home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Suami Kena Tahan Rasa Gelora Bila Isteri Period, Jangan Risau Ini Cara Boleh Anda Buat!

Suami Kena Tahan Rasa Gelora Bila Isteri Period, Jangan Risau Ini Cara Boleh Anda Buat!

Seks adalah antara perkara yang paling penting dan perlu buat semua pasangan suami isteri.

Tanpanya, sudah pasti hambar dan tidak bermaknalah kehidupan di kamar tidur kalian berdua.

Ini menunjukkan bahawa hubungan seks harus dilakukan dengan kerap dan hebat agar tiada mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan kehidupan di ranjang kelak.

Persoalannya, bagaimana pula jika isteri sedang datang bulan?

Usah khuatir, ada cara melayan suami ketika haid yang halal!

Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

Apa hukum senggama ketika sedang datang bulan?

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah untuk kita belajar tentang perkara penting ini terlebih dahulu.

Seperti mana yang kebanyakan kita sudah tahu, individu yang beragama Islam dilarang untuk melakukan hubungan seks (penetrasi zakar ke dalam faraj) semasa sedang haid.

Pun begitu, ini tidak bermakna kalian berdua langsung tidak boleh bermesraan kerana terdapat kelonggaran di sini.

Kelonggaran yang dimaksudkan adalah kita dibolehkan untuk melakukan perkara untuk memuaskan nafsu syahwat dengan lapik dan tidak menyentuh bahagian antara pusat dengan lutut.

haid

Sebabnya mudah sahaja, kerana darah haid itu adalah kotor dan termasuk dalam kategori najis pertengahan (mutawasitah).

Dalam erti kata yang lebih mudah, suami tidak boleh memasukkan zakar ke dalam faraj isteri namun boleh menikmati tubuh badan dengan lapik kecuali bahagian antara pusat dengan lutut.

Pun begitu, kebanyakan ahli ulama tidak menggalakkan perkara ini kerana ia boleh merangsang nafsu syahwat lantas membawa kepada persetubuhan.

Apa risiko berasmaradana ketika sedang haid?

Baiklah, sekarang kita sudah tahu penetrasi zakar ke dalam faraj adalah dilarang sama sekali dan hanya ‘ringan-ringan’ dibolehkan tanpa menyentuh bahagian antara pusat dengan lutut.

Pun begitu, kami tidak menggalakkan pasangan suami isteri melakukan seks ketika datang bulan kerana ia boleh mendatangkan dosa bagi yang beragama Islam dan pelbagai kesan negatif yang lain.

Buat yang bukan beragama Islam, pilihan terletak di tangan anda.

Persoalannya, apa cara melayan suami ketika haid yang boleh diamalkan oleh isteri?

Meskipun ia tidak digalakkan, masih ada pasangan yang melakukan penetrasi zakar ke dalam faraj ketika sedang datang bulan.

Haruslah kalian tahu bahawa ia memang boleh dilakukan secara praktikal namun sangat kotor dan mungkin agak kurang selamat.

datang bulan

Berikut adalah keburukan seks semasa haid:

Oleh itu, isteri sila fikirkan semula sebelum setuju dengan permintaan suami ya?

Ini cara melayan suami ketika haid yang boleh dicuba!

Adakah ini bermaksud isteri langsung tidak boleh bercanda dengan suami ketika sedang datang bulan? Jawapannya mungkin ya atau mungkin tidak.

Adalah sangat disarankan untuk kalian mengelakkan penetrasi zakar ke dalam faraj seperti mana yang dituntut oleh aspek agama, keselamatan dan kesihatan.

Namun ia tidak bermakna anda perlu membiarkan suami anda kecewa. Masih ada beberapa perkara yang boleh kalian berdua lakukan.

Isteri boleh cuba cara melayan suami ketika haid yang berikut:

#1. Seks oral

Jangan silap kerana suami tidak boleh sesekali melakukan seks oral terhadap faraj isteri ya!

Sebaliknya, si isteri boleh memasukkan zakar ke dalam mulut untuk mengeluarkan air mani si suami.

Adakah anda boleh menelannya? Sila baca artikel kami yang membicarakan khas tentang perkara ini.

seks

#2. Handjob

Selain seks oral, isteri juga boleh menggunakan tangan sendiri untuk bermain-main dengan zakar suami.

Sama seperti perbuatan beronani, lakukanlah urutan dan belaian manja sehingga mereka mencapai klimaks.

#3. Titsjob

Bukan itu sahaja, isteri juga boleh menggunakan payudara sebagai tempat untuk suami mendayung alat sulit.

Perbuatan ini tentu sahaja mengasyikkan dan tidak akan menyentuh langsung bahagian antara pusat dan lutut.

#4. Seks anal

Untuk pengetahuan anda, seks anal adalah perbuatan yang menjadi perdebatan dalam kalangan ramai pakar.

Ini kerana ia memerlukan suami memasukkan zakar ke dalam lubang dubur isteri, yang sudah tentu sedia kotor tambah lagi dengan lelehan darah haid ke kawasan tersebut.

Malahan juga, agama Islam melarang sama sekali pasangan suami isteri untuk melakukan seks luar tabii ini.

Sudah dapat jawapannya? Maka para isteri di luar sana silalah cuba gunakan cara melayan suami ketika haid ini selepas mempertimbangkan kesemua faktor yang kami senaraikan ini ya!

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3639-hukum-bermesraan-secara-seksual-tanpa-jimak-ketika-haid
  2. https://www.nhs.uk/common-health-questions/sexual-health/can-you-have-sex-during-a-period/
  3. https://www.plannedparenthood.org/learn/teens/ask-experts/can-i-have-sex-during-my-period-and-if-i-do-can-i-get-pregnant
  4. https://youngwomenshealth.org/2011/04/20/sex_period_std/
  5. https://kidshealth.org/en/teens/sex-during-period.html
Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Ahmad Farid
Disemak pada 10/07/2020
x