Tanda Tanda Kehamilan yang Boleh Dikenal Pasti

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 02/07/2020 . 9 minit bacaan
Share now

Setiap wanita adalah berbeza dan apabila berbicara mengenai kehamilan, pastinya setiap individu mempunyai proses kehamilan yang sedikit berbeza dengan tanda tanda kehamilan yang sama. Namun begitu, terdapat beberapa perubahan yang akan berlaku pada tubuh badan setiap wanita apabila mereka hamil. Berikut merupakan antara tanda tanda kehamilan yang berlaku kepada seorang wanita hamil:

Sakit pada bahagian payudara

Jika payudara anda mula berasa sakit dan sensitif, ini merupakan tanda kehamilan yang paling awal. Ketika ini, bahagian sekeliling puting (areola) anda juga akan menjadi lebih besar dan gelap. Ini disebabkan oleh tindakan hormon progesterone. Selain itu, payudara anda juga akan membengkak kerana tubuh badan anda memerlukan lebih banyak air ketika hamil yang akan menyebabkan tubuh badan anda terasa kembung. Oleh itu, ketika ini anda perlu memakai baju dalam yang sesuai terutamanya ketika melakukan senaman.

Keletihan

Kandungan hormon progesterone bukan sahaja akan menyebabkan payudara menjadi sakit malahan boleh mengakibatkan keletihan ketika trimester yang pertama. Keletihan ini kebiasaannya akan berlaku satu minggu selepas wanita itu hamil. Oleh itu, anda perlu berehat dengan secukupnya. Selain itu, makan makanan yang kaya dengan protein dan zat besi untuk mengawal keletihan ini.

Sukar mengawal emosi

Ketika awal kehamilan, emosi anda mungkin sukar untuk dikawal dan anda mudah tertekan. Ini disebabkan oleh perubahan neurotransmitter yang berlaku akibat perubahan hormon dalam tubuh badan anda. Perubahan emosi ini kebiasaannya akan dialami ketika trimester pertama dan trimester terakhir ketika badan anda mula bersedia untuk proses kelahiran.

Pening kepala

tanda tanda kehamilan

Ketika awal kehamilan, sesetengah wanita mungkin akan mengalami pening kepala malahan ada juga yang boleh menyebabkan pitam. Ini disebabkan oleh perubahan hormon atau tekanan darah yang rendah. Anda perlu makan lebih banyak dan kerap dalam masa satu hari bagi membendung masalah ini.

Muntah-muntah

Gejala ini boleh berlaku tanpa mengira waktu terutamanya waktu pagi. Namun begitu, ada juga wanita yang tidak akan mengalaminya. Punca sebenar ini berlaku masih tidak dapat dipastikan namun disyaki berkait rapat dengan perubahan hormon kehamilan. Kebiasaannya gejala ini akan hilang dengan sendirinya ketika kehamilan mula mencecah sekitar 12 hingga 16 minggu. Bagi mengurangkan gejala ini berlaku, anda perlu makan makanan kaya protein dengan lebih banyak dan kerap selain banyakkan minum air.

Perubahan selera makan

Kebanyakan wanita akan mengalami perubahan pada deria baunya. Ketika trimester pertama, ada wanita yang mula mengidam sesuatu yang pelik seperti sesuatu yang mempunyai rasa besi atau tembaga. Bagi memastikan kandungan anda sihat dan tidak mengalami sebarang kecacatan, anda perlu mengambil vitamin pranatal dalam usaha mendapatkan nutrien yang secukupnya.

Kerap membuang air kecil

Ini kebiasaannya akan berlaku sekitar 6 atau 8 minggu selepas hamil. Buah pinggang anda mula memproses urin dengan lebih aktif semasa kehamilan. Rahim anda pula akan memberi lebih tekanan kepada pundi kencing anda yang akan menyebabkan anda lebih kerap terasa ingin membuang air kecil.

Kekejangan dan pendarahan

Kekejangan dan pendarahan mungkin akan berlaku sebelum waktu anda datang bulan. Ini merupakan petanda persenyawaan telur anda dengan sperma telah berlaku dan mula melekat pada dinding rahim. Selain daripada pendarahan, lelehan berwarna putih juga mungkin akan keluar daripada vagina anda. Lelehan yang tidak berbahaya ini akan terus keluar ketika kehamilan dan tidak memerlukan sebarang rawatan. Namun jika lelehan tersebut berbau busuk dan menyebabkan rasa sakit dan gatal, segera berhubung dengan doktor untuk memeriksa sama ada anda terinfeksi yis atau bakteria.

Tidak datang haid

Ini merupakan petanda paling jelas yang menunjukkan kehamilan. Namun begitu, tidak semua kes tidak datang atau lambat datang haid disebabkan oleh kehamilan. Ini mungkin juga disebabkan oleh perubahan hormon, perubahan berat badan, keletihan atau tekanan.

Wanita hamil mungkin akan mengalami kesemua tanda tanda kehamilan ini atau mungkin hanya mengalami beberapa tanda tanda kehamilan sahaja. Jika tanda tanda kehamilan ini menjadi satu kebimbangan kepada anda, bebincanglah dengan doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat atau rawatan. Tanda tanda kehamilan ini juga hanyalah sekadar panduan semata. Bagi mendapatkan kepastian, lakukan ujian kehamilan atau ultrasound.

Adakah mengidam makanan suatu yang normal?

tanda tanda kehamilan

Pernahkah secara tiba-tiba anda teringin untuk memakan aiskrim sehingga mengganggu fokus pekerjaan anda? Atau anda pernah menginginkan sesuatu makanan sehingga anda sanggup keluar mencarinya pada waktu tengah malam semata-mata untuk memenuhi keinginan anda? Mungkin anda pernah meninggalkan apa yang sedang anda lakukan, menempuh cuaca hujan lebat, untuk pergi ke kafe demi mendapatkan apa yang anda mahukan? Jika ya, anda sudah biasa dengan mengidam makanan. Tetapi apakah maksudnya?

Mengidam makanan atau keinginan untuk makan sesuatu makanan adalah merupakan antara tanda tanda kehamilan dan merujuk kepada keadaan di mana wujud keinginan yang kuat untuk memakan makanan tertentu. Ia boleh menjadi satu keinginan yang tidak terkawal dan keinginan itu tidak akan hilang selagi ia tidak dipenuhi.

Keinginan yang dialami setiap individu adalah berbeza. Keinginan ini selalunya melibatkan makanan yang tidak sihat dan makanan diproses yang mengandungi kandungan gula, garam dan lemak yang tinggi. Mengidam makanan ini adalah salah satu cara untuk menghalang usaha sesetengah individu untuk mencuba mengekalkan berat badan yang sihat atau beralih kepada diet pemakanan yang sihat. Keinginan kepada sesuatu makanan ini berlaku kerana terdapat bahagian pada otak yang bertanggungjawab berkaitan ingatan, keseronokan dan ganjaran.

Ketidakseimbangan hormon, seperti leptin dan serotonin, juga boleh menyebabkan wujudnya rasa mengidam ini. Atau perubahan hormon seperti yang dilalui wanita hamil turut menjadi faktor timbulnya keinginan yang kuat. Ia juga mungkin kerana keinginan itu disebabkan oleh endorfin yang dilepaskan selepas seseorang individu setelah makan, yang mencerminkan keinginan atau ketagihan.

Emosi juga boleh menjadi faktor yang mewujudkan rasa mengidam terutama jika seseorang individu itu makan untuk memberikan ketenangan kepada diri.

Rasa mengidam itu boleh menjadi selektif atau tidak selektif. Selektif apabila rasa itu adalah untuk makanan tertentu seperti coklat, ais krim, burger atau kentang goreng. Manakala tidak selektif itu adalah rasa keinginan untuk makan apa sahaja. Ia mungkin disebabkan rasa lapar yang benar-benar lapar, atau ia boleh menjadi simptom dahaga.

Mengapa wanita hamil mengidam makanan?

tanda tanda kehamilan

Mengidam adalah salah satu tanda-tanda awal kehamilan. Ada ibu hamil yang mengidam semasa awal kehamilan, malah ada juga yang mengidam selepas mendapat tahu akan kehamilan dirinya. Lazimnya, mengidam dikaitkan dengan perubahan hormon yang berlaku kepada tubuh wanita hamil, namun tiada sebarang data yang menyokong teori ini. Malahan, terdapat pelbagai teori menarik lain yang mengaitkan mengidam dengan wanita hamil.

  • Teori 1: Perubahan hormon dipercayai dapat mengubah rasa dan bau, menjadikan wanita hamil teringin untuk makan sesetengah jenis makanan, ada kalanya makanan yang tidak biasa dimakan.
  • Teori 2: Kekurangan nutrisi dalam badan menyebabkan wanita hamil mengidam makanan yang kaya dengan mikronutrien, yang kurang dalam diet mereka seperti zink, vitamin A dan zat besi.
  • Teori 3: Molekul tertentu dalam makanan membawa kepada mengidam bagi wanita hamil.
  • Teori 4: Pengaruh kebudayaan dan faktor psikologi memainkan peranan yang menyebabkan wanita hamil mengidam sesuatu jenis makanan.

Bagaimanapun, simptom mengidam makanan semasa hamil adalah normal. Ini juga bergantung kepada individu, kerana ada juga wanita hamil yang tidak berasa mengidam apa-apa sepanjang kehamilan mereka.

Makanan yang sering diidamkan oleh wanita hamil

Biasanya, wanita yang sedang hamil akan mengidam makanan seperti:

  • Makanan manis: Coklat, gula, kek
  • Makanan karbohidrat berkalori tinggi: Piza, kerepek
  • Protein haiwan: Stik, ayam
  • Buah-buahan
  • Produk tenusu berkalori tinggi: Keju, krim masam

Antara makanan lain yang wanita mengidam semasa hamil ialah jeruk dan aiskrim.

Adakah mengidam makanan manis sebagai tanda tanda kehamilan berkaitan dengan jantina bayi?

Sesetengah individu atau golongan percaya bahawa tanda tanda kehamilan seperti mengidam semasa hamil adalah disebabkan faktor jantina bayi dalam kandungan. Contohnya, anda akan mengidam makan makanan manis atau produk tenusu jika anda sedang mengandungkan bayi perempuan. Sementara itu, jika anda mengidam makan makanan masam, masin, pedas atau makanan kaya protein, anda dikatakan sedang hamil anak lelaki. Walau bagaimanapun, tiada sebarang bukti saintifik yang mengaitkan mengidam sesuatu jenis makanan dengan jantina bayi.  

Bagi menangani rasa mengidam makan manis, wanita hamil disarankan untuk menukar rasa mengidam mereka dengan menggantikan makanan manis tersebut kepada pilihan makanan yang lebih sihat. Sebagai contoh, jika anda mengidam untuk makan aiskrim, carilah yogurt beku rendah lemak untuk menghilangkan rasa mengidam anda.

Mengidam makan manis juga kadangkala disebabkan oleh penurunan gula darah, jadi anda boleh makan dalam kuantiti yang sedikit yang membantu pengambilan gula secara terkawal. Selain itu, pengambilan hidangan secara kerap juga membantu ‘melawan’ rasa mengidam anda terhadap makanan manis terutamanya pemanis mulut. Kaedah lain yang boleh digunakan bagi mengawal mengidam makanan yang tidak sihat adalah:

  • Ambil sarapan pagi setiap hari. Mengelakkan sarapan pagi boleh membuatkan rasa mengidam anda semakin bertambah teruk.
  • Dapatkan senaman yang cukup.
  • Pastikan anda mendapat pelbagai sokongan emosi.

Adakah mengidam selain mengidam makanan merupakan tanda tanda kehamilan bagi wanita hamil?

tanda tanda kehamilan

Terdapat juga wanita hamil yang mengidam untuk makan bahan bukan makanan yang sangat aneh seperti pasir, sabun, kapur dan lain-lain. Keadaan ini dinamakan sebagai Pica. Keadaan ini sebenarnya bukan sahaja dialami oleh wanita hamil malahan juga boleh berlaku kepada kanak-kanak serta individu yang mempunyai kelainan upaya intelektual. Kebiasaannya, kondisi ini tidaklah bersifat kekal. Sekiranya kondisi ini masih berlaku walaupun selepas anda bersalin, segera berjumpa pakar perubatan untuk mendapatkan rawatan. Ini bertujuan mengelakkan kesan sampingan yang serius akibat gangguan pemakanan yang aneh ini.

Simptom kondisi Pica

Simptom pica sangat mudah untuk dikenal pasti. Wanita hamil yang mengalami tanda tanda kehamilan ini cenderung menunjukkan minat untuk makan bahan bukan makanan seperti:

  • Ais
  • Pasir
  • Sabun
  • Kapur
  • Rambut
  • Cat
  • Gam
  • Butang
  • Abu atau puntung rokok

Selain itu, terdapat banyak lagi bahan bukan makanan yang selalu dijadikan sasaran oleh wanita hamil yang mengalami kondisi ini. Namun begitu, kondisi ini perlu berterusan sehingga satu bulan lamanya untuk disahkan sebagai Pica.

Komplikasi kondisi Pica

Kondisi ini sememangnya akan mendatangkan pelbagai kemudaratan dan komplikasi kesihatan yang serius terhadap wanita hamil. Antaranya:

Selain itu juga, bahan bukan makanan yang ditelan juga berisiko menghalang penyerapan nutrien oleh wanita hamil sekali gus menjadi punca berlakunya kekurangan zat yang berterusan. Bahan bukan makanan ini juga jelas sekali mempunyai toksik atau kuman yang berbahaya buat wanita hamil dan kandungannya.

Rawatan kondisi Pica

Kondisi ini mampu mendatangkan pelbagai komplikasi kesihatan seperti keracunan makanan yang serius dan akan memberi kesan negatif terhadap bayi dalam kandungan. Oleh itu, langkah untuk merawatnya perlu segera dilakukan. Pertama sekali, segera berjumpa pakar perubatan untuk berbincang mengenai kondisi anda. Dalam pada itu, anda perlu mengambil tahu mengenai status hemoglobin anda bagi memastikannya kekal stabil.

Pakar berpendapat bahawa rawatan yang paling berkesan untuk merawat Pica adalah melalui pengawalan tingkah laku individu itu sendiri. Oleh itu, pemantauan yang rapi perlu dilakukan sepanjang tempoh anda menjalankan rawatan. Kolaborasi bersama pasukan kesihatan mental juga amat diperlukan untuk membantu anda mengawal keinginan aneh anda ini.

Bagi mengalihkan perhatian anda daripada bahan bukan makanan, kunyah sesuatu seperti gula-gula getah tanpa gula. Selain itu, maklumkan kepada individu yang selalu berada di sekeliling anda agar sentiasa memberi sokongan dan mengingatkan anda untuk tidak mengikut keinginan diri sendiri untuk makan bahan bukan makanan.

Cara untuk mengurangkan rasa mengidam wanita hamil

tanda tanda kehamilan

Terdapat kajian yang mengatakan individu wanita dengan tekanan lebih cenderung untuk menginginkan makanan manis berbanding wanita tanpa tekanan. Makanan kerana tekanan boleh menyebabkan pertambahan berat badan.

  • Campurkan makanan sihat dengan makanan yang tidak berkhasiat

Jika anda begitu teringin makanan manis dan makanan ringan, cuba campurkan makanan ini bersama makanan sihat. Contohnya, anda makan granola manis dan rangup dengan bijirin tinggi-serat. Dengan cara ini, anda boleh memenuhi rasa mengidam anda dan juga menyerap serat untuk mengelakkan sembelit. Contoh lain ialah, anda mahu makan snek masin, yang merupakan makanan paling diingini semasa hamil, jadi anda boleh makan bersama salad.

  • Minum air dengan banyak

Rasa lapar dan dahaga boleh mendatangkan rasa sensasi yang sama dalam otak, yang menyebabkan otak boleh menjadi keliru. Salah satu cara untuk mengurangkan keinginan adalah dengan memastikan badan cukup hidrat sepanjang hari. Minum air dengan banyak dapat membantu menyingkirkan toksin dari badan, yang mana turut mendatangkan manfaat kepada tahap kesihatan seseorang individu.

  • Jangan melangkau sarapan pagi

Sarapan pagi lengkap dan berkhasiat membantu anda untuk mengurangkan rasa lapar anda sebelum waktu makan tengah hari. Sarapan pagi untuk ibu hamil perlu mengandungi gandum penuh untuk tenaga, protein untuk pembinaan darah, kalsium untuk tulang yang sihat, vitamin dan bahan lain. Oleh itu, mengikuti jadual makan yang betul adalah langkah bijak untuk cara pemakanan semasa kehamilan.

  • Tidur yang mencukupi

Terdapat kajian yang mengatakan tidak cukup tidur boleh menjejaskan keseimbangan hormon badan. Ini menyumbang kepada makanan dengan banyak dan pertambahan berat. Kajian ini turut menyatakan individu yang kurang tidur ini mendapatkan tidur yang mencukupi, mereka kehilangan berat badan, yang membuktikan hormon mereka kembali menjadi seimbang.

  • Dapatkan protein secukupnya

Diet pemakanan sihat harus mengandungi banyak sumber protein yang seimbang, kerana dapat membantu mengurangkan nafsu makan. Dalam kajian yang diterbitkan oleh jurnal Obesity, mendapati lelaki dengan berat badan berlebihan dapat mengurangkan keinginan mereka sehingga 60% dengan pengambilan kalori harian yang terdiri daripada 25% protein. Kajian yang sama juga menunjukkan diet protein tinggi membantu mengurangkan sehingga 50% keinginan memakan snek pada waktu malam.

  • Makan makanan ringan dengan kuantiti yang lebih kecil

Jika anda benar-benar teringin untuk mengambil makanan yang tidak sihat dan tanpa pengganti makanan sihat, anda boleh teruskan keinginan anda, tetapi ambillah dalam kuantiti yang lebih kecil berbanding biasa. Berbanding makan secawan aiskrim penuh-lemak, anda boleh menukarnya dengan makan separuh cawan aiskrim. Begitu juga dengan snek kurang berkhasiat lain, anda boleh mengambilnya dalam bahagian yang kecil untuk menghilangkan rasa mengidam dan lapar anda.

  • Mengunyah gula-gula getah

Mengunyah gula-gula getah membuatkan mulut anda ‘sibuk’ dan mengurangkan keinginan makan manis dan masin. Dalam satu kajian kecil tetapi signifikan dalam pengambilan snek manis dan masin dalam kalangan individu yang mengunyah gula-gula getah dengan individu yang tidak; menunjukkan mereka yang mengunyah gula-gula getah akan menjadi kurang lapar, kurang keinginan untuk makan makanan ringan, dan merasa lebih kenyang berbanding mereka yang tidak mengunyah gula-gula getah.

  • Elakkan rasa lapar

Diet pemakanan yang sihat tidak akan membiarkan diri kelaparan. Malahan, kelaparan atau kurang makan boleh menyebabkan rasa mengidam atau keinginan makan itu akan menjadi lebih teruk. Apabila badan dalam keadaan lapar, ia akan memerlukan makanan berkalori padat lebih banyak daripada biasa, termasuk makanan bergoreng dan diproses. Daripada membiarkan diri anda merasa lapar yang keterlaluan, anda boleh memilih untuk makanan secara kerap dan teratur serta mengambil snek yang sihat seperti buah-buahan untuk mengelakkan potensi rasa lapar.

  • Mengawal pemakanan

Bagi sesetengah individu, menghindari terus makanan yang mereka ingini atau mengidam hanya akan memburukkan lagi keadaan. Ini cenderung untuk menyebabkan makan secara berlebihan atau rasa berserabut tanpa makanan tersebut. Dalam situasi ini, mungkin adalah lebih baik untuk memenuhi rasa dan keinginan itu dengan nisbah pengambilan makanan yang sedikit, dan terkawal.

Jika anda mengidam dan makan keterlaluan sesuatu jenis makanan, dapatkan nasihat daripada doktor anda tentang rasa mengidam anda ini. Doktor akan melakukan ujian darah ringkas untuk mengetahui sama ada anda mengalami sebarang kekurangan nutrisi. Doktor juga akan membantu anda mencari cara untuk menangani simptom mengidam anda, dalam masa yang sama mengamalkan diet sihat.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Rahsia Kulit Putih Hanya Dengan Makanan, Lepas Ini Tak Perlu Lagi Buat Rawatan Cerahkan Kulit

    Makan buah-buahan dan sayuran baik untuk kesihatan, walaupun mungkin tidak ramai mengamalkannya, tapi bagaimana pula jika ia boleh mengubah warna kulit?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Sihat Bergaya 04/09/2020 . 3 minit bacaan

    Wanita Sudah Ada Telur Sejak Lahir? Ini Fakta Menarik Tentang Ovum, Dari Dalam Rahim Sampai Menopaus

    Anda mungkin pernah mendengar istilah 'jam biologi wanita' yang dikaitkan dengan telur wanita, tetapi apakah maksudnya dan pada usia berapa ia bermula?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 04/09/2020 . 3 minit bacaan

    Teruja Nak Lakukan Ujian Kehamilan? Pasangan Baru Berkahwin Ambil Tahu Ini Dulu Sebelum Buat!

    “Adakah aku mengandung?” Ini adalah salah satu daripada soalan terpenting dalam hidup seorang  insan yang bergelar wanita. Ini cara periksa ujian kehamilan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Kehamilan, Rancang Kehamilan 03/09/2020 . 3 minit bacaan

    Benarkah Pil Perancang Mempengaruhi Fasa Menopaus? Wanita ‘Tengah Merancang’ Wajib Baca!

    Menopaus boleh menjadi masa yang sukar dan membingungkan bagi para wanita. Namun, bagaimana pula bagi mereka yang mengamalkan pil pencegah kehamilan?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 26/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    makanan penambah tenaga

    Dari Rasa Lesu, Terus Jadi Segar! Ini Dia 8 Makanan Yang Akan Buat Anda Kekal Bertenaga

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    ubat untuk masalah kesuburan

    Wanita Yang Nak Hamil, Sebelum Ambil Ubat Kesuburan, Ketahui Kesan Sampingan Jangka Panjang

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 23/09/2020 . 3 minit bacaan
    pil perancang

    Pil Perancang Keluarga Untuk Lelaki – Adakah Ia Sudah Wujud Atau Masih Dalam Kajian?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 22/09/2020 . 3 minit bacaan
    parut czer

    Aduh, Ada Jangkitan Dekat Parut Czer? Jangan Pandang Remeh, Kenal Pasti Tandanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 09/09/2020 . 3 minit bacaan