Kecewa Rasanya Bila Haid Lewat Tapi Tak Hamil? Ini 7 Sebabnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 17/09/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Jika selalunya haid anda datang tepat setiap bulan, namun kali ini anda sudah terlewat datang haid, pasti anda fikir yang anda sudah lekat. Sabar, Mama! Jangan terus membuat kesimpulan awal kerana kehamilan mungkin terjadi dan mungkin juga tidak terjadi jika lewat haid. Berikut antara penyebab mengapa anda terlepas tarikh haid:

Penurunan berat badan dan senaman berlebihan

Berat badan anda boleh disalahkan jika anda terlewat haid kerana ia bersambung dengan hipotalamus dalam otak anda. (Hipotalamus adalah sebahagian proses yang mengawal haid anda). Jika anda terlalu kurang berat badan, hipotalamus anda tidak boleh mengendalikan proses kitaran dengan betul. Ini mungkin mengakibatkan tahap estrogen anda terlalu rendah untuk membina lapisan rahim.

Tidak dapat dinafikan, aktiviti fizikal adalah bermanfaat untuk kesihatan anda. Akan tetapi, jika anda melakukannya secara berlebihan, badan anda mungkin mengalami kesan negatif. Aktiviti fizikal yang berlebihan boleh mengakibatkan estrogen tidak mencukupi. Apabila badan anda tidak mendapat estrogen yang cukup untuk melengkapkan kitaran menstruasi, haid anda mungkin akan berhenti.

Tekanan

Tekanan fizikal atau emosi boleh menyebabkan pelbagai masalah kepada kesihatan anda, seperti sakit kepala, kenaikan berat badan, jerawat, masalah kulit lain dan juga haid anda. Peristiwa yang teruk boleh memberi kesan kepada hipotalamus anda, menyebabkan amenorea hipotalamus, iaitu keadaan di mana haid anda berhenti beberapa bulan. Jadi, jika anda mengalami stres atau gangguan, ia mungkin punca mengapa haid anda tidak datang.

Tiroid tidak teratur

Kelenjar tiroid, yang terletak di leher anda, bertanggungjawab menyambungkan sistem lain dalam tubuh anda, untuk memastikan metabolisme anda berfungsi dengan baik. Jadi, jika anda mengalami ketidakseimbangan tiroid, haid anda mungkin akan terkesan; sama ada dia datang banyak atau kurang, ataupun tidak datang untuk sementara.

Simptom polisistik ovari (PCOS)

PCOS adalah keadaan di mana hormon seks wanita, seperti estrogen, progesteron, dan testosteron tidak seimbang. Apabila tahap hormon ini berubah-ubah, kekurangan ovulasi dalam tubuh anda boleh menyebabkan anda tidak datang haid atau tidak mengalami menstruasi tetap. Anda boleh mengesan PCOS dengan simptom-simptom seperti rambut tumbuh pada muka dan dada, sukar menurunkan berat badan, dan anda berpotensi mengalami masalah kesuburan.

Penyakit kronik seperti celiac

Jika anda didiagnosis dengan penyakit kronik tertentu, tetapi anda membiarkannya tidak dirawat, sistem tubuh dan kesihatan anda keseluruhannya boleh terjejas teruk, termasuklah haid anda. Jika anda mengalami masalah haid luar jangka, anda perlu beri lebih perhatian kepada sebarang perubahan dalam tubuh anda, kemudian berjumpa dengan doktor untuk rawatan.

Merancang kehamilan

Anda terlewat haid ataupun tidak datang haid mungkin kerana pilihan rawatan kontrasepsi anda, khususnya pil dos rendah, hormon IUD, implan, ataupun suntikan. Kaedah kontrasepsi ini boleh menyumbang kepada ketidaknormalan proses menstrual dalam tubuh anda. Bagi mengembalikan semula haid anda, anda mungkin perlu berhenti menjalani kaedah kawalan kelahiran yang anda gunakan kini.

Menopaus pramatang

Apabila menopaus berlaku sebelum wanita mencecah usia 40 tahun, ia disebut sebagai menopaus pramatang. Selain masalah tidak datang haid, menopaus pramatang juga boleh didiagnosis dengan beberapa tanda seperti perubahan emosi, kekeringan faraj, perubahan kognitif, kepanasan, penurunan keinginan seks, dan gangguan tidur.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan