backup og meta

7 Sebab Pasangan Kena Buat IVF, Namun Waspada Dengan 3 Risiko Ini Ya!

7 Sebab Pasangan Kena Buat IVF, Namun Waspada Dengan 3 Risiko Ini Ya!

Proses IVF (in vitro fertilization) atau lebih dikenali dalam bahasa tempatan kita sebagai bayi tabung uji, adalah antara rawatan kesuburan terbaik.

Ia merupakan kaedah yang boleh atau perlu dilakukan oleh pasangan bermasalah kesuburan bagi memberi peluang untuk mereka menimang cahaya mata.

Jom teruskan membaca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut mengenai rawatan IVF!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang kehamilan di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Apa anda perlu tahu tentang proses IVF?

Rawatan ini merupakan satu prosedur kompleks yang berpotensi membantu pasangan bermasalah kesuburan untuk mendapatkan zuriat.

Proses IVF ini bermula dengan sperma lelaki dan telur wanita dikeluarkan dari tubuh badan dan disenyawakan di dalam makmal.

Apabila sudah berjaya menjadi embrio, ia seterusnya akan dipindahkan ke dalam rahim wanita untuk proses mengandung.

Prosedur yang biasanya memakan masa sekitar 3 minggu ini merupakan kaedah bantuan reproduktif berteknologi yang terbaik.

Pun begitu, peluang untuk anda dan pasangan mendapatkan bayi yang sihat dan sempurna melalui proses IVF bergantung pada banyak faktor.

Persoalannya, kenapa ada pasangan yang perlu melakukan rawatan kesuburan jenis ini?

Sebab kena buat rawatan IVF!

Umum mengetahui bahawa proses IVF mungkin harus dilakukan oleh pasangan bermasalah kesuburan bagi membolehkan mereka hamil.

Namun apakah antara masalah kesuburan yang dimaksudkan ini? Ia termasuklah:

#1. Terdapat kerosakan atau kesumbatan pada tiub falopio

Kaedah IVF adalah suatu cara bagi mendapatkan anak.
Kaedah IVF adalah suatu cara bagi mendapatkan anak.

Jika tiub ‘T’ ini mengalami kerosakan atau tersumbat, maka sukar untuk sperma lelaki masuk ke dalam telur wanita serta embrio tidak mampu pergi ke rahim.

#2. Gangguan ovulasi

Proses ovulasi yang tidak tentu atau tiada langsung bermakna akan menyebabkan kekurangan atau ketiadaan telur waniya untuk proses persenyawaan.

#3. Endometriosis

Endometriosis berlaku apabila tisu yang sepatutnya ada di dalam rahim, tapi berada di luar lantas menjejaskan fungsi ovari, rahim dan tiub falopio.

#4. Fibroid rahim

Ia adalah sejenis tumor yang berada pada dinding rahim dan biasa berlaku pada wanita yang berusia 30-an hingga 40-an dan akan mengganggu proses persenyawaan.

#5. Pernah steril atau buang tiub falopio

Sekiranya anda pernah menjalani antara dua prosedur ini, maka anda perlu melakukan proses IVF bagi membalikkan semula keadaan di mana anda tidak mungkin boleh hamil.

#6. Masalah sperma lelaki

Lelaki yang mempunyai masalah sama ada pada kualiti, kuantiti, morfologi atau mobiliti sperma juga mungkin perlu melakukan proses IVF bagi membolehkan pasangan mengandung.

#7. Gangguan genetik

Seandainya anda dan/atau pasangan mempunyai gangguan genetik maka rawatan IVF mungkin boleh membantu untuk menyingkirkannya.

Risiko jika buat proses IVF!

Segera berjumpa dan berbincang dengan doktor jika kalian ingin melakukan proses tersebut selain mengetahui risiko-risiko rawatan ini.

Ini kerana secanggih manapun teknologi manusia, pasti akan wujud ketidakseimbangan di dalamnya, seperti contoh berikut:

#1. Kehamilan berganda

Rawatan IVF meningkatkan risiko anda untuk hamil lebih dari 1 janin jika lebih dari 1 embrio dipindahkan ke dalam rahim dan ternyata  lebih banyak risiko.

#2. Sindrom hiperstimulasi ovari

Penggunaan ubatan kesuburan seperti HCG yang digunakan dalam rawatan IVF berisiko menyebabkan sindrom ini di mana ovari akan menjadi bengkak dan sakit.

#3. Keguguran dan kehamilan ektopik

Peratusan keguguran wanita hamil dengan proses IVF adalah sekitar 15 ke 25 peratus dan angka ini akan meningkat seiring dengan usia kehamilan mereka.

Selain itu, sekitar 2 ke 5 peratus wanita hamil dengan proses yang sama juga berisiko mengalami kehamilan ektopik (mengandung di luar rahim).

Bagaimana telur wanita dan sperma lelaki diambil?

Bagi wanita, telur dari rahim akan diambil menerusi jarum halus yang dimasukkan ke dalam faraj dengan bantuan ultra bunyi untuk mengesan kedudukannya.

Apabila beberapa telur sudah diambil, ia kemudiannya akan disimpan di dalam bekas berisi cecair nutrtitif dan diinkubasikan sebelum disenyawakan.

Bagi lelaki pula, sperma dari testis akan diambil menerusi proses onani ataupun jarum halus bagi mengekstrak ia daripada testis lelaki jika perlu.

Ada juga pasangan yang menggunakan khidmat penderma sperma namun ketahuilah bahawa kaedah ini adalah haram dilakukan di sisi agama Islam.

Proses persenyawaan IVF

Setelah telur wanita dan sperma lelaki berjaya dikeluarkan, terdapat dua proses persenyawaan yang boleh dilakukan iaitu:

  • Inseminasi konvensional – Ia melibatkan proses IVF dengan sperma dan telur yang sempurna dicampurkan dan diinkubasikan semalaman.
  • Suntikan sperma intracytoplasmik – Ia melibatkan proses IVF dengan sperma disuntik terus ke dalam telur yang sempurna.

Proses pemindahan IVF

Selepas berjaya membentuk embrio, maka doktor akan melanjutkan proses IVF dengan memindahkan ia ke dalam rahim wanita.

Ia melibatkan penggunaan tiub yang halus, panjang dan fleksibel bernama kateter dan akan dimasukkan melalui faraj, serviks dan rahim.

Apa perlu buat selepas proses IVF?

Segera berjumpa doktor bagi mendapatkan konsultasi yang sepatutnya.
Segera berjumpa doktor bagi mendapatkan konsultasi yang sepatutnya.

Setelah melalui proses ini, anda dan pasangan boleh menyambung semula aktiviti seharian seperti biasa namun mungkin akan wujud beberapa kesan sampingan:

Jika proses IVF ini berjaya dan anda mengandung, segera berkonsultasi doktor untuk mula mendapatkan petua tentang penjagaan kehamilan.

Jika proses IVF ini gagal dan anda tidak mengandung, adalah tidak salah untuk kalian mencuba rawatan ini sekali lagi sehingga berjaya.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.mayoclinic.org/tests-procedures/in-vitro-fertilization/about/pac-20384716
  2. https://www.plannedparenthood.org/learn/pregnancy/fertility-treatments/what-ivf
  3. https://www.pennmedicine.org/updates/blogs/fertility-blog/2020/april/how-does-the-ivf-process-work
  4. https://www.reproductivefacts.org/news-and-publications/patient-fact-sheets-and-booklets/documents/fact-sheets-and-info-booklets/in-vitro-fertilization-ivf-what-are-the-risks/
  5. https://medlineplus.gov/ency/article/007279.htm

Versi Terbaru

05/11/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Siti Fatihah


Artikel Berkaitan

Kata Implantasi IVF Berkesan Untuk Hamil, Tapi Kenapa Ada Yang Gagal? Ini 4 Sebabnya!

Sedang Jalani Rawatan IVF, Boleh Ke Jika Lakukan Hubungan Kelamin? Ini Penjelasannya


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 3 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan