backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

11

Tanya Doktor
Simpan

4 Tanda Umum Jika Ibu Hamil Mungkin Mengalami Keguguran Di Awal Trimester!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 2 minggu lalu

    4 Tanda Umum Jika Ibu Hamil Mungkin Mengalami Keguguran Di Awal Trimester!

    Mengalami keguguran pada minggu awal atau dalam trimester pertama pastinya sukar dilalui. Namun kehilangan itu adalah di luar kawalan si ibu. Jom kita ketahui tanda gugur yang boleh terjadi.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang kehamilan di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

    Kenapa keluar darah semasa hamil – tanda gugur?

    Tanda gugur yang utama adalah apabila seseorang bakal ibu mengalami kesakitan dan kekejangan pada bahagian pelvis bersama pendarahan faraj yang semakin teruk.

    Dalam kebanyakan kes kehamilan, individu yang mengalami keguguran tidak langsung berasakan sebarang gejala.

    Bahkan, kehilangan kandungan hanya diketahui saat melakukan rutin imbasan ultrabunyi.

    Umumnya, bagi mereka yang ada tanda keguguran awal kehamilan, rawatan perubatan segera perlu dilakukan.

    tanda gugur
    Keguguran di awal trimester.

    Kenal pasti tanda gugur

    Berikut adalah antara tanda ibu hamil untuk mengalami keguguran atau bakal kehilangan kandungan yang perlu diperhatikan:

    1. Kekejangan perut. 
    2. Sakit perut. 
    3. Pendarahan faraj. 
    4. Pelepasan cecair atau tisu daripada faraj. 
    5. Kehilangan tanda-tanda awal kehamilan biasa seperti mual dan payudara yang sensitif. 

    Pastinya sukar untuk menentukan sama ada simptom di atas menandakan anda keguguran atau tidak, kan?

    Apatah lagi ia sememangnya hampir serupa dengan simptom awal mengandung yang berlaku kepada kebanyakan wanita hamil.

    Pun begitu seperkara yang perlu anda fahami, gejala kehamilan awal seperti mual atau sakit, muntah dan pendarahan implantasi biasanya akan reda menjelang akhir trimester pertama.

    Ini kerana tubuh sudah dapat menyesuaikan diri dengan kehamilan yang terjadi.

    Walau bagaimanapun, jika berlaku kehilangan simptom kehamilan secara tiba-tiba, berkemungkinan besar keguguran telah terjadi.

    Perbezaan tanda keguguran awal kehamilan dan lewat

    keguguran
    Tanda keguguguran selain pendarahan pada faraj.

    Tanda gugur termasuklah berlaku pendarahan atau tompokan (spotting) yang melibatkan sejumlah darah kecil daripada faraj, pelepasan miss V dan sakit perut.

    Namun, secara amnya terdapat beberapa perbezaan pada ciri khas antara keguguran 5 minggu atau awal kehamilan mahupun pada akhir kehamilan.

    Tanda gugur akhir kehamilan:

    #1. Pendarahan faraj teruk

    Jumlah pelepasan faraj atau pendarahan yang teruk berbanding tanda keguguran awal kehamilan. Ia biasanya lebih pekat.

    Bagi pendarahan yang berlaku pada trimester kedua cenderung berkaitan dengan keguguran.

    Tanda gugur #2. Kesakitan bahagian perut lebih teruk

    Mengalami kekejangan dan rasa sakit perut adalah simptom keguguran biasa.

    Namun, tahap kekejangan dan kesakitan yang dialami pada keguguran lewat kehamilan adalah lebih teruk.

    Biasanya kesakitan tersebut tidak akan bertindak balas atau mereda dengan teknik menghilangkan rasa sakit tradisional seperti mandian air panas, berbaring pada posisi tertentu atau pengambilan ubat penahan sakit.

    #3. Sakit belakang yang teruk

    Masalah sakit belakang badan boleh terjadi pada keguguran di awal dan lewat kehamilan.

    Dalam masa yang sama, seorang ibu mengandung juga boleh mengalami sakit belakang badan sepanjang tempoh kehamilan yang langsung tidak berkaitan dengan keguguran.

    Ini kerana rasa sakit ini adalah kesan sampingan normal semasa tumbesaran janin dalam rahim.

    Pun begitu, jika mengalami kesakitan sengit pada bahagian bawah punggung ia dipercayai berkaitan ciri keguguran lewat. 

    Keadaan tersebut berlaku apabila otot-otot punggung bawah berfungsi mengeluarkan bayi yang belum lahir. 

    Terdapat 4 tanda keguguran yang anda boleh lihat iaitu:

    • Pendarahan faraj yang berat
    • Sakit perut yang teruk
    • Sakit belakang yang teruk
    • Kehilangan pergerakan pada janin

    #4. Kehilangan pergerakan janin

    tanda gugur
    Keguguran pada awal minggu kehamilan. 

    Dalam kehamilan biasa, pergerakan janin yang sedang berkembang dapat dirasakan sekitar usia kandungan 16 minggu. 

    Bagi ibu yang pertama kali hamil, pergerakan janin mungkin hanya akan dapat dirasai sekitar minggu ke-18 hingga 20.

    Jika kekerapan pergerakan bayi menurun atau tidak hadir sama sekali, ia mungkin petanda berlakunya keguguran. 

    Walau bagaimanapun, gejala tersebut mungkin didasari oleh masalah kesihatan lain pada kehamilan dan tidak semestinya menandakan kehilangan bayi dalam kandungan.

    Sekiranya bayi kurang bergerak daripada normal atau langsung tiada pergerakan, lakukan pemeriksaan doktor dengan segera.

    Ini membolehkan diagnosis keguguran atau sebarang masalah lain dilakukan. 

    Selepas minggu ke-12 kehamilan, kehadiran tanda keguguran lain seperti pendarahan atau pelepasan faraj, sakit perut mahupun sakit belakang cenderung menandakan berlakunya keguguran.

    Anda disaran untuk mendapatkan rawatan perubatan segera sekiranya muncul gejala-gejala tersebut setelah kandungan berusia 12 minggu ke atas. 

    Sekiranya wujud kebimbangan atau keraguan bahawa terdapat kemungkinan berlakunya tanda gugur awal kehamilan – terutamanya dengan pendarahan – segera lakukan bantuan perubatan kecemasan. 

    Kini anda telah mengetahui tanda keguguran di awal dan akhir kehamilan! Seterusnya, anda juga perlu memahami bagaimana cara untuk menjalani pantang keguguran serta tempoh rahim sembuh selepas keguguran.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 2 minggu lalu

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan