backup og meta

Hamil 'Baby Boy @ Girl'? Ibu, Jom Intai 8 Tanda Ini, Mana Tahu Tekaan Mengena!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 22/05/2023

    Hamil 'Baby Boy @ Girl'? Ibu, Jom Intai 8 Tanda Ini, Mana Tahu Tekaan Mengena!

    Pregnant baby boy ke baby girl?”, ini antara soalan yang kerap ditanya pada ibu mengandung. Bagaimana untuk mengetahui ciri ciri mengandung anak lelaki? Adakah ia berbeza dengan ciri ciri mengandung anak perempuan?

    Jom ketahui apakah ciri ciri mengandung anak lelaki mahupun anak perempuan pada seorang wanita hamil.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Ciri ciri mengandung anak lelaki

    Benarkah terdapat tanda-tanda yang mungkin menunjukkan anda sedang hamil jantina bayi lelaki atau perempuan?

    Sememangnya ada petunjuk ciri ciri mengandung anak lelaki ataupun perempuan. Cuma ia adalah sekadar untuk ramalan semata-mata.

    Berikut antara tanda mengandung anak lelaki yang boleh ibu perhatikan pada diri, mana tahu rezeki dapat baby boy.

    #1. Pengambilan makanan tinggi kalori sewaktu persenyawaan

    Satu kajian mendapati wanita yang makan makanan tinggi kalori semasa persenyawaan dan sarapan pagi secara berkala meningkatkan kemungkinan untuk hamil bayi lelaki.

    Berdasarkan kepercayaan mengatakan, bayi lelaki memerlukan lebih banyak sumber tenaga seperti kalori berbanding bayi perempuan.

    ciri ciri mengandung anak lelaki

    Ciri ciri mengandung anak lelaki #2. Makan lebih banyak semasa hamil

    Bayi lelaki atau perempuan? Berdasarkan selera, anda boleh menentukannya.

    Satu kajian berdasarkan diet ibu hamil mendapati wanita mengandungkan anak lelaki akan makan 10% lebih banyak kalori daripada mereka yang hamilkan bayi perempuan.

    Pengambilan protein, karbohidrat dan lemak harian meningkat sehingga 200 kalori tambahan setiap hari.

    Mengapa selera makan yang lebih besar dianggap tanda mengandung anak lelaki? 

    Penyelidik berpendapat testosteron yang dirembeskan oleh janin lelaki memberikan isyarat kepada ibu untuk makan lebih banyak. 

    Mungkin disebabkan itulah kebanyakan saiz bayi lelaki yang lahir adalah lebih besar berbanding perempuan.

    Ciri ciri mengandung anak lelaki #3. Menolak makanan kegemaran

    Berbeza dengan ciri-ciri mengandung bayi perempuan, wanita yang kononnya hamil bayi lelaki dikatakan menjadi semakin cerewet dalam aspek pemakanan.

    Keadaan ini mempunyai kaitan dengan cara sistem imun wanita berbadan dua berfungsi ketika berusaha melindungi janin yang sedang membesar.

    Baca juga:

    #4. Menghidap diabetes kehamilan

    Beberapa penyelidikan mendapati, ibu yang mengandung anak lelaki lebih cenderung menghidap diabetes kehamilan atau dalam istilah perubatan dikenali sebagai diabetes gestasi.

    Ini berikutan keadaan semasa mengandung yang dicirikan oleh kandungan glukosa lebih tinggi daripada biasa, terutamanya jika dibandingkan dengan wanita hamil dengan bayi perempuan. 

    Jadi itu antara tanda mengandung anak lelaki, bagaimana pula jika mengandungkan anak perempuan?

    Ciri ciri mengandung anak perempuan

    Berikut merupakan antara petanda anda mungkin sedang hamil bayi perempuan:

    #1. Anda menghidap hyperemesis gravidarum

    Berdepan dengan mabuk pagi adalah antara gejala ketika mengandung yang boleh dijangkakan.

    Tetapi ada sesetengah ibu hamil mungkin terpaksa berdepan dengan simptom mual dan muntah yang lebih teruk. 

    Keadaan itu dikenali sebagai hyperemesis gravidarum, dengan kecenderungan menyebabkan penurunan berat badan, kekurangan zat makanan dan dehidrasi. 

    Sungguh tidak menyenangkan, bukan? Tetapi itulah antara ciri-ciri mengandung anak perempuan yang mungkin akan anda alami.

    ciri ciri mengandung anak lelaki

    #2. Mengalami banyak tekanan

    Tekanan yang dialami semasa berbadan dua sememangnya tidak bagus, khususnya bagi tumbesaran janin. Bahkan, ia meningkatkan risiko kelahiran pramatang!

    Tetapi dikatakan semakin besar tekanan yang dihadapi, kemungkinan untuk anda mempunyai bayi perempuan adalah tinggi. 

    #3. Menjadi lebih pelupa

    Atas sebab-sebab yang tidak diketahui, antara ciri-ciri mengandung anak perempuan adalah bakal ibu menjadi lebih pelupa.

    Jangan terkejut kerana pada hakikatnya simptom pregnancy brain atau momnesia sememangnya wujud tanpa mengira jantina bayi yang dikandungkan. 

    Ini kerana kebanyakan wanita hamil cenderung berdepan masalah kekurangan tidur atau tekanan yang sekali gus memberi kesan kepada memori.

    ciri ciri mengandung anak lelaki

    #4. Kedudukan bayi songsang

    Anda sedang hamil 32 minggu dan kedudukan bayi masih kepala di atas dan badan di bawah? 

    Ada kepercayaan menyatakan kedudukan bayi songsang ini mungkin ada kaitan dengan ciri-ciri mengandung anak perempuan!

    Walau bagaimanapun, seperti yang dinyatakan pada awal tadi, segala apa yang dikongsikan ini adalah sekadar untuk suka-suka dan ramalan sahaja.

    Mengenal pasti jantina bayi

    Meramal jantina bayi adalah berkaitan 50% untuk ia menjadi kenyataan. Satu-satunya cara untuk ramalan anda menjadi 100% tepat atau tidak adalah dengan kelahiran si kecil itu nanti.

    Sebaliknya, jika anda mahukan kepastian tentang ciri ciri mengandung anak lelaki atau perempuan, sudah tentu melakukan pemeriksaan dan ujian adalah jawapan yang pasti!

    Antaranya: 

    • Ujian darah DNA bebas sel – Ujian darah ini boleh dilakukan seawal minggu ke-9 kehamilan. Ia boleh mendedahkan jantina si kecil yang dikandungkan
    • Ujian genetik lain – Anda boleh memilih untuk melakukan amniosentesis atau pensampelan chorionic villi (CVS) semasa kehamilan. Ia hampir sama dengan ujian darah DNA bebas sel, tetapi lebih invasif
    • Imbasan ultrabunyi – Merupakan antara pilihan biasa bagi kebanyakan ibu bapa untuk mengetahui jantina bayi. Ia boleh dilakukan ketika kandungan berusia 20 minggu ke atas

    Selamat mencuba!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 22/05/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan