backup og meta

Ibu Hamil Sering Diserang Perut Berangin, Cuba 5 Cara Ini Untuk Mengatasinya!

Ibu Hamil Sering Diserang Perut Berangin, Cuba 5 Cara Ini Untuk Mengatasinya!

Simptom perut selalu berangin semasa mengandung sememangnya lazim berlaku. Ibu hamil sensitif dengan apa yang dimakan.

Walaupun ia dianggap sebagai satu simptom biasa, namun keadaan tersebut boleh memberikan rasa tidak selesa terutamanya ketika hendak tidur.

Jadi apa yang menyebabkan perut berangin semasa hamil?

Teruskan membaca untuk tahu dengan lebih lanjut. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Kenapa ibu hamil mudah mendapat simptom perut selalu berangin?

perut selalu berangin

Kehamilan merupakan satu proses fisiologi yang menyebabkan berlakunya perubahan dalam tubuh ibu supaya ideal untuk tumbesaran janin.

Perkara ini berlaku secara berperingkat dan dalam perubahan tersebut, terselit kesan sampingan yang boleh membuatkan ibu hamil tidak selesa; angin.

Perut masuk angin semasa mengandung bukanlah satu perubahan fisiologi kehamilan. 

Ia merupakan kesan sampingan berpunca daripada peningkatan hormon progesteron.

Hormon tersebut bukan sahaja menyebabkan otot badan menjadi regang, malah mengakibatkan proses pencernaan badan menjadi perlahan.

Akibatnya, angin berkumpul dan dimanifestasikan sebagai perut masuk angin, mudah sendawa dan terkentut.

Semakin lanjut usia kandungan ibu, semakin banyak angin yang berkumpul akibat daripada peningkatan saiz rahim yang memberikan tekanan kepada organ sistem penghadaman. 

Apa yang lebih teruk lagi, ada juga makanan yang boleh menyebabkan perut selalu berangin.

Pengambilan ubat suplemen, terutamanya yang mengandungi zat besi, boleh menyebabkan masalah sembelit. 

Perkara ini sekali gus membuatkan masalah angin pada perut anda menjadi bertambah teruk.

Tip legakan perut selalu berangin semasa mengandung

#1 Minum air secukupnya 

Elakkan daripada mengambil minuman bergula atau jus.

Walaupun jus bagus untuk kesihatan, jika anda mempunyai penyakit radang usus (IBD), ia boleh menyebabkan simptom perut berangin menjadi bertambah teruk.

Jika anda ingin mengambil jus, pastikan ia mempunyai kandungan gula berangin (FODMAP) yang rendah.

Minuman terbaik untuk anda sepanjang tempoh kehamilan adalah air kosong.

Pastikan anda minum mengikut saranan pakar.

[embed-health-tool-due-date]

#2 Eksperimen dengan tabiat pemakanan anda untuk kesan punca perut selalu berangin

perut selalu berangin

Oleh sebab terdapat banyak jenis makanan yang boleh menyebabkan berlakunya perut berangin, anda boleh melakukan ‘eksperimen’ bagi mengesan punca tersebut.

Cuba elakkan daripada mengambil makanan yang anda biasa makan dan lihat jika simptom perut berangin menjadi bertambah baik.

Kebanyakan ibu hamil mengalami perubahan pada simptom tersebut dan mereka berjaya mengesan makanan apa yang menjadi punca.

Antara makanan yang sering dikaitkan dengan angin pada perut adalah:

  1. Sayur brokoli
  2. Kubis
  3. Kentang
  4. Makanan bergandum

Jika anda ingin membuat perubahan pada diet anda, rujuk kepada pakar pemakanan atau doktor terlebih dahulu.

Takut nanti anak yang sedang membesar itu tidak mendapat nutrisi yang cukup pula.

Anda mungkin berminat:

#3 Ambil makanan berserat secukupnya

Walaupun terdapat banyak sayur yang boleh menyebabkan perut anda berangin, tapi ia juga boleh membantu mengatasi masalah sembelit.

Apabila anda mengambil makanan berserat yang cukup, ia akan menarik air ke dalam usus, melembutkan tinja dan membuatkan proses defekasi berlaku dengan mudah.

Oleh sebab sembelit boleh menyebabkan masalah ini menjadi bertambah teruk, anda boleh cuba ambil makanan berserat terlebih dahulu.

‘Eksperimen’ dengan makanan dan kenal pasti punca anda alami perut berangin.

#4 Gunakan suplemen serat untuk atasi masalah perut selalu berangin

perut selalu berangin

Penulis faham bukan semua individu suka makan sayur atau buah. 

Bagi golongan ini, anda dinasihatkan untuk mengambil suplemen yang mengandungi serat bagi mengelakkan berlakunya masalah sembelit.

Cuba tanya doktor anda jika ada ubat yang boleh dibeli di farmasi berdekatan atau minta preskripsi daripada mereka.

#5 Pastikan anda aktif bergerak walaupun sarat mengandung

Anda tidak perlu ke gim pun jika hendak atasi masalah perut berangin.

Apa yang anda perlu buat adalah berjalan sekurang-kurangnya 30 minit sehari.

Ia bukan sahaja bagus untuk kesihatan anda secara umum, malah ia juga boleh membantu mengelakkan berlakunya sembelit.

Proses penghadaman juga boleh dipercepatkan dengan hanya menurut saranan pakar untuk bersenam.

Jika anda ingin melakukan sebarang rejim senaman (ringkas atau kompleks), rujuk doktor anda terlebih dahulu.

Mereka akan membuat pemeriksaan dan menentukan sama ada anda boleh melakukan aktiviti senaman berat.

Ingin mengetahui tarikh jangkaan bersalin anda dengan lebih tepat? Kira EDD anda di kalkulator tarikh bersalin kami.

Konklusi

Simptom perut berangin lazim berlaku dalam kalangan ibu hamil.

Jika tidak diuruskan dengan baik, ia boleh memberikan ketidakselesaan kepada ibu terutamanya bagi mereka yang sudah dalam trimester ke-3.

Ikut tip yang diberikan di atas dan jika ragu, tanya kepada doktor anda untuk khidmat nasihat kesihatan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Pregnancy gas. (https://americanpregnancy.org/pregnancy-health/gas-during-pregnancy/). Accessed July 19, 2020.
  2. Is it safe to take stool softeners to treat pregnancy constipation? (https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/expert-answers/pregnancy-constipation/faq-20058550). Accessed July 19, 2020.
  3. Mechanisms and efficacy of dietary FODMAP restriction in IBS. (https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/24445613/). Accessed July 19, 2020.
  4. Week-by-week guide to pregnancy. https://www.nhs.uk/start4life/pregnancy/week-by-week/1st-trimester/week-10/. Accessed Jan 5, 2022.
  5. Gas during pregnancy.https://flo.health/pregnancy/pregnancy-health/pains-and-discomforts/gas-during-pregnancy. Accessed Jan 5, 2022.

 

Versi Terbaru

14/08/2023

Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Ibu Hamil, Ini Cara Lakukan Urutan Pada Perineum, Barulah Kurang Risiko Koyak Nanti!

Ibu Hamil, Bukan Semua Ikan Boleh Makan Tau! Jangan Ambil 6 Jenis Ikan Ini, Bahaya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 14/08/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan