backup og meta

Gembira Disahkan Hamil? Tahniah, Ini Cara Kira Usia Kandungan Buat Panduan Ibu Baru!

Gembira Disahkan Hamil? Tahniah, Ini Cara Kira Usia Kandungan Buat Panduan Ibu Baru!

Anda telah melakukan ujian kehamilan. Syukurlah, keputusan yang diterima positif. Sudah pastilah, kini anda ingin mengetahui cara kira usia kandungan. Ada pelbagai cara kira usia kehamilan yang anda boleh lakukan, yang paling mudah adalah dengan menggunakan alat yang boleh diakses dalam talian. 

Mengetahui usia kandungan sangat penting supaya ibu bapa dapat melakukan persediaan secukupnya untuk menyambut cahaya mata. 

Selain itu, usia kandungan juga penting untuk membantu pakar mengetahui bila ujian tertentu perlu dijalankan. 

Terdapat beberapa cara kira usia kandungan. Namun, kaedah yang anda baca secara dalam talian mungkin tidak dapat memberikan keputusan tepat. 

Sebab itulah, anda perlu berjumpa pakar agar mereka dapat menganggar usia kandungan berdasarkan imbasan ultrasound dan tarikh haid akhir anda. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Apakah maksud tarikh akhir (due date) kehamilan?

Cara kira usia kandungan
Ibu perlu tahu tarikh akhir kehamilan supaya dapat melakukan persiapan secukupnya sebelum menyambut kelahiran anak.

Tarikh akhir kehamilan, juga dikenali sebagai due date merupakan kiraan yang boleh memberi anggaran bila anda akan melahirkan anak. 

Bagaimanapun, due date tidak semestinya tepat. Hanya empat peratus sahaja bayi lahir pada tarikh akhir yang ditetapkan. 

Kebanyakan kehamilan selalunya akan berlangsung dalam masa 40 minggu. Jadi, cara terbaik adalah dengan mengira sejak hari terakhir anda datang haid.

Cara kira usia kandungan

Cara pengiraan usia kandungan terbahagi kepada dua: 

  • Hari pertama haid terakhir anda
  • Tarikh anda mengandung

Ketahui hari terakhir haid anda

Anda boleh mengira tarikh akhir haid anda jika anda tahu hari pertama haid terakhir sebelum hamil. Selalunya, tarikh akhir kehamilan (due date) adalah pada minggu ke-40 selepas haid terakhir. 

Ini merupakan cara kira usia kandungan yang terbaik jika anda ingin lakukannya sendiri di rumah. Bagaimanapun, ia tidaklah tepat. 

Bagaimanapun, cara mengira usia kandungan ini tidak sesuai untuk wanita yang sedang mengambil pil perancang atau mempunyai kitaran haid yang tidak menentu. 

Jangan risau, bukanlah satu masalah besar jika anda tidak tahu bila hari terakhir haid anda. Ujian ultrasound yang bakal dijalankan nanti dapat membantu menentukan usia kandungan. 

Kita hanya boleh mengetahui hari spesifik jika anda tahu bila berlakunya ovulasi. Tetapi, hari ovulasi sukar untuk ditentukan secara tepat. 

Sperma boleh tinggal di dalam vagina selama lima hari. Malah, proses pelepasan telur oleh wanita pula boleh memakan masa lebih 24 jam. 

Oleh itu, ia sangat sukar untuk menentukan hari spesifik proses persenyawaan berlaku. 

Cara kira usia kandungan jika anda melakukan IVF

Cara kira usia kandungan
Pengiraan usia kandungan mungkin berbeza bagi ibu yang melakukan IVF.

Jika anda melakukan persenyawaan in vitro (IVF) untuk hamil, anda boleh menggunakan tarikh pemindahan IVF anda untuk mengira tarikh akhir:

  • Jika embrio dipindahkan lima hari selepas pengambilan telur, kira ke hadapan 261 hari dari tarikh pemindahan.
  • Jika embrio dipindahkan tiga hari selepas pengambilan telur, hitung awal 263 hari untuk menentukan tarikh akhir anda.

Jika anda tidak pasti tentang cara mengira usia kandungan, tanyalah doktor atau pakar yang melakukan IVF. Mereka dapat membantu. 

Cara kira usia kandungan jika anak kembar

Cara mengira usia kandungan untuk anak kembar dua atau tiga mungkin sedikit berbeza. 

Langkah untuk menentukan usia kandungan mungkin sama, namun tarikh due date mungkin berbeza. Pakar selalunya ingin ibu melahirkan anak sekitar minggu ke-36 atau 37. 

Walaupun pengiraan usia kandungan mungkin sama dengan pengiraan bagi ibu yang hamil seorang anak, doktor mungkin akan menganggar ibu yang mempunyai anak kembar lahir lebih awal daripada biasa. 

Mengapa perlu kira usia kandungan?

Penting untuk ibu bapa tahu cara kira usia kandungan. Selalunya, ibu bapa yang mengetahui due date lebih bersedia untuk menyambut kelahiran. 

Mereka juga boleh merancang barang yang boleh dibawa ke hospital dan juga peralatan keperluan bayi. 

Selain itu, ibu juga boleh menerima penjagaan pranatal yang betul mengikut usia kandungan. Ada banyak vitamin dan mineral yang diperlukan oleh ibu ketika hamil. 

Doktor juga boleh mengukur saiz fetus untuk menentukan anak membesar dengan baik. Sebab itulah, ibu perlu tahu cara pengiraan usia kandungan yang betul. 

Vitamin


  • Protein 
  • Karbohidrat kompleks 
  • Lemak sihat
  • Vitamin dan mineral
  • Serat dan cecair

Bolehkah due date saya berubah?

Persediaan yang perlu ibu lakukan sebelum melahirkan anak.

Ya, pengiraan usia kehamilan untuk menentukan tarikh kelahiran hanyalah anggaran. 

Kadangkala, selepas melakukan ultrasound, doktor mungkin akan memberikan due date yang berbeza mengikut tumbesaran anak

Jika saiz fetus lebih besar dari jangkaan, doktor mungkin akan memberikan due date lebih awal daripada biasa. Semua ini adalah normal, jadi bakal ibu tidak perlu risau. 

Pakar menganggp tempoh penuh kehamilan adalah sekitar 37 minggu. Jadi, ibu mungkin melahirkan bayi sebelum atau selepas tarikh yang ditetapkan. 

Hanya satu daripada 20 wanita akan melahirkan anak pada due date yang ditetapkan. Selalunya, ibu akan melahirkan pada mana-mana hari dua minggu sebelum atau selepas tarikh due date.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Gestational age. https://medlineplus.gov/ency/article/002367.htm#:~:text=Gestational%20age%20is%20the%20common,from%2038%20to%2042%20weeks. Diakses pada 27 September, 2024. 
  2. Due date calculator. https://www.nhs.uk/pregnancy/finding-out/due-date-calculator/. Diakses pada 27 September, 2024. 
  3. Curious to know your due date? https://americanpregnancy.org/resources/pregnancy-calculator/. Diakses pada 27 September, 2024. 
  4. Calculating a Due Date. https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/calculating-a-due-date. Diakses pada 27 September, 2024.
  5. Due date calculator. https://www.pregnancybirthbaby.org.au/due-date-calculator. Diakses pada 27 September, 2024.

Versi Terbaru

30/09/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Ibu Hamil? Tahniah! Tapi Waspada Dengan 13 Perkara Bahaya Sepanjang Trimester 1 Ini

Keputihan Boleh Jadi Tanda Awal Mengandung? Ini Cara Tepat Nak Tahu Hamil Atau Tidak!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 30/09/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan