backup og meta

8 Tip Pemakanan Ibu Hamil Semasa "Bed Rest"

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 26/11/2019

    8 Tip Pemakanan Ibu Hamil Semasa "Bed Rest"

    Bed rest merupakan istilah ibu hamil yang berehat dan tidak melakukan kerja-kerja berat tatkala sedang hamil. Bed rest disarankan disarankan untuk ibu hamil yang mengalami masalah kesihatan sehingga mungkin menyebabkan kemudaratan kepada kandungan. Rehat dengan secukupnya dan tidak melakukan kerja-kerja berat merupakan jalan terbaik buat ibu hamil yang mengalami masalah kesihatan ini. Ketika sedang bed rest, pengambilan diet yang seimbang perlu diamalkan. Berikut merupakan 8 tip pengambilan diet yang seimbang ketika bed rest.

    Seimbangkan diet anda

    Pastikan diet seharian anda mengandungi makanan daripada kesemua peringkat piramid makanan dan mengikut kewajaran pengambilannya, iaitu

  • 4 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran
  • 4 hidangan makanan yang mengandungi kanji dan gandum
  • 4 hidangan susu
  • 3 hidangan daging atau protein
  • Kekal berhidrasi

    Kekal berhidrasi membantu mengurangkan masalah sembelit dan kekejangan perut yang akan berlaku sekiranya anda tidak aktif melakukan aktiviti fizikal. Anda disarankan untuk mengambil air secukupnya namun mengelak daripada mengambil air yang mempunyai kandungan gula yang tinggi seperti soda dan jus.

    Ambil lemak dalam kuantiti dan kualiti yang sewajarnya

    Kemerosotan otot dan tulang merupakan komplikasi yang sering belaku ketika ibu hamil sedang dalam keadaan bed rest. Kesan-kesan negatif ini boleh dielakkan dengan menambah pengambilan makanan yang mempunyai asid lemak omega-3. Asid lemak ini boleh ditemui dalam ikan, kekacang dan minyak zaitun yang boleh membantu mengekalkan kekuatan tulang dan otot ketika bed rest.

    Pastikan diri anda selesa

    Elakkan dari makan makanan yang pedas dan berlemak tinggi. Bahagikan hidangan anda kepada 5 atau enam hidangan dan makan mengikut waktu bersesuaian yang telah ditetapkan. Selain itu, anda diingatkan untuk makan perlahan-lahan dan melakukan sit up sejam selepas makan.

    Ambil makanan yang berserat tinggi

    Serat juga boleh mengurangkan risiko sembelit. Oleh itu, masukkan makanan yang berserat tinggi dalam hidangan anda contohnya buah-buahan segar dan makanan yang diperbuat daripada gandum contohnya bijirin.

    Jangan sesekali terlepas waktu sarapan

    Bed rest tidak bermaksud anda boleh hanya perlu berbaring sepanjang hari di atas katil anda dan terlepas waktu sarapan. Bijirin yang mempunyai kadar vitamin yang tinggi serta buah-buahan segar sudah memadai untuk mengalas perut ketika waktu sarapan.

    Ambil snek yang sihat

    Snek juga boleh diambil ketika bed rest asalkan anda mengambil snek yang sihat dan berkhasiat. Sebagai contoh, yogurt rendah lemak dan biskut yang diperbuat daripada gandum asli merupakan contoh snek yang sihat dan berkhasiat.

    Ambil suplemen yang diperlukan oleh ibu hamil

    Anda diingatkan untuk mengambil zat besi untuk membantu memastikan peredaran darah anda stabil. Selain itu, anda juga diingatkan untuk mengambil asid folik untuk mengurangkan risiko berlakunya kecacatan pada kandungan. Zat besi dan asid folik ini boleh diambil dalam bentuk suplemen yang telah dipastikan kesahihannya.

    Ambil makanan laut dengan berhati-hati

    Makanan laut mempunyai nutrien yang penuh dan penting untuk pertumbuhan bayi. Namun, anda perlu berhati-hati dan mengelakka diri daripada makan makanan laut yang mempunyai kandungan merkuri yang tinggi.

    Walaupun kelihatan seperti membosankan, bed rest dapat membantu anda dan bayi mendapat rehat yang secukupnya. Oleh itu, anda perlu mengambil peluang ini untuk mendapatkan rehat yang secukupnya sebelum proses kelahiran.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 26/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan