • Asid folik
  • Vitamin B
  • Kalsium 
  • Mineral surih (trace mineral)

#Bijirin penuh dan kekacang

Ia mengandungi mineral dan vitamin untuk ibu hamil yang diperlukan oleh bayi dalam kandungan bagi tumbesaran untuk bahagian tubuh mereka.

Bukan sekadar itu, kumpulan makanan ini adalah sumber yang kaya dengan nutrien, termasuk zat besi serta pelbagai vitamin B seperti thiamin (vitamin B-1), riboflavin (vitamin B-2), folat dan niasin.

Vitamin mengandung #Serat

Ibu hamil dinasihatkan untuk mengambil antara 20 hingga 35 gram serat setiap hari daripada bijirin penuh, kekacang, sayuran dan buah-buahan.

Pastikan anda juga meningkatkan pengambilan cecair bersama serat untuk mendapatkan hasil yang terbaik. 

Antara pilihan makanan tinggi serat seperti:

  • Oat 
  • Kekacang 
  • avokado
  • Biji chia
  • Buah beri

vitamin untuk ibu hamil

Lemak 

Makanan berlemak tinggi perlu dihadkan pengambilannya. Ini termasuklah makanan bergoreng dan produk siap berbungkus yang cenderung mengandungi lemak trans.

Antara sumber lemak sihat termasuklah:

  • Walnut 
  • Avokado 
  • Biji labu dan bunga matahari
  • Biji chia
  • Biji rami
  • Ikan berlemak seperti salmon
  • Minyak zaitun

Makanan ini memberikan jenis lemak yang tepat untuk mendorong perkembangan otak bayi.

Pentingnya vitamin untuk ibu hamil

Pengambilan vitamin mengandung atau pranatal dapat membantu memenuhi keperluan asas harian anda.

Tetapi makanan segar dan penuh vitamin adalah pilihan sihat untuk membantu bayi mendapat permulaan terbaik serta membantu menjadikan anda lebih bertenaga dan kuat.

Jika mempunyai kebimbangan, dapatkan nasihat daripada pakar tentang keperluan pemakanan anda. 

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

All been accessed on March 15, 2021 from

https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/27013336/

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5104202/

https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-depth/prenatal-vitamins/art-20046945

https://www.pregnancybirthbaby.org.au/healthy-diet-during-pregnancy 

https://www.nhs.uk/pregnancy/keeping-well/have-a-healthy-diet/

https://www.tommys.org/pregnancy-information/im-pregnant/nutrition-in-pregnancy/balanced-diet-pregnancy

https://www.plannedparenthood.org/learn/pregnancy/pre-pregnancy-health/what-are-prenatal-vitamins 

https://www.marchofdimes.org/pregnancy/vitamins-and-other-nutrients-during-pregnancy.aspx

Versi Terbaru

19/01/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: vki yong


Artikel Berkaitan

Tak Sabar Nak Tahu Hamil Ke Tidak? Ini 9 Tanda Anda Sudah Boleh Buat Pregnancy Test!

Benarkah Air Mazi Tak Menyebabkan Hamil? Ini Teori Yang Harus Diperbetulkan!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 19/01/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan