backup og meta

9 Jenis Makanan Untuk Ibu Mengandung, Bagus Diamalkan Dari Awal Kehamilan!

9 Jenis Makanan Untuk Ibu Mengandung, Bagus Diamalkan Dari Awal Kehamilan!

Tahukah anda, diet sangat penting, terutamanya makanan untuk ibu mengandung? Anda sebenarnya memerlukan kalori tambahan lebih daripada keperluan harian anda sebelum anda hamil.

Ini boleh didapati daripada diet atau makanan untuk ibu mengandung, lebih-lebih lagi jika anda sedang berada dalam trimester kedua dan ketiga.

Apakah makanan untuk ibu hamil yang perlu anda amalkan dalam pemakanan harian? Ikuti selanjutnya melalui artikel ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

9 Makanan untuk ibu mengandung

#1. Produk tenusu

Semasa kehamilan, ibu hamil perlu mengambil jumlah protein tambahan dan juga kalsium untuk memenuhi keperluan janin yang sedang berkembang.

Produk tenusu adalah sumber pemakanan kalsium yang terbaik kerana ia juga memberikan sejumlah kandungan fosforus, pelbagai jenis vitamin B, magnesium dan juga zink.

Makanan untuk ibu mengandung ini juga boleh diambil dalam bentuk makanan berasaskan tenusu seperti yogurt yang diketahui kaya dengan kandungan probiotik.

#2. Legum atau kekacang

makanan untuk ibu mengandung
Kekacang bagus untuk ibu hamil.

Jenis makanan ini termasuklah lentil, kacang pis, kekacang, kacang soya dan juga kacang tanah.

Untuk pengetahuan pembaca semua, legum atau kekacang adalah sumber berasaskan tumbuhan yang baik untuk anda mendapatkan serat, protein, zat besi, folat dan juga kalsium.

Kesemua nutrien ini amat diperlukan sebagai makanan untuk ibu hamil. Sebagai contoh, folat amat diperlukan untuk kesihatan ibu dan juga janin, terutama sekali semasa trimester pertama.

#3. Ubi keledek, makanan untuk ibu mengandung

Ubi keledek adalah sejenis makanan yang kaya dengan kandungan beta karotena. Beta karotena adalah sejenis sebatian tumbuhan yang akan bertukar kepada vitamin A dalam tubuh badan anda.

Vitamin A amat diperlukan untuk tumbesaran janin yang sihat. Wanita disarankan agar meningkatkan pengambilan vitamin A sebanyak 10 hingga 40 peratus dalam jadual pemakanan ibu mengandung dan piramid makanan ibu hamil.

Ubi keledek adalah sumber terbaik bagi beta karotena kerana sebanyak 100 – 150 gram ubi keledek yang telah dimasak mampu memenuhi keperluan harian anda. 

#4. Ikan salmon

Siapa sahaja yang tidak pernah mendengar mengenai ikan yang satu ini. Ikan ‘berkelas tinggi’ ini diketahui agak mahal kerana kebanyakan sumber ikan salmon di negara ini adalah diimport selain disebabkan oleh kualitinya yang amat baik.

Makanan untuk ibu mengandung seperti ikan salmon sangat kaya dengan kandungan asid lemak omega-3, iaitu sejenis sebatian yang membantu meningkatkan fungsi otak dan juga kesihatan mata bayi anda.

Walaupun asid lemak omega-3 ini diketahui banyak diperoleh daripada sumber makanan-makanan laut, wanita yang sedang hamil disarankan untuk mengurangkan pengambilan makanan laut sebanyak 2 kali dalam seminggu.

Ini bertujuan untuk mengelakkan pencemaran merkuri dan juga bahan pencemar lain yang terdapat dalam ikan berlemak seperti ikan salmon ini.

#5. Tambah telur sebagai makanan untuk ibu mengandung

Telur mengandungi setiap nutrien yang anda perlukan. Sebiji telur bersaiz besar mengandungi sebanyak 77 kalori, selain lemak dan protein yang berkualiti tinggi.

Selain itu, telur juga mengandungi banyak kandungan vitamin dan mineral. Telur juga adalah sumber terbaik bagi kolin, yang mana ia sangat penting dalam kebanyakan pemprosesan tubuh badan anda termasuklah pembangunan dan kesihatan otak.

Pengambilan kolin yang rendah semasa anda sedang hamil akan meningkatkan risiko kecacatan tiub saraf dan berkemungkinan menyebabkan penurunan fungsi otak janin anda.

#6. Brokoli dan sayuran berdaun

Makanan yang boleh tingkatkan darah semasa hamil.
7 makanan yang boleh meningkatkan darah ibu semasa hamil.

Brokoli dan juga sayuran berdaun seperti kale dan bayam mengandungi banyak kandungan vitamin yang amat diperlukan oleh seorang wanita hamil.

Makanan untuk ibu mengandung ini mengandungi serat, vitamin C, vitamin K, vitamin A, kalsium, zat besi, folat dan juga kalium.

Selain itu, sayur-sayuran jenis ini juga kaya dengan kandungan antioksidan dan juga sebatian tumbuhan yang memberi manfaat terhadap sistem imun dan juga pencernaan.

Disebabkan oleh kandungan serat yang tinggi, sayuran ini juga sangat membantu dalam mengelakkan sembelit.

#7. Daging tanpa lemak

Daging tanpa lemak seperti daging ayam, lembu dan kambing adalah sumber terbaik bagi protein berkualiti tinggi.

Tambahan lagi, daging lembu kaya dengan zat besi, kolin dan juga vitamin B. Zat besi adalah mineral yang sangat penting yang digunakan oleh sel darah merah sebagai sebahagian daripada hemoglobin. Ia amat penting untuk penghantaran oksigen kepada semua sel dalam tubuh badan anda.

Wanita amat memerlukan lebih banyak makanan untuk ibu hamil yang tinggi zat besi memandangkan jumlah darah mereka sedang bertambah. Lebih-lebih lagi jika wanita hamil tersebut sedang berada dalam trimester ketiga.

#8. Buah beri

makanan untuk ibu mengandung
Buah beri bagus untuk ibu hamil.

Walaupun buah beri boleh dikategorikan sebagai jenis buah yang mahal harganya, namun sesuailah dengan manfaat yang dimilikinya. Buah beri merupakan antara makanan untuk ibu mengandung yang sangat berkhasiat dan penuh zat. 

Buah beri mengandungi kandungan air, karbohidrat sihat, vitamin C, serat dan juga antioksidan. Ia sebenarnya mengandungi kandungan vitamin C yang amat tinggi yang membantu tubuh badan anda untuk menyerap zat besi.

Selain itu, vitamin C yang terdapat dalam buah beri juga sangat bermanfaat untuk kesihatan kulit selain untuk fungsi imun tubuh.

Tambahan pula, buah beri mengandungi nilai indeks glisemik yang rendah, yang tidak menyebabkan peningkatan mendadak gula darah tubuh anda. Selain kaya dengan nutrisi dan juga rasa yang enak, ia juga amat rendah kalori.

#9. Bijirin penuh

Berbanding daripada bijirin yang telah diproses, bijirin penuh kaya dengan kandungan serat, vitamin dan juga sebatian tumbuhan. Sebagai contoh, bijirin oat dan juga quinoa mengandungi kandungan protein yang amat penting semasa fasa kehamilan.

Bijirin penuh juga kaya dengan vitamin B, serat dan juga magnesium, menjadikannya antara makanan untuk ibu mengandung yang terbaik di luar sana. 

Berikut adalah beberapa jenis menu makanan yang ibu hamil harus ambil:

  • Produk tenusu
  • Kekacang
  • Ikan
  • Telur
  • Sayur hijau
  • Buah beri
  • Ubi keledek
  • Daging tanpa lemak
  • Bijirin penuh

Jadi, inilah antara menu makanan ibu hamil trimester 1 2 3 yang penting. Selamat mencuba!

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Nutrition During Pregnancy. https://www.acog.org/patient-resources/faqs/pregnancy/nutrition-during-pregnancy. Accessed on July 19, 2022.
  2. Advice about Eating Fish. https://www.fda.gov/food/consumers/advice-about-eating-fish. Accessed on July 19, 2022.
  3. Pregnancy diet: Focus on these essential nutrients. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-depth/pregnancy-nutrition/art-20045082. Accessed on July 19, 2022.
  4. Top 20 foods for pregnancy. https://www.allinahealth.org/health-conditions-and-treatments/health-library/patient-education/beginnings/diet-and-exercise/top-20-foods-for-pregnancy. Accessed on July 19, 2022.
  5. Foods to eat or avoid when pregnant. https://www.foodauthority.nsw.gov.au/consumer/life-events-and-food/pregnancy/foods-to-eat-or-avoid-when-pregnant. Accessed on July 19, 2022.

Versi Terbaru

11/06/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Hentikan Mitos Nanas Punca Gugur, Ini 3 Manfaat Untuk Ibu Hamil

Ini Sebab Ibu Hamil Perlu Kenal Tanda Awal Praeklampsia, Bahaya Boleh Ragut Nyawa!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 11/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan