Anda sudah positif hamil tapi ingin anak perempuan namun tidak ada tanda mengandung anak perempuan? Tenang, kami ada beberapa tips dapat anak perempuan yang boleh dicuba. Jom baca artikel!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Cubaan Hamil, sila dapatkannya di sini.
Mencari petua dapat anak perempuan
Seperkara yang perlu anda ketahui, sebarang tip dapat baby perempuan mahupun lelaki secara semula jadi mungkin tidak akan menjaminkan 100% kejayaan.
Namun jika anda benar-benar menginginkan untuk hamil bayi perempuan, tiada salahnya untuk mencuba.
Bahkan, anda mempunyai peluang sebesar 50%.
Tips dapat anak perempuan
Sebenarnya, tidak kira bayi lelaki atau perempuan, paling penting adalah anak yang dilahirkan itu sihat.
Pun begitu tidak dinafikan, setiap pasangan mempunyai impian mereka sendiri untuk mempunyai bayi perempuan.
Terdapat pelbagai cara boleh dicuba untuk mendapatkan bayi perempuan, cuma 1 perkara yang perlu diingatkan adalah pada akhirnya sperma yang akan menentukan jantina bayi.
Berikut antara 6 cara yang boleh dicuba:
Kaedah Shettles
Kaedah ini telah digunakan untuk pemilihan jantina bayi sejak tahun 1960-an.
Ia dikatakan berjaya mencapai kadar kejayaan sehingga 75% bagi pasangan berkahwin yang mengidamkan bayi perempuan.
Perkara penting yang perlu diberikan perhatian berkaitan kaedah ini adalah:
- Anda perlu melakukan hubungan seks antara 2 hingga 4 hari sebelum ovulasi jika mahu hamil anak perempuan
- Anda harus elakkan hubungan seksual apabila terdapat lendir faraj warna putih telur. Itu adalah petanda sedang mengalami ovulasi
- Anda digalakkan untuk bersama pasangan pada hari-hari awal kitaran haid dan mengelakkannya beberapa hari sebelum dan selepas ovulasi
- Sebagai tips dapat anak perempuan melalui kaedah Shettles ini, seorang wanita harus sedaya upaya mengelakkan daripada mengalami klimaks sehingga pasangan anda selesai ejakulasi. Ia bagi mengelakkan persekitaran menjadi lebih beralkali
Tips dapat anak perempuan: Kaedah teknologi
Antara tips dapat anak perempuan adalah dengan menggunakan teknologi tinggi. Ia termasuklah:
- Persenyawaan in-vitro (IVF) dengan ujian genetik pra implantasi (preimplantation genetic testing, PGT). embrio yang dihasilkan melalui IVF akan diuji secara genetik. Walaupun ia biasanya dilakukan untuk memeriksa kelainan kromosom tetapi juga dapat memberikan maklumat mengenai jantinanya
- Pemilihan sperma. Ia kurang invasif berbanding IVF dengan PGT
Umumnya, kedua-dua kaedah di atas agak invasif, memerlukan perbelanjaan besar dan tidak ditawarkan di semua tempat.
Tips dapat anak perempuan: Posisi seks
Posisi ketika melakukan seks juga boleh mempengaruhi kemampuan sperma untuk mencapai telur.
Ia meliputi jarak antara seviks dan sel sperma semasa ejakulasi berlaku.
Secara am:
- Bagi mendapatkan bayi lelaki, penetrasi yang lebih dalam semasa seks dianggap sebagai kunci utama
- Untuk hamil anak perempuan pula, penetrasi yang tidak terlalu dalam adalah optimum. Posisi missionary atau face-to-face adalah pilihan terbaik kerana ia menghadkan kedalaman penetrasi
Sel sperma lelaki yang kecil akan berenang dengan cepat tetapi hanya untuk tempoh pendek sebelum penat.
Dengan menghindari penembusan zakar yang mendalam, ia akan menghalang sel sperma lelaki untuk mencapai dan mensenyawakan telur.
Tiada orgasma dan lebih banyak seks
Menurut pakar dalam pemilihan jantina bayi, mengelakkan orgasma adalah kunci tips dapat anak perempuan.
Ini kerana orgasma wanita akan melepaskan rembesan alkali yang dapat membantu sel sperma lelaki bertahan lebih lama.
Tanpa rembesan ini, sel sperma lelaki sukar untuk bertahan dan kurang peluang untuk mencapai telur.
Jika menginginkan bayi perempuan, anda disarankan untuk lebih melakukan seks, terutamanya menjelang hari ovulasi.
Ini kerana ia akan mengurangkan jumlah sperma pasangan, sekali gus sel sperma lelaki yang menyertai perlumbaan persenyawaan juga rendah.
Pemakanan sebagai tips dapat anak perempuan
Wujudkah tips pemakanan untuk hamil anak perempuan? Dikatakan makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran dapat meningkatkan peluang anda mengandung baby girl.
Ada yang mempercayai diet vegetarian dapat membantu anda hamil anak perempuan, terutamanya jika mengambil bayam, kekacang dan brokoli.
Anda juga disarankan untuk memilih makanan tinggi kalsium dan magnesium.
Kurangkan garam
Sebagai cara untuk mengandung anak perempuan, diet rendah garam dikatakan dapat meningkatkan peluang anda.
Penyelidikan menunjukkan diet tinggi natrium dan kalium lebih menyukai sel sperma lelaki.
Sebenarnya, mungkin ada beberapa menu yang anda perlu elakkan untuk tingkatkan peluang hamil antaranya:
- Daging masin
- Buah zaitun
- Keju biru
- Makanan yang diproses
[embed-health-tool-ovulation]