backup og meta

Kebaikan Teh Hijau Kepada Kesuburan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 25/08/2020

    Kebaikan Teh Hijau Kepada Kesuburan

    Pernahkah anda mengetahui kebaikan teh hijau? Artikel di bawah akan membincangkan mengenai teh hijau, kebaikan teh hijau dan perkara-perkara lain berkenaan manfaat ekstrak teh hijau semasa kehamilan.

    Teh hijau boleh diambil untuk meningkatkan kewaspadaan mental dan pemikiran. Ia juga diambil untuk merawat kemurungan. Sesetengah individu mengambil teh hijau untuk mencegah pelbagai jenis kanser.

    Kesan sampingan pengambilan teh hijau

    ekstrak teh hijau

    Teh hijau selamat jika diambil melalui pemakanan sehingga 2 tahun, apabila digunakan pada kulit sebagai salap dalam jangka pendek, atau apabila digunakan sebagai cecair kumuran mulut untuk jangka pendek.

    Namun, bagi sesetengah individu, teh hijau boleh menyebabkan sakit perut dan sembelit. Ekstrak teh hijau telah dilaporkan menyebabkan masalah hati dan buah pinggang dalam kes-kes yang jarang berlaku.

    Teh hijau berkemungkinan tidak selamat apabila diambil melalui pemakanan dalam jangka panjang atau dalam dos yang tinggi. Ia boleh menyebabkan kesan sampingan yang disebabkan oleh kafein.

    Teh hijau juga mengandungi bahan kimia yang telah dikaitkan dengan penyakit hati apabila digunakan dalam dos yang tinggi.

    Tambah lagi, minum teh hijau dengan jumlah yang sangat tinggi adalah tidak selamat dan sebenarnya boleh membawa maut.

    Dos kafein yang membawa maut dalam teh hijau dianggarkan sekitar 10-14 gram (150-200 mg sekilogram). Ketoksikan serius boleh berlaku pada dos yang lebih rendah.

    Kebaikan teh hijau

    Antioksidan yang kuat

    Teh hijau mengandungi catechin dan flavonoid, yang menghalang badan daripada menghasilkan radikal bebas.

    Teh hijau juga mempunyai Epigallocatechin Gallate (EGCG), yang merupakan antioksidan yang kuat yang boleh merawat pelbagai keadaan kesihatan.

    Selain itu, antioksidan dalam teh hijau boleh membantu anda mencegah kanser.

    Kebaikan teh hijau untuk otak

    Teh hijau juga mengandungi sejumlah kafein, walaupun tidak sebanyak pada kopi. Ia akan membuat anda terjaga untuk seketika dan juga, membawa kebaikan untuk otak. 

    Tambahan pula, ia telah dikaji bahawa kafein boleh meningkatkan mood, memori dan masa tindak balas.

    Teh hijau juga mempunyai kesan perlindungan pada otak kita pada usia tua. Sebatian bioaktif dalam teh hijau boleh mengurangkan risiko Alzheimer dan Parkinson, yang agak biasa semasa usia tua.

    Kebaikan teh hijau untuk fizikal

    Teh hijau boleh meningkatkan kadar metabolisme badan dan pembakaran lemak. 

    Ini jelas akan meningkatkan prestasi fizikal dan mencegah obesiti, terutamanya diabetes jenis II, yang melibatkan gula dalam darah yang tinggi disebabkan kekurangan insulin.

    Teh hijau juga dipercayai meningkatkan sensitiviti insulin dan mengurangkan tahap gula dalam darah.

    Adakah benar kebaikan teh hijau dapat membantu anda untuk hamil?kebaikan teh hijau

    Teh telah lama dikenali sejak beratus-ratus tahun dahulu. Kini, teh juga telah dijadikan produk konsumer di serata dunia. Kita boleh menikmati teh di mana-mana sahaja, malahan terdapat pelbagai rangkaian variasi teh yang ada di pasaran kini.

    Teh hijau, khususnya, mengandungi banyak manfaat seperti mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser, mengawal berat badan, peredaran darah, dan sebagainya. Sebagai tambahan, terdapat satu lagi kebaikan mengenai teh hijau terhadap mereka yang sedang mencuba untuk hamil.

    Menurut beberapa kajian, Polyphenols dan Hypoxanthine yang ditemui dalam teh hijau adalah berkait dengan kebarangkalian pertumbuhan embrio yang baik.

    Wanita yang mengambil lebih daripada satu setengah cawan teh hijau berkafein setiap hari akan menggandakan peluang mereka untuk hamil. 

    Di samping itu juga, teh hijau dapat membantu mempersiapkan tubuh untuk kehamilan, melalui mukus serviks yang memudahkan sperma untuk bergerak mencari telur.

    Kelihatannya teh hijau ini sangat efektif. Bagaimanapun, kebenaran mengenai hal ini masih lagi terhad kerana tidak banyak kajian yang dilakukan terhadap perkara ini.

    Jadi, adakah kita boleh minum teh untuk hamil?

    Teh, pada umumnya, adalah tidak berbahaya. Pengambilan teh dapat melindungi kita daripada penyakit berbahaya, dan dengan beberapa kajian, kehamilan. Seharusnya, pengambilan teh perlu diambil secara sederhana.

    Minum 1 hingga 2 cawan sehari sudah mencukupi, tetapi terlalu banyak minum mungkin akan memberi kesan pada anda. Mengenai pengambilan kafein, terdapat teh nyahkafein untuk anda pilih.

    Satu perkara yang anda perlu ambil tahu adalah minum teh sahaja tidak akan menjamin peluang anda untuk hamil.Ia mungkin akan membantu, tetapi pengambilan teh bukanlah faktor sumbangan utama.

    Kehamilan yang berjaya adalah dibantu dengan gaya hidup yang sihat seperti kerap bersenam, menyeimbangkan hal kerja dan personal, memastikan kesihatan fizikal dan mental serta lain-lain lagi. Pakar berpendapat bahawa kadar kejayaan kehamilan yang tinggi berkait dengan beberapa faktor gaya hidup.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 25/08/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan