Tak Sangka, Rupanya Ini Cara Bayi Dalam Kandungan Bernafas! Ingatkan Sama Macam Kita

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 15/10/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Pernah terfikir bagaimanakan bayi bernafas dalam kandungan? Tahukah anda bahawa bayi yang berada di dalam kandungan tidak bernafas melalui mulut dan hidung mereka. Kelahiran adalah saat di mana bayi bernafas buat kali pertama.

Di dalam rahim ibu, bayi anda membesar dalam persekitaran yang dipenuhi air ketuban. Tidak seperti paru-paru anda yang mengembang dan mengecut melalui pernafasan, paru-paru bayi yang belum lahir adalah masih belum matang, tidak kembang dan hanya dipenuhi air ketuban.

Oleh itu, janin yang sedang membesar mendapat semua manfaat pernafasan, termasuklah oksigen, dengan bantuan dari si ibu.

Bagaimanakah manusia bernafas?

Paru-paru dan sistem peredaran darah membawa oksigen dan nutrisi kepada tubuh dan menyingkirkan bahan buangan dari tubuh.

Pernafasan normal, menarik nafas dan melepaskannya, menggunakan paru-paru untuk menghantar udara beroksigen kepada salur darah seterusnya mengangkutnya pula ke dalam darah.

Sistem yang sama akan menyingkirkan karbon dioksida dari dalam darah dan memindahkan nutrien ke dalam darah.

Sistem peredaran darah bayi anda masih sedang terbentuk semasa di dalam rahim. Jadi, tali pusat dan uri merupakan pengantara untuk anda dan bayi anda dengan menjalankan fungsi yang lazimnya dilakukan oleh paru-paru.

Bayi bernafas dalam kandungan dengan cara menumpang ibunya

bayi bernafas dalam kandungan

Bayi yang belum lahir membuat pertukaran oksigen dan karbon dioksida dengan ibunya melalui uri dan tali pusat. Darah ibu beredar melalui uri dan membawa nutrien untuk bayi.

Uri bersambung kepada dinding rahim dan tali pusat pula bersambung kepada bayi. Si ibu secara tidak langsung bernafas untuk bayinya.

Artikel berkaitan:

Si ibu menyedut udara beroksigen yang berpindah dari sistem peredaran darah kepada bayi melalui uri dan tali pusat.

Karbon dioksida pula akan bergerak daripada bayi melalui tali pusat dan uri kepada si ibu yang kemudiannya, akan melepaskan nafas dan menyingkirkan bahan buangan tersebut dari badan.

Latihan pernafasan dan surfaktan

Walaupun bayi yang belum lahir tidak bernafas, bayi bernafas dalam kandungan mendapat latihan pernafasan semasa di dalam rahim.

Pada usia lebih kurang sembilan minggu di dalam kandungan, janin akan mula melakukan pergerakan yang menyerupai bernafas.

Janin akan mendapat lebih latihan apabila kadangkala mereka akan menyedut dan melepaskan air ketuban sewaktu di penghujung kehamilan.

Artikel berkaitan:

Latihan ini akan membantu janin bersedia untuk bernafas dengan cepat dan berkesan sejurus selepas dilahirkan. Badan ibu menghasilkan surfaktan di dalam air ketuban yang kuantitinya meningkat seiring dengan usia kandungan.

Bayi yang belum lahir ini memerlukan lapisan surfaktan di bahagian dalam paru-paru untuk memastikan kantung udara terbuka dan mengelakkan paru-paru dari mengecut. Inilah mekanisme sebenar bagaimana bayi bernafas dalam kandungan.

Pernafasan yang pertama

bayi bernafas dalam kandungan

Seorang bayi mengambil nafasnya yang pertama apabila dia menangis buat pertama kalinya sejurus selepas dilahirkan.

Ada sesetengah bayi menangis dengan sendiri, manakala sesetengah yang lainnya memerlukan sedikit bantuan daripada doktor dan jururawat bidan.

Bayi yang baru lahir akan tercungap-cungap kerana mereka mengalami perubahan persekitaran yang drastik sejurus dilahirkan ke dunia.

Tali pusat akan dipotong dan bayi akan mula menggunakan paru-paru mereka.

Apabila bayi bernafas sendiri, akan lebih banyak darah yang mengalir ke paru-paru dan salur darah mereka supaya oksigen dapat mengalir ke seluruh badan dan karbon dioksida pula dinyahkan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

1
Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Bilakah Kecacatan pada Bayi dalam Kandungan Boleh Dikesan?

Ujian saringan dan ujian diagnostik boleh dibuat semasa hamil untuk mengetahui risiko kecacatan bayi di dalam kandungan. Prosedur seperti amniosentesis...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Helma Hassan
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 09/08/2018 . 3 minit bacaan

Minggu 40

Perkembangan bayiPerkembangan bayi dalam kandungan   Bayi anda sekarang bersaiz seperti sebiji labu kecil dan bersedia untuk kelahiran pada bila-bila masa. Berat bayi anda adalah sekitar 3.4 kg dengan kepanjangan ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Helma Hassan
Kehamilan, Perkembangan Kehamilan, Trimester Ketiga 05/04/2018 . 3 minit bacaan

Minggu 39

Perkembangan bayiPerkembangan bayi dalam kandungan   Bayi anda sekarang bersaiz seperti tembikai kecil dengan berat 3.5 kg dan kepanjangan daripada kepala ke kaki lebih kurang 50 cm. Kadangkala, tali pusat mungkin ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Helma Hassan
Kehamilan, Perkembangan Kehamilan, Trimester Ketiga 05/04/2018 . 2 minit bacaan

Minggu 38

Perkembangan bayiPerkembangan bayi dalam kandungan   Bayi anda sekarang mempunyai saiz seperti batang sayur, dengan kepanjangan sekitar 45 cm daripada kepala ke tumit dan mempunyai berat sekitar 3.2 kg. Lemak kian ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Helma Hassan
Kehamilan, Perkembangan Kehamilan, Trimester Ketiga 05/04/2018 . 2 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

bayi dalam kandungan

Baby Sudah Pandai Menangis Sejak Dalam Rahim? Ini Sebab Mengapa Tangisan Si Manja Terjadi

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 12/08/2020 . 3 minit bacaan
pergerakan bayi dalam kandungan

Bayi Menendang Dalam Perut Bukan Saja-saja! Ini 9 Fakta Menarik Si Manja Di Alam Rahim

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 24/07/2020 . 3 minit bacaan
kesan air mani pada kandungan

PANCUT DALAM Masa Hamil Bukan Saja Baik Untuk Suami Isteri, Tapi Juga Baby Dalam Perut

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 20/07/2020 . 3 minit bacaan
bayi terbelit tali pusat

Alamak, Bayi Dalam Kandungan Terbelit Tali Pusat – Ibu JANGAN PANIK, Buat 2 Benda Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 15/02/2019 . 3 minit bacaan