backup og meta

Terapi Hormon Berkesan Untuk Tingkatkan Kesuburan Wanita? Ada Risiko Tak?

Terapi Hormon Berkesan Untuk Tingkatkan Kesuburan Wanita? Ada Risiko Tak?

Bagi wanita yang mempunyai masalah berkaitan kesuburan, terapi pil hormon mungkin boleh membantu anda. Ini kerana ubat hormon boleh meningkatkan peluang untuk hamil.

Adakah ia berkesan dan mempunyai sebarang risiko? 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang kehamilan di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Tak subur kerana hormon tidak seimbang

Ada beberapa kes di mana seseorang wanita itu sukar untuk hamil disebabkan ketidakseimbangan hormon dalam tubuhnya.

Walaupun ketidakseimbangan hormon ini boleh berlaku dalam kalangan lelaki dan wanita, namun hanya orang perempuan sahaja yang selalu mendapatkan rawatan ini. 

Antara tujuan terapi hormon ini ialah untuk menggalakkan kematangan telur selain mencetuskan ovulasi.

Kedua-dua perkara ini boleh meningkatkan kesuburan wanita sekali gus menyebabkan wanita menjadi lebih mudah untuk hamil.

Adakah rawatan pil hormon sesuai untuk anda?

Terapi atau ubat hormon adalah sejenis ubat-ubatan yang mengandungi hormon wanita.

Ubat ini akan meningkatkan hormon estrogen dalam tubuh yang berkemungkinan sudah tidak dihasilkan secara semula jadi apabila sudah menopaus.

Ubat hormon banyak digunakan bagi merawat simptom menopaus dan meningkatkan kesuburan wanita.

ubat hormon
Tanda-tanda pra menopause.

Selain itu, kajian menunjukkan bahawa pil hormon ini boleh membantu mengelakkan keretakan dan kepatahan tulang bagi wanita selepas menopaus.

Penggunaan ubat hormon seperti pil hormon ini juga mempunyai risikonya yang tersendiri.

Risikonya bergantung kepada jenis terapi, dos dan tempoh yang diambil. 

Namun, risiko ini boleh dikurangkan jika ubat hormon tersebut disesuaikan secara khusus mengikut keperluan setiap wanita dan dinilai kembali dengan kerap agar sesuai dengan keperluan individu. 

Jenis-jenis ubat atau pil hormon yang paling asas

Seperti yang telah diperkatakan sebelum ini, terapi atau pil hormon ini biasanya digunakan bagi menggantikan hormon estrogen yang telah berkurangan atau tidak dihasilkan dalam tubuh wanita.

Terdapat dua jenis ubat hormon yang paling asas untuk wanita iaitu:

#1. Produk faraj dengan dos yang rendah

Jenis pil hormon estrogen untuk faraj ini biasanya didatangkan dengan dos yang rendah.

Ia dihasilkan dalam bentuk gelang, tablet atau krim agar jumlah estrogen yang akan diserap oleh tubuh kelak dapat dikurangkan.

Produk faraj dengan dos yang rendah ini biasa digunakan untuk merawat faraj selain simptom masalah kencing bagi wanita menopaus.

#2. Terapi hormon sistemik

Jenis pil hormon sistemik ini biasa dihasilkan dalam bentuk seperti pil hormon, patch kulit, gelang, semburan, gel dan juga krim.

Ia mempunyai dos estrogen yang lebih tinggi berbanding produk faraj.

Ia biasa digunakan bagi merawat sebarang simptom menopaus dalam kalangan wanita.

Adakah terdapat sebarang risiko bagi ubat hormon ini?

pil hormon
Pil hormon mengikut hari.

Berdasarkan kajian, terapi penggantian hormon yang menggunakan pil hormon estrogen-progestin boleh meningkatkan risiko beberapa penyakit seperti darah beku, strok, penyakit jantung dan kanser payudara.

Penggunaan ubat hormon untuk kesuburan pula boleh menyebabkan kesan sampingan seperti sakit kepala, kemurungan dan rangsangan yang berlebihan.

Kajian lain pula menyatakan bahawa kesan pengambilan ubat hormon ini bergantung kepada beberapa faktor lain iaitu:

  • Umur: wanita yang memulakan terapi hormon pada usia 60 dan ke atas atau lebih daripada 10 tahun sejak bermulanya menopaus, maka mereka mempunyai risiko yang lebih tinggi. Namun, jika terapi ini dimulakan sebelum berumur 60 tahun atau dalam tempoh 10 tahun ketika bermulanya menopaus, maka kebaikan yang akan diperoleh adalah lebih banyak berbanding risikonya.
  • Jenis terapi hormon yang diambil: risiko terapi ini juga bergantung jika estrogen itu diberikan secara khusus atau diberikan bersama progestin. Selain itu, ia juga berkait rapat dengan dos dan juga jenis estrogen itu sendiri. 
  • Sejarah kesihatan: sejarah penyakit dalam keluarga juga adalah faktor yang menentukan sama ada terapi ini bersesuaian untuk diambil atau tidak.

Apakah manfaat terapi hormon ini?

pil hormon
Kelebihan terapi hormon untuk wanita.

Terapi hormon ini boleh memberikan beberapa manfaat seperti berikut:

#1. Mempunyai simptom menopaus

Penggunaan ubat hormon dalam terapi hormon ini boleh bantu mengurangkan simptom-simptom menopaus pada faraj seperti kegatalan, kekeringan, rasa terbakar atau rasa tidak selesa ketika berhubungan.

#2. Mengalami fasa menopaus awal

Sekiranya kitaran haid anda telah berhenti sebelum umur 45 tahun, atau pernah melalui pembedahan membuang ovari sebelum umur 45 tahun, atau kehilangan fungsi normal ovari anda sebelum umur 40, maka tubuh badan anda sedang mengalami pengurangan estrogen.

Ubat atau pil hormon boleh membantu mengurangkan risiko anda untuk mendapat beberapa penyakit serius seperti pereputan tulang, strok dan penyakit jantung. 

#3. Mengelakkan pereputan tulang

Terapi hormon sistemik boleh membantu anda mengelakkan diri daripada mengalami penyakit tulang reput. 

#4. Meningkatkan kesuburan

Penggunaan terapi hormon juga boleh meningkatkan kesuburan wanita kerana ia mematangkan telur atau ovum wanita.

Selain itu, terapi hormon seperti FSH dan LH boleh meningkatkan pengeluaran telur. 

Kesimpulan

Walaupun ubat atau pil hormon ini mempunyai risiko, namun manfaatnya masih lagi lebih besar jika ia diambil sesuai dengan keperluan anda.

Ia adalah antara alternatif yang boleh meningkatkan kesuburan wanita.

Doktor akan sentiasa memantau perkembangan anda selepas memulakan terapi hormon untuk elak overdose

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Female infertility. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/female-infertility/diagnosis-treatment/drc-20354313. Diakses November 4, 2024.

What are oral contraceptives?. https://www.medicinesinpregnancy.org/leaflets-a-z/the-pill/. Diakses November 4, 2024.

Oral Contraceptive Pills. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK430882/. Diakses November 4, 2024.

Birth Control Pills. https://my.clevelandclinic.org/health/treatments/3977-birth-control-the-pill. Diakses November 4, 2024.

Progestin-Only Hormonal Birth Control: Pill and Injection. https://www.acog.org/womens-health/faqs/progestin-only-hormonal-birth-control-pill-and-injection. Diakses November 4, 2024.

Versi Terbaru

04/11/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Adakah Ini Tanda Awal Kehamilan Bagi Wanita Dengan Haid Tidak Teratur?

Apa Kaitan Hormon Estrogen & Barah Payudara? Kenali Peranannya Ini


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 04/11/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan