backup og meta

Risiko Mastitis Jika Ibu Lepas Bersalin Tak Menyusukan Bayi Dengan Betul!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 22/04/2022

    Risiko Mastitis Jika Ibu Lepas Bersalin Tak Menyusukan Bayi Dengan Betul!

    Apa itu mastitis? Ia jangkitan payudara yang kerap berlaku pada ibu menyusu badan. Jom fahami mengenai jangkitan ini serta rawatan mastitis yang boleh dilakukan.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Memahami apa itu mastitis

    Merupakan jangkitan pada payudara yang sering terjadi setelah menyusukan anak pada beberapa minggu pertama kelahiran

    Keadaan ini juga boleh berlaku pada ibu menyusu setelah beberapa bulan bayi dilahirkan.

    Mastitis berkembang apabila bakteria – biasanya staphylococci atau streptococci – daripada mulut bayi masuk ke payudara ibu melalui puting.

    Ini menyebabkan jangkitan dan keradangan di dalam dan sekitar kelenjar yang menghasilkan susu.

    Apa itu mastitis: Kenali simptomnya 

    Jangkitan ini sering menyerang sebelah payudara.

    Selain simptom payudara kemerahan, sakit dan bengkak, ibu menyusu juga boleh mengalami gejala seakan flu seperti mempunyai suhu badan tinggi, sakit badan dan menggigil.

    apa itu mastitis

    Walaupun menyakitkan, tetapi ini bukanlah penyelesaian untuk bercerai susu – wean off. Anda masih perlu memastikan payudara kosong dan membiarkan bayi menghisap adalah cara terbaik.

    Jangan risau, kami akan kongsikan dengan anda cara rawatan mastitis yang boleh membantu.

    Apa itu mastitis: Ini puncanya

    Mastitis adalah pembengkakan tisu payudara yang disebabkan oleh jangkitan atau susu yang tersisa pada tisu susu – susu stasis.

    Susu stasis berlaku kerana beberapa sebab seperti bayi tidak melekap (latching) pada payudara dengan betul semasa menyusu.

    Jika tidak dirawat, mastitis tidak berjangkit boleh berkembang menjadi mastitis berjangkit. Ini mungkin disebabkan oleh bakteria yang menjangkiti sisa susu tertinggal pada tisu payudara.

    Mastitis berjangkit boleh berkembang jika bakteria masuk ke saluran susu. Ini mungkin kerana saluran susu tersumbat atau puting luka mahupun sakit.

    Manakala bagi wanita tidak menyusu, menindik puting juga boleh menjadi puncanya.

    Baca juga:

    Mastitis tidak berjangkit?

    Untuk merawat apa itu mastitis tidak berjangkit, beberapa teknik rawatan di rumah boleh dilakukan seperti:

    • Mendapatkan rehat secukupnya
    • Minum air secukupnya
    • Gunakan ubat penahan sakit seperti paracetamol atau ibuprofen – untuk mengurangkan kesakitan dan demam. Jangan mengambil aspirin kerana ia tidak selamat diambil semasa menyusu badan
    • Elakkan memakai pakaian atau bra ketat
    • Gunakan mampatan sejuk seperti bungkusan kacang pis sejuk beku yang dibalut kain selepas menyusu untuk kurangkan kesakitan dan bengkak

    Mastitis berjangkit?

    Bagi rawatan mastitis berjangkit, ia perlu dirawat menggunakan kombinasi teknik di atas bersama penggunaan ubat antibiotik – untuk merawat jangkitan disebabkan bakteria.

    Jika menyusu badan, doktor akan memberikan preskripsi ubat oral yang selamat digunakan.

    Sejumlah kecil antibiotik boleh memasuki susu ibu dan boleh menyebabkan bayi mudah meragam, gelisah atau pergerakan usus cair dan lebih kerap.

    apa itu mastitis

    Kesan apa itu mastitis biasanya bersifat sementara dan akan hilang setelah mengambil antibiotik. Ia juga tidak berbahaya kepada bayi.

    Namun bagi kes jangkitan bakteria rintang antibiotik mungkin sukar diubat. Ia mungkin memerlukan beberapa ubat antiobiotik dan probiotik preskripsi.

    Mastitis perlu dirawat segera untuk mencegah komplikasi serius seperti abses payudara – pengumpulan nanah yang menyakitkan.

    Meneruskan penyusuan

    Anda sudah faham apa itu mastitis dan pastinya mula timbul keraguan, tidak bahaya ke menyusu.

    Walaupun kesakitan dialami akan menyebabkan anda tidak mahu menyusukan bayi, tetapi amat penting untuk meneruskannya, untuk:

    • Mengeluarkan susu tersisa pada payudara
    • Mengatasi simptom mastitis lebih cepat
    • Mencegah mastitis menjadi lebih serius

    Susu mungkin lebih masin daripada biasa tetapi masih selamat diminum bayi.

    Sebarang bakteria dalam susu akan diserap oleh sistem penghadaman bayi dan ia tidak berbahaya serta tidak akan menimbulkan masalah.

    apa itu mastitis

    Rawatan mastitis

    Setelah mengetahui apa itu mastitis, pastinya anda ingin mengetahui cara untuk mengatasi simptom yang dialami.

    Berikut cara yang boleh dicuba:

    • Kosongkan payudara yang dijangkiti dengan kerap, sama ada dengan menyusukan bayi atau mengepam susu. Jika perlu, pam susu antara sesi penyusuan
    • Kerapkan penyusuan daripada payudara terjejas
    • Urut payudara untuk ‘melepaskan’ sebarang penyumbatan
    • Pastikan bayi berada pada posisi penyusuan dan teknik lekapan yang betul
    • Tuam payudara dengan air suam untuk mengurangkan bengkak bagi memudahkan bayi menyusu
    • Tukar posisi penyusuan untuk menghilangkan penyumbatan
    • Ibu perlu mendapatkan rehat secukupnya dan makan dengan seimbang

    Pastikan payudara yang dijangkiti kosong selepas menyusu dengan mengepam baki susu. 

    Dalam masa yang sama, jangan biarkan payudara sebelah lagi menjadi terlalu penuh atau ia turut boleh dijangkiti mastitis.

    Apa itu mastitis: Langkah pencegahan

    Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan risiko anda daripada mengalami mastitis, seperti:

    • Pastikan susu dikeluarkan sepenuhnya semasa penyusuan
    • Membiarkan bayi mengosongkan payudara sebelum beralih kepada payudara lain
    • Menukar posisi penyusuan
    • Memastikan bayi melekap dengan betul ketika menyusu

    Sekiranya anda menyusukan bayi dan kerap mendapat mastitis berulang, ia mungkin disebabkan masalah dengan posisi penyusuan dan teknik lekapan (latching) bayi.

    Sebaiknya, dapatkan rundingan daripada pakar penyusuan bayi untuk bantuan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 22/04/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan