Ini bermakna, risiko untuk hamil masih ada walaupun pasangan anda tidak mengalami ejakulasi sepenuhnya di dalam faraj.
Berdasarkan satu kajian kecil, mendapati bahawa lebih 40% lelaki mempunyai kandungan sperma dalam cairan pra ejakulasi mereka.
Keadaan ini dianggap seperti ‘pencemaran silang’ air mani yang mungkin terdapat pada ureter – tiub menyalurkan urin daripada pundi kencing ke hujung zakar – pada aktiviti seks terdahulu.
Situasi tersebut tidak mustahil untuk terjadi kerana kedua-dua cairan ini, air mazi dan air mani melalui saluran ureter.
Bolehkah berlaku kehamilan jika zakar ditarik sebelum orgasma?
Sekali lagi, jawapan untuk persoalan itu adalah YA.
Walaupun lelaki sering mengatakan mereka hebat di ranjang, hakikatnya kebanyakan lelaki tidak tahu bila mereka mengalami pra ejakulasi.
Bahkan, mereka sendiri tidak mempunyai kawalan berkaitan pengeluaran air mazi.
Seperkara perlu anda fahami, untuk menarik keluar zakar atau dipanggil ‘pulls out’ memerlukan kawalan diri yang tinggi.
Dan ketika pasangan anda sedang terangsang atau mencapai orgasma, adalah sangat sukar untuk melakukannya!
Hanya dengan beberapa titis air mani yang berada di bahagian luar faraj, sperma boleh berenang masuk dan akhirnya menjadi punca anda hamil. Tandanya dengan keluar cecair coklat!
Risiko penyakit kelamin
Menarik keluar zakar juga tidak melindungi diri anda daripada jangkitan penyakit kelamin (STD).
Beberapa penyakit kelamin seperti ketuat genital dan herpes, boleh tersebar melalui sentuhan kulit ke kulit.
Manakala, jangkitan STD lain seperti klamidia, sifilis atau gonorrhea boleh terjadi semasa ejakulasi pramatang.

Jadi jika tidak mahu mendapat STD, atau tidak mahu mendapat kehamilan mengejut, gunakanlah kondom dan sebarang alat pencegah kehamilan lain.
Masih boleh hamil walaupun tidak alami ovulasi
Anda pasti sudah memahami beza air mazi dan air mani. Tetapi masihkah wujud risiko untuk terjadi tanda hamil seperti keluar cecair coklat jika anda tidak berada dalam keadaan ovulasi?
YA, cairan pra ejakulasi tetap boleh menyebabkan berlakunya kehamilan walaupun tidak mengalami ovulasi atau waktu subur bagi wanita.
Walaupun kemungkinan besar untuk mengandung hanya terjadi dalam waktu subur, tetapi jangan terlupa, sperma dapat hidup dalam badan selama 5 hari.
Ini bermakna jika sperma berada dalam saluran pembiakan sebelum ovulasi, wujud peratusan untuk ia masih ada dan hidup ketika anda mengalami ovulasi.
Ovulasi biasanya berlaku sekitar pertengahan kitaran haid. Biasanya sekitar 14 hari sebelum pendarahan haid bermula.

Bagi wanita dengan masalah kitaran haid tidak teratur, ia boleh menjadi lebih sukar untuk menentukan bila masa mereka mengalami ovulasi dan subur.
[health_tool_article id=”32211″]
Perlunya memahami beza air mazi dan air mani
Sangat penting untuk setiap individu, tidak kira jantina memahami beza air mazi dan air mani. Ini khususnya untuk pasangan berkahwin yang ingin mengelakkan kehamilan buat sementara waktu.
Walaupun peluang untuk mengandung dengan cairan pra ejakulasi adalah rendah, tetapi ia masih boleh berlaku.
Manakala amalan untuk mengeluarkan zakar semasa seks sebelum orgasma juga tidak menjamin tiada kehamilan boleh berlaku.