backup og meta

Sedang Jalani Rawatan IVF, Boleh Ke Jika Lakukan Hubungan Kelamin? Ini Penjelasannya

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 27/10/2020

    Sedang Jalani Rawatan IVF, Boleh Ke Jika Lakukan Hubungan Kelamin? Ini Penjelasannya

    Melakukan hubungan kelamin semasa menjalani prosedur IVF mungkin sesuatu yang jarang dibuat kerana dikhuatiri mendatangkan mudarat. Namun, adakah benar-benar berbahaya untuk dilakukan?

    Hubungan kelamin ketika IVF

    Antara persoalan biasa yang bermain di minda pasangan yang menjalani prosedur rawatan kesuburan in-vitro (IVF) adalah tentang seks semasa prosedur IVF berlangsung.

    Adakah hubungan kelamin itu akan mempengaruhi prosedur IVF? Adakah seks digalakkan semasa IVF?

    Melakukan perbincangan dengan pasangan mungkin boleh mendatangkan sedikit cabaran apatah lagi jika kalian tidak mempunyai pendapat yang sama.

    Manakala, jika anda bertanya melalui Dr. Google, pastinya anda akan mendapat pelbagai jenis pandangan mengenai seks semasa IVF. 

    Sudah tentu ia akan lebih menimbulkan kekeliruan kepada anda, kan?

    Selamatkah seks semasa prosedur IVF?

    Jawapan untuk persoalan anda ini adalah ia bergantung kepada situasi. 

    Umumnya, proses persenyawaan in vitro atau bayi tabung uji ini akan berlangsung selama beberapa minggu dan melibatkan pelbagai proses, iaitu:

    1. Rangsangan dan pemantauan
    2. Prosedur keluarkan telur
    3. Persenyawaan
    4. Penghasilan embrio
    5. Proses implantasi

    Biasanya semasa fasa rangsangan ovari, pasangan boleh melakukan hubungan kelamin tanpa sebarang kebimbangan. 

    Pun begitu, dalam keadaan tertentu, persetubuhan yang berlaku boleh menyebabkan kesakitan kerana ovari yang sedang berkembang. Tetapi ia masih dianggap sebagai keadaan yang selamat. 

    prosedur IVF

    Walau bagaimanapun, pakar kesuburan mungkin akan menyarankan anda untuk tidak melakukan hubungan seks pada fasa-fasa lain di dalam rawatan IVF seperti selepas pemindahan IVF, bahkan sebelum atau selepas pengumpulan telur dan air mani. 

    Selagi anda dan pasangan mengikuti arahan dan panduan daripada pakar kesuburan  mengenai seks semasa prosedur IVF, kalian tidak akan menghadapi sebarang masalah. 

    Ini bermakna, anda akan diberitahu bila seks selamat dan bila ia perlu dielakkan. 

    Masalah seks semasa prosedur IVF

    Walaupun seks mungkin tidak mendatangkan masalah, namun terdapat beberapa isu yang mungkin akan dihadapi, antaranya:

    # Masalah emosi

    Sepanjang tempoh prosedur IVF, anda mungkin akan dihujani dengan rasa cemas dan perasaan yang bercampur baur. 

    Semakin dekat anda dengan tempoh pemindahan IVF, maka peningkatan emosi terharu akan membebani diri anda. Kebanyakan pasangan pada tempoh ini akan kurang rasa ghairah.

    Berbeza dengan rawatan kesuburan lain yang mendorong seks atau menggabungkannya, rawatan in vitro ini lebih menyebabkan tekanan kepada banyak pasangan. 

    Tekanan akan semakin meningkat dalam beberapa fasa rawatan dan adakalanya menyebabkan rasa ketidakselesaan. 

    Kadangkala, isu kesuburan yang dialami akan merumitkan lagi situasi.

    Ketidaksuburan cenderung menyebabkan tekanan, terutamanya kepada pasangan yang telah mencuba secara semua jadi selama bertahun-tahun sebelum menjalani rawatan IVF.

    Seharusnya, setiap pasangan yang menjalani prosedur ini mengelakkan tekanan berlebihan bagi membolehkan hubungan kelamin dapat dinikmati sepenuhnya. 

    # Isu fizikal

    Semasa fasa rangsangan ovari, keadaan ovari wanita akan membesar secara mendadak. Ia boleh berubah daripada ukuran walnut kepada ukuran limau gedang sepanjang tempoh ini. 

    Ini bermakna hubungan kelamin boleh menjadi sesuatu yang menyakitkan. Sebaiknya, jika wujud rasa sakit, elakkan!

    Jika tidak ia boleh mengakibatkan wujudnya masalah psikologi dan sekali gus mengurangkan keinginan untuk melakukan seks di kemudian hari.

    Beberapa pusat rawatan kesuburan juga menyarankan untuk tidak melakukan persetubuhan semasa tempoh ini kerana ia boleh menyebabkan sindrom hiperstimulasi ovari (OHSS) atau kilasan ovari (ovari berpintal).

    Kedua-dua keadaan ini sudah tentu akan mengakibatkan kesakitan dan ketidakselesaan. OHSS umumnya berlaku lebih kerap berbanding kilasan ovari. Pun begitu, seks yang dilakukan cenderung memburukkan lagi keadaan. 

    Antara fasa pengambilan telur dan pemindahan embrio, rata-rata wanita yang menjalani prosedur IVF tidak mempunyai keinginan untuk melakukan persetubuhan. 

    Walaupun setiap individu akan memberikan tindak balas yang berbeza, namun terdapat beberapa kesan sampingan jangka pendek umum yang sering berlaku, seperti:

    • Kekejangan ringan
    • Kesakitan ringan hingga sederhana
    • Perut kembung
    • Peningkatan tahap sensitiviti

    Untuk tempoh 2 hingga 3 minggu selepas pengambilan telur, rahim boleh mengalami masalah kembung dan sensitif. Pada waktu ini, keinginan seksual wanita berada pada tahap yang rendah.

    rawatan ivf

    3 tip menikmati seks semasa IVF

    Walaupun kitaran prosedur rawatan in vitro boleh menimbulkan ketegangan dalam hubungan, suami isteri yang ingin melakukan seks harus meneruskannya. Ia penting untuk menjaga keintiman antara kalian. 

    Berikut tip yang boleh anda cuba:

  • Mengikut badan
  • Hubungan kelamin yang menyakitkan harus dielakkan. Cuba ubah rutin seksual semasa prosedur IVF dengan melakukan keintiman seksual yang kurang invasif tetapi menyenangkan.

    1. Berlembut 

    Penting untuk anda berlembut dengan badan dalam setiap fasa IVF. Ini bermakna anda perlu elakkan seks yang ganas. 

    Ia bukan sahaja untuk mengelakkan kesakitan tetapi juga mengurangkan risiko kilasan ovari atau kegagalan implantasi.

    1. Melakukan perubahan

    Cuba posisi yang lebih selesa untuk kalian. Elakkan daripada menyebabkan ovari sakit atau ia akan menjadikan seks lebih sukar dilakukan. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 27/10/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan