Jika anda mengambil vitamin pranatal, ia sepatutnya memberikan anda sekurang-kurangnya 150 hingga 200 mg kalsium. Anda boleh cuba mengambil suplemen kalsium berasingan, tetapi ingatlah bahawa tubuh anda hanya boleh menyerap kira-kira 500 mg kalsium pada satu masa. Jadi, anda perlu mengambil kalsium tambahan dalam dos yang lebih kecil, beberapa kali sehari.
Dan, jangan berlebihan. Pengambilan terlalu banyak kalsium boleh menyebabkan sembelit, sekali gus meningkatkan risiko anda untuk mendapat batu karang, dan mengganggu penyerapan zat besi dan zink dalam makanan yang anda makan.
Pastikan jumlah kalsium yang anda ambil daripada makanan, suplemen, dan air tidak melebihi 2,500 mg. (Air paip lazimnya mengandungi antara 1 dan 135 mg kalsium setiap liter, air mineral botol pula mengandungi purata 208 mg setiap liter, dan air tulen botol selalunya mengandungi hanya jumlah surih.)
Kalsium tambahan didatangkan dalam pelbagai bentuk, biasanya kalsium sitrat dan kalsium karbonat. Kalsium sitrat adalah jenis yang mudah diserap oleh tubuh.
Kalsium karbonat menyediakan kalsium yang paling banyak, tetapi memerlukan asid perut tambahan untuk membantu melarutkannya, jadi adalah terbaik jika diambil dengan hidangan. Disebabkan kalsium sitrat tidak memerlukan asid perut untuk penyerapan, jadi ia boleh diambil antara hidangan dan merupakan pilihan perubatan hulu hati yang baik, kerana ia boleh mengurangkan asid perut.
Selain itu, ambil tablet tanpa-plumbum. Sesetengah suplemen kalsium, seperti suplemen yang mengandungi serbuk tulang, dolomit, atau coral, boleh mengandungi sedikit plumbum, yang membahayakan bayi dalam kandungan.
Sumber lain kalsium
Dietari kalsium boleh ditemui dalam beberapa makanan dan minuman tertentu, malahan, kita juga disarankan untuk mengambil kalsium daripada pelbagai sumber.
Makanan dan minuman yang merupakan sumber kaya kalsium:
- Susu;
- Keju;
- Yogurt;
- Rumpai laut;
- Kekacang dan benih, termasuklah pistachio, bijan, badam, kacang hazel;
- Kekacang;
- Buah ara;
- Brokoli;
- Bayam;
- Tauhu;
- Daun dandelion;
- Bijirin sarapan pagi lengkap;
- Minuman lengkap, termasuklah susu soya dan pelbagai jus buah-buahan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen