backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

8

Tanya Doktor
Simpan

Pancut Luar Masih Relevan Elak Hamil? Ini 10 Kelebihan & Kelemahannya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Nur 'Aqilah Binti Hadenor · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 30/01/2024

    Pancut Luar Masih Relevan Elak Hamil? Ini 10 Kelebihan & Kelemahannya!

    Walaupun kini sudah ada macam-macam kaedah kontraseptif, namun ramai pasangan suami isteri yang lebih gemar cara mudah dan cepat seperti tidak pancut dalam.1 Persoalannya, adakah pancut luar boleh mengandung?

    Jika tidak pula, apa kelebihan dan kelemahan cara ini? Jom baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Seksual, anda boleh klik di sini.

    Dilema perkahwinan dan perancangan keluarga

    Hakikatnya, perancangan keluarga merupakan perkara yang sangat penting bagi pasangan suami isteri lebih-lebih buat kalian yang baru sahaja mendirikan rumah tangga.2

    Ini kerana anda perlu bersedia terlebih dahulu dalam segenap aspek kehidupan rumah tangga termasuk kewangan, kerjaya dan masa sebelum membuat keputusan untuk menimang cahaya mata.2

    Terdapat banyak kaedah boleh dilakukan untuk mencegah wanita daripada mengandung luar jangka, dan yang paling popular adalah dengan cara mengambil pil perancang kehamilan.3

    Malahan, ada juga pasangan yang mengatakan bahawa salah satu cara paling mudah untuk mengelakkan kehamilan adalah dengan melakukan hubungan seks bukan pada waktu subur.3 

    Dalam pada itu, ada lagi satu cara yang dipercayai lebih mudah dan cepat iaitu kaedah pancut luar. Berkesankah?

    Apa maksud kaedah kontraseptif pancut luar?

    Untuk pengetahuan anda semua, pull out method merupakan kaedah yang memerlukan lelaki menarik zakar keluar daripada faraj wanita sebelum ejakulasi, semasa melakukan hubungan seks.4

    Tujuannya adalah demi memastikan supaya air mani yang telah terpancut itu tidak termasuk ke dalam rahim.

    pancut luar boleh mengandung

    Apa yang mungkin membimbangkan, masih ada pasangan suami isteri percaya jika pancut luar boleh mengandung. Ia menunjukkan bahawa kaedah kontraseptif ini belum 100% dipercayai.4

    Disebabkan itu juga, ada cara lain yang anda boleh cuba, contohnya menggunakan kondom yang jauh lebih berkesan!

    Pancut luar boleh mengandung itu mengarut?

    Dikatakan, kaedah withdrawal ini mempunyai tahap keberkesanan yang amat tinggi iaitu sekitar 80% sehingga 90%.5

    Menurut ramai pakar, hanya 4 daripada 100 orang wanita yang mengamalkan kaedah ini bersama pasangan mereka ketika hubungan seks akan hamil di luar jangkaan.5

    Namun, ketahuilah bahawa kaedah ini hanya akan berjaya jika dilakukan dengan betul kerana ia mempunyai risiko untuk gagal di atas beberapa faktor.6 Antara faktor tersebut termasuk:

    • Pasangan lelaki mengalami masalah ereksi dan/atau ejakulasi pramatang
    • Pasangan lelaki memasukkan semula zakar ke dalam faraj selepas klimaks
    • Air mani mengalir atau meleleh pada vulva iaitu bahagian permukaan faraj

    Maka, anda perlu tahu bahawa situasi pancut luar boleh mengandung itu bukan mengarut dan masih berisiko berlaku.

    Beberapa pro dan kontra kaedah pancut luar

    Di sebalik tahap keberkesanan yang tinggi, kaedah ini juga mempunyai beberapa kebaikan dan keburukan tersendiri.

    Untuk pengetahuan anda semua, kaedah kontraseptif ini sangat bergantung kepada cara pasangan itu melakukan hubungan seks; iaitu dengan cara yang tepat atau salah.7

    Dalam erti kata lain, memang benar pancut luar boleh mengandung tetapi kalian masih mampu mencegah jika kena caranya.

    pancut luar boleh mengandung

    Seperti juga perkara lain, setiap benda di dunia ini mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Berikut merupakan pro dan kontra kaedah kontraseptif ini:7

    Pro

    • Kaedah ini adalah selamat kerana tidak mempunyai sebarang kesan sampingan
    • Kaedah ini sihat dan boleh dipercayai kerana tidak memerlukan sebarang penggunaan alat atau ubat
    • Kaedah ini membenarkan hubungan seks berlaku dengan spontan dan tanpa persediaan yang rapi
    • Kaedah ini boleh digunakan sebagai pilihan terakhir kalian sekiranya sudah tiada lagi metode perancangan keluarga yang lain boleh dilakukan
    • Kaedah ini tidak akan mendatangkan sebarang kos
    • Jika anda dan pasangan mempunyai pengalaman, kepercayaan dan kebolehan mengawal diri sendiri, ia merupakan kaedah yang paling sesuai buat anda

    Kontra

    • Kaedah ini tidak sesuai untuk pasangan lelaki yang mempunyai kondisi ejakulasi pramatang
    • Kaedah ini tidak sesuai digunakan oleh pasangan lelaki yang tidak mempunyai pengetahuan yang luas dalam melakukan hubungan seks
    • Kaedah ini tidak sesuai digunakan oleh lelaki yang tidak memahami gerak balas seksual mereka
    • Kaedah ini sangat memerlukan pengalaman, kepercayaan serta kebolehan mengawal diri yang tinggi
    • Kaedah ini sama sekali tidak efektif seperti kaedah kontrasepsi yang lain terutama jika menggunakan kondom 

    Pancut luar boleh mengandung, kalian harus waspada!

    Kesimpulannya, soalan sama ada pancut luar boleh mengandung atau tidak adalah 50 – 50. Tiada jawapan yang muktamad!6

    Ya, mungkin benar ia adalah antara kaedah kontraseptif yang boleh membawa tahap keberkesanan sangat tinggi.

    Pun begitu, kaedah ini hanya akan berjaya membuahkan hasil sekiranya digunakan oleh pasangan yang mempunyai pengalaman, kepercayaan dan kebolehan mengawal diri yang tinggi.7

    pancut luar boleh mengandung

    Jika anda masih ragu-ragu untuk mencuba kaedah yang mungkin boleh mendatangkan kesan ini, pilih untuk menggunakan kondom sebagai alternatif merancang keluarga.1

    Penggunaan kondom adalah jauh lebih bagus?

    Berbanding dengan kaedah di atas, penggunaan kondom adalah jauh lebih bagus. Kenapa? Alasannya, kini telah wujud banyak produk kondom dengan pelbagai jenis dan variasi.8

    Contohnya, kondom keluaran syarikat gergasi iaitu Durex mempromosikan 3 varian yang menarik untuk pilihan anda.

    Selain varian biasa, ada juga varian bertekstur dan berperisa serta varian nipis dan lutsinar di mana ia mampu memberikan anda kenikmatan dan kepuasan seumpama tidak menggunakan kondom!

    Dalam pada itu, penggunaan kondom ini juga boleh digunakan bersama produk lain seperti permainan seks dan pelincir yang mampu melancarkan lagi aktiviti atas katil anda dan pasangan.8

    Apa yang lebih menarik, kesemua produk-produk keluaran syarikat ini sangat senang, selamat serta sihat digunakan tanpa menjejaskan aspek hubungan seksual kalian di kamar tidur.

    Klik di sini untuk mendapatkan kondom Durex.

    Konklusinya, masih ada risiko untuk kaedah pancut luar boleh mengandung. Jadi, sila fikirkan alternatif kontraseptif yang lain juga ya!2

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Nur 'Aqilah Binti Hadenor

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 30/01/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan