backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Kaki Sembap Ketika Hamil? Ibu, Boleh Cuba 5 Cara Ini Untuk Legakan Kesakitan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 05/12/2022

    Kaki Sembap Ketika Hamil? Ibu, Boleh Cuba 5 Cara Ini Untuk Legakan Kesakitan!

    Eh, kasut dah tak muat? Bagi mommy yang mengandung, ini bukanlah sekadar imaginasi! Malah, ada kemungkinan ibu sebenarnya sedang alami kaki sembab ketika hamil.

    Ramai wanita akan mengalami bengkak kaki ketika mengandung. Ini merupakan sesuatu yang normal. 

    Kondisi ini bukan sahaja akan membuatkan ibu rasa tidak selesa, malah ia boleh menyebabkan kecacatan kekal pada kaki.

    Kajian menunjukkan, kehamilan boleh menyebabkan kaki ibu menjadi semakin panjang, lebih-lebih lagi selepas kehamilan pertama.

    Semasa hamil, badan kita akan menghasilkan sejenis hormon yang dikenali sebagai relaxin. Hormon ini akan membantu otot, tendon, ligamen dan sendi untuk lebih relaks dan memudahkan proses kehamilan.

    Pada masa yang sama, ligamen dan tendon pada kawasan kaki juga akan menjadi semakin longgar. 

    Dengan kombinasi berat badan yang bertambah dan hormon kehamilan, tapak kaki bukan sahaja akan semakin melebar, ia juga akan meleper dan memanjang.

    Selain itu, ada juga perubahan lain yang bakal berlaku kepada ibu hamil:

    kaki sembab ketika hamil

    Mengapa kaki sembab ketika hamil?

    Ada 3 penyebab utama kaki membengkak ketika hamil:

    1. Sepanjang kehamilan, badan akan menghasilkan lebih banyak darah untuk membantu tumbesaran bayi.
    2. Apabila bayi membesar, uterus akan menekan vena yang membawa darah dari bahagian kaki ke jantung.
    3. Hormon juga akan membuatkan dinding vena menjadi semakin lembut. Oleh sebab itu, lebih sukar untuk vena menjalankan tugasnya dengan betul.

    Atas sebab inilah, darah akan ‘terperangkap’ pada kawasan kaki. Malah, ada juga darah yang akan terbocor ke kawasan tisu dan menyebabkan bengkak.

    Kaki sembap semasa hamil bukanlah sesuatu yang berbahaya kepada ibu atau bayi. 

    Namun, ia akan menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan. Selalunya, kondisi ini akan berlaku pada akhir kehamilan.

    Selain itu, bengkak ini juga sepatutnya hanya pada kawasan kaki dan buku lali. Jika ia berlaku di tempat lain, dapatkan pemeriksaan doktor secepat mungkin.

    Baca juga:

    Atasi kaki sembab ketika hamil

    Ada beberapa langkah yang boleh ibu lakukan untuk mengatasi masalah kaki sembap. Antaranya ialah:

    1. Pakai compression socks

    kaki sembab ketika hamil

    Cuba pakai compression socks atau stoking ibu hamil untuk mengurangkan simptom bengkak kaki. Stoking ini dapat memastikan tekanan pada kawasan kaki kekal normal.

    Selain itu, ia juga dapat membantu menolak semula cecair lebihan kembali ke dalam salur darah.

    Walau bagaimanapun, elakkan memakai stoking yang ketat atau mempunyai getah pada bahagian atas. Ini boleh meningkatkan risiko darah beku.

    2. Rehat secukupnya untuk elak kaki sembab ketika hamil

    Ibu hamil perlulah berehat dengan secukupnya. Pengaliran darah ke seluruh tubuh badan akan menjadi semakin lancar jika ibu mendapatkan rehat yang cukup.

    Ketika anda menonton televisyen, membaca atau sedang duduk, cuba tukar posisi badan dan lunjurkkan kaki ke depan dan ke atas, lebih tinggi daripada dada. 

    Posisi ini akan mengurangkan tekanan pada kawasan vena dan mengurangkan kaki sembab ketika hamil.

    3. Basahkan kaki anda

    kaki sembab ketika hamil

    Rendamkan kaki yang sembap di dalam air sejuk selama 20 minit untuk mengurangkan bengkak. 

    Pada masa yang sama, ibu juga boleh kurangkan rasa hangat disebabkan cuaca yang panas.

    Tetapi, pastikan suhu air tidak terlalu sejuk! 

    Suhu yang terlalu rendah boleh menyebabkan salur darah kecil mengecut dan mengurangkan peredaran darah. Silap-silap, kaki boleh menjadi lebih bengkak!

    Terapi ini juga boleh melegakan stres dalam kalangan ibu hamil.

    Jika anda ingin memanjakan diri, cuba rendamkan kaki di dalam air sejuk sekurang-kurangnya seminggu sekali.

    4. Beli kasut yang muat

    pilih kasut

    Kasut yang ketat bukan sahaja tidak menyelesakan, ia juga akan menyebabkan ibu mengalami kesakitan yang lebih teruk.

    Disebabkan masalah ini selalunya akan berlarutan selepas kelahiran, tidak rugi jika anda berbelanja lebih untuk sepasang kasut yang selesa.

    Sebagai panduan, pilih kasut yang rata dan boleh disarung dengan mudah.

    Pada zaman sekarang, semakin banyak jenama yang menjual kasut yang selesa dengan rekaan yang cantik. Jadi, pasti tidak ada masalah untuk anda pilih kasut yang berkenan di hati.

    5. Jumpa pakar jika masalah kaki sembab ketika hamil semakin serius

    Kadangkala, masalah kaki sembab ketika hamil hanya boleh diselesaikan oleh pakar. 

    Mungkin ibu tidak sedar kesakitan pada tapak kaki mungkin berlaku disebabkan perkara lain seperti kuku cengkam.

    Pakar akan bantu selesaikan masalah kuku cengkam ini supaya ibu boleh berdiri dengan lebih selesa. 

    Jangan biarkan kesakitan melarat. Jika tidak, anda akan alami masalah yang lebih besar, terutamanya ketika kehamilan menginjak ke trimester ke-3.

    Urutan atau refleksologi pada kawasan kaki dan tangan juga mungkin dapat membantu melegakan kesakitan yang dialami.

    Ada cara lain untuk redakan masalah kaki bengkak ketika hamil? Kongsikan tip atau petua anda di dalam Komuniti Kehamilan di Hello Doktor! Mana tahu, perkongsian anda mungkin dapat membantu ibu hamil lain yang mempunyai masalah yang sama.

    Kesimpulan

    Masalah kaki sembab ketika hamil merupakan sesuatu yang biasa. Hampir semua ibu akan alaminya sewaktu mengandung.

    Tetapi, jika bengkak berlaku secara tiba-tiba dan menyebabkan kesakitan yang berpanjangan, berjumpalah dengan doktor serta-merta. Ini mungkin tanda pembentukan darah beku.

    Ibu mengandung mempunyai risiko 5 kali ganda untuk mengalami darah beku. Kondisi ini perlu diperiksa dan dirawat oleh doktor secepat mungkin.

    Walaupun kaki bengkak, ibu hamil perlu minum air dengan mencukupi. Oleh sebab itu, amalkan minum air sebanyak 10 cawan sehari (2.4 liter) ketika hamil.

    Untuk ibu hamil yang ingin mengetahui tempoh due date, gunakan kalkulator kami sebagai panduan!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 05/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan