Risiko Wanita PCOS Hamil, Boleh Membahayakan Bayi? Ada Kesan Juga Pada Jantina Si Manja?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Diterbitkan pada 17/09/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Wanita hamil dengan sindrom ovari polisistik dikatakan boleh memberi kesan kepada jantina bayi dalam kandungan, adakah ia benar?

Ikuti penjelasan ini untuk mengetahui lebih lanjut.

Sindrom ovari polisistik mempengaruhi jantina bayi?

Sindrom ovari polisistik atau PCOS, adalah keadaan berkaitan hormon pada wanita.

Wanita dengan PCOS sukar untuk hamil dan berisiko tinggi mengalami komplikasi semasa hamil.

PCOS adalah keadaan di mana ovari menghasilkan tahap hormon lelaki (androgen) yang lebih tinggi daripada biasa. Ia boleh mempengaruhi kitaran haid, kesuburan dan penampilan wanita.

Simptom sindrom ovari polisistik merangkumi:

Tetapi adakah benar keadaan ini boleh mempengaruhi jantina bayi?

PCOS & ketidaksuburan

Sebelum persoalan sama ada masalah berkaitan hormon pada wanita ini boleh mempengaruhi jantina bayi, anda perlu mengetahui bagaimana PCOS menyukarkan peluang anda untuk hamil.

Ini kerana ia mempunyai kaitan dengan tahap hormon lelaki tinggi yang menghalang pembebasan telur (ovulasi). 

Pun begitu, anda boleh meningkatkan peluang untuk hamil dengan melakukan perkara seperti:

sindrom ovari polisistik

  • Mengekalkan berat badan yang sihat – penurunan 5-10% berat terbukti dapat meningkatkan peluang hamil
  • Mengamalkan pemakanan sihat
  • Bersenam
  • Memantau ovulasi dan aktiviti seksual sekitar tempoh ovulasi

Sekiranya anda telah melakukan beberapa perubahan dan masih tidak membuahkan hasil, doktor mungkin menyarankan untuk melakukan ujian kesuburan.

Anda juga mungkin akan diberikan preskripsi ubat kesuburan untuk membantu ovulasi.

Jika tidak berkesan, berkemungkinan doktor akan mencadangkan pembedahan untuk membuang sejumlah kecil tisu yang menghasilkan lebihan hormon lelaki pada ovari.

Pilihan lain adalah untuk menjalani prosedur rawatan kesuburan in-vitro (IVF) – peluang persenyawaan yang lebih tinggi. 

Pun begitu, ia merupakan pilihan yang memerlukan perbelanjaan tinggi. IVF biasanya dipertimbangkan apabila pilihan sedia ada yang lain tidak berjaya. 

Dalam kebanyakan kes, melalui perubahan gaya hidup serta rawatan kesuburan, majoriti wanita dengan sindrom ovari polisistik berjaya hamil.

 PCOS & jantina bayi

perkembangan bayi dalam kandungan

Jadi jika PCOS boleh menjejaskan peluang kehamilan bagi seseorang wanita, mungkinkah ia juga akan mempengaruhi jantina bayi dalam kandungan?

Jawapan untuk persoalan anda itu adalah TIDAK.

Sindrom ovari polisistik tidak boleh mempengaruhi jantina bayi. 

Ini kerana berdasarkan saintifik hanya ada satu perkara yang akan menentukan jantina anak yang dikandungkan, iaitu sperma. 

Seorang ibu hanya akan menghasilkan kromosom X untuk janin. Kromosom daripada ovum ini tidak akan menentukan jantina anak dalam kandungan. 

Sebaliknya, sperma yang dihasilkan oleh bapa sebahagiannya akan mempunyai kromosom X dan juga kromosom Y.

Jika ovum yang disenyawakan sperma membawa kromosom X, maka jantina anak yang akan lahir adalah perempuan. 

Manakala, jika kromosom pembawanya adalah Y, anda akan hamil anak lelaki.

Jadi kesimpulannya, PCOS langsung tidak mempunyai kaitan dalam proses kromosom ini, sekali gus ia tidak bertanggungjawab dengan jantina bayi dalam kandungan.

Risiko kepada bayi

Pun begitu, seperkara yang perlu anda fahami, sindrom ovari polisistik ini boleh menjadikan proses kehamilan anda lebih rumit. Ia memerlukan banyak pemantauan untuk anda dan juga kandungan. 

Ini kerana ia boleh mendatangkan risiko kepada bayi, termasuklah:

  • Keguguran
  • Kelahiran pramatang
  • Bersaiz besar untuk usia kehamilan
  • Skor Apgar yang lebih rendah

bayi pramatang

Skor Apgar adalah untuk mengukur keadaan bayi selepas kelahiran. 

Ia adalah panduan untuk doktor, jururawat atau bidan sama ada bayi memerlukan rawatan atau pemantauan segera mahupun tidak.

Skor 7 atau lebih adalah normal. Skor 6 atau kurang pada 1 minit dan skor 7 atau lebih pada 5 minit juga normal.

Walau bagaimanapun, skor di bawah 7 dalam ujian kedua pada 5 minit dianggap rendah.

Sekiranya skor bayi anda rendah dalam ujian Apgar pertama dan tidak meningkat pada ujian kedua pada 5 minit, atau terdapat kebimbangan lain, pemantauan bayi akan dilakukan dengan teliti.

Selain itu, disebabkan saiz bayi berkemungkinan lebih besar, maka wanita dengan PCOS cenderung perlu bersalin secara caesarean

Komplikasi lain juga mungkin timbul semasa proses kelahiran.

Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mengalami PCOS juga mempunyai risiko lebih besar untuk mati sewaktu dilahirkan. 

Bayi anda juga berkemungkinan besar perlu dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi untuk bayi baru lahir (NICU). 

Sekiranya bayi yang dilahirkan perempuan, kajian menunjukkan kemungkinan sehingga 50% si kecil juga akan menghidap PCOS. 

Penjagaan diri

PCOS tidak akan memberi kesan kepada jantina bayi. 

Namun, ibu perlu tahu bahawa terdapat tinggi risiko untuk mengalami komplikasi.

Oleh sebab itu adalah amat penting untuk mengamalkan langkah-langkah yang perlu bagi menjalani kehamilan yang sihat.

Dapatkan rundingan dan perbincangan dengan doktor, amalkan diet pemakanan sihat dan bersenam. 

Ia merupakan rejimen yang disyorkan untuk mengawal sindrom ovari polisistik semasa kehamilan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

1
Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Aduh, Ada Jangkitan Dekat Parut Czer? Jangan Pandang Remeh, Kenal Pasti Tandanya

Bersalin secara pembedahan caesarean bermakna memerlukan lebih penjagaan terutamanya pada parut czer. Jom kenal pasti tanda-tandanya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Kelahiran Bayi 09/09/2020 . 3 minit bacaan

Bukan Orang Dewasa Sahaja, Si Kecil Anda Pun Berisiko Alami Gangguan Tidur Apnea!

Mungkin ramai yang belum cakna mengenai apa itu sleep apnea. Benarkah gangguan tidur apnea juga boleh berlaku kepada bayi? Jom klik artikel ini untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 01/09/2020 . 3 minit bacaan

9 Faktor Ini Punca Ibu Terdedah Kepada Kehamilan Berisiko Tinggi, No. 3 Kena Jaga-jaga

Kehamilan berisiko tinggi dialami ibu mengandung mungkin berpunca daripada masalah kesihatan yang dihidapi sebelum, semasa atau selepas melahirkan anak.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Rancang Kehamilan 28/08/2020 . 3 minit bacaan

Ada Kencing Manis Masa Mengandung? AWAS IBU! Kesannya Mungkin Berlanjutan Lepas Bersalin

Diabetes gestasi adalah masalah kencing manis semasa mengandung. Ia dikatakan akan hilang sebaik wanita bersalin. Namun kesannya mungkin berlanjutan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 27/08/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

melawat bayi

Ramai Ibu Bersalin Tahun 2020, Sebelum Melawat Baby Baru Lahir, Ambil Tahu 6 Perkara Ini Dulu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 18/09/2020 . 3 minit bacaan
penghawa dingin

Selamat Ke Penyaman Udara Untuk Si Manja? Sebelum Buka Aircond Dalam Bilik Bayi, Baca Ini Dulu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 15/09/2020 . 3 minit bacaan
bayi julur lidah

Si Kecil Asyik Jelir Lidah Bukan Mahu Mengejek, Ibu Bapa Kena Tahu 7 Sebab Ini, Ada Yang Bahaya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 11/09/2020 . 3 minit bacaan
bau bayi wangi

Bayi Baru Lahir Ada Satu Bau Yang Buat Ibu Rasa Ketagih, Dari Mana Datangnya Bau Ini?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 10/09/2020 . 3 minit bacaan