home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Benarkah Bercuti Boleh Mengganggu Ovulasi?

Benarkah Bercuti Boleh Mengganggu Ovulasi?

Lazimnya, setiap pasangan akan meluangkan masa berdua dengan pergi bercuti bagi mengambil mood untuk menambah bilangan ahli keluarga. Walau bagaimanapun, adakah percutian akan mengganggu kitaran haid seseorang wanita dan juga menjejaskan ovulasinya? Ketahuinya dengan membaca artikel ini.

Bagaimana percutian boleh mengganggu kitaran haid saya?

Sama seperti perubahan gaya hidup, pergi bercuti ke satu tempat baru boleh mempengaruhi kitaran haid anda. Meskipun tempoh percutian anda tidak lama, namun sedikit sebanyak ia masih akan mengganggu rutin biasa kitaran haid anda. Hal ini berlaku disebabkan hormon pada kitaran haid anda adalah cukup sensitif kepada sesuatu yang baru. Stres, percutian, dan perubahan tabiat pemakanan boleh mendorong perubahan dalam kitaran haid normal anda. Anda mungkin akan lewat datang haid, ataupun tidak datang haid disebabkan percutian anda.

Ketua Pegawai Perubatan dan Pakar Endokrinologi Reproduktif di Extend Fertility, Joshua U Klein menerangkan bahawa kawalan utama kitaran haid berada dengan hormon yang dirembeskan oleh kelenjar hipotalamus dan pituitari- yang berhubung pada dasar otak. Oleh itu, katanya, sebarang gangguan kepada kesihatan fizikal ataupun mental, termasuklah stres, kurang tidur, dan perubahan dalam diet, boleh mempengaruhi keseimbangan hormon dan menjurus kepada kitaran haid tidak teratur atau tidak datang haid. Malahan, keseimbangan hormon yang betul juga penting untuk berlakunya ovulasi. Ini bermakna ketidakseimbangan hormon boleh mengganggu sistem dan menyebabkan haid anda tidak teratur/ lewat.

Selain itu, dua hormon penting dalam mengawal kitaran haid, yang berkait terus dengan percutian dan stres ialah kortisol dan melatonin. Perubahan dalam rutin tidur seperti pengambilan penerbangan awal dan perubahan zon masa, di samping stres tambahan boleh menjejaskan tahap hormon. Apabila paras hormon-hormon ini mengalami perubahan dalam tubuh anda, jadi ovulasi juga turut berubah. Kesannya, haid mungkin akan datang lebih awal ataupun lebih lambat daripada jangkaan.

Kesan percutian kepada ovulasi

Kitaran haid dan ovulasi anda dikawal oleh keseimbangan hormon tertentu yang sudah biasa pada badan anda. Dan, sebarang perubahan pada keseimbangan ini boleh menyebabkan pertukaran dalam tarikh ovulasi anda. Bercuti, terutamanya di bawah waktu-waktu tekanan atau zon masa yang berbeza, diketahui boleh mengganggu masa ovulasi, justeru lebih menyukarkan anda untuk mengenal pasti jendela kesuburan.

Jika saya sedang merancang untuk hamil, adakah saya perlu menunda percutian saya?

Walaupun sesetengah wanita akan mengalami perubahan pada kitaran haid dan ovulasi mereka semasa atau selepas percutian, namun majoritinya adalah tidak terjejas. Bercuti memang boleh mengganggu masa ovulasi, namun ia juga boleh terjadi disebabkan terlalu stres. Wanita yang sedang merancang untuk hamil, yang cenderung mengalami tekanan digalakkan untuk tidak bercuti merentasi lapan zon waktu, kerana ia boleh menyebabkan perubahan pada ovulasi mereka. Walau bagaimanapun, kebanyakan wanita tidak akan terjejas dengan sebarang perubahan ovulasi, dan bebas untuk meneruskan rancangan mereka untuk bercuti.

Bagaimana jika saya tidak didatangi haid semasa bercuti?

Jangan panik. Menurut pakar, kejadian seperti ini adalah biasa. Akan tetapi, jika kitaran haid anda lewat beberapa minggu dan anda memang sedang merancang untuk hamil, jadi anda disarankan untuk melakukan ujian kehamilan. Sebaliknya, jika haid anda normal sebelum ini dan tiada kebarangkalian untuk anda hamil, maka masalah haid anda boleh disebabkan perubahan hormon yang dialami semasa bercuti. Jika anda tidak didatangi haid lebih daripada dua kitaran selepas anda pulang bercuti, pakar mencadangkan supaya anda memeriksa dengan doktor.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Kalkulator Ovulasi

Kalkulator Ovulasi

Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

Kalkulator Ovulasi

Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

Kalkulator Ovulasi

Panjang Kitaran

(hari)

28

Objektif

(hari)

7

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

https://www.health.com/menstruation/australian-company-period-leave

https://www.ovuline.com/guide/23/the-effects-of-travel-on-ovulation

https://www.msn.com/en-ph/health/wellness/traveling-does-affect-your-period%E2%80%94heres-how/ar-AAuMjGG

https://www.mypregnancybaby.com/travel-periods/https://menstrual-cycle-calculator.com/traveling-affects-period/

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin Disemak pada 26/11/2019
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel