Haid Datang Lewat, Tapi Ada Sedikit Darah Yang Keluar? Sabar, Ia Mungkin Pendarahan Implantasi

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 01/10/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Menunggu sehingga anda rasmi “lewat haid” bagi membolehkan anda melakukan ujian kehamilan umpama suatu penderitaan. Apatah lagi jika anda memang benar-benar berharap untuk segera hamil. Bahagian yang paling mengecewakan adalah apabila anda lewat didatangi haid, dan kemudian mendapati ada sedikit darah pada seluar dalam anda. Sabar dahulu! Anda mungkin boleh menjimatkan wang untuk membeli tuala wanita pada bulan ini kerana berkemungkinan pendarahan yang anda alami adalah pendarahan implantasi.

Apa itu pendarahan implantasi?

Jika anda lihat pendarahan ringan, tompok kecil berwarna merah jambu ataupun coklat pada seluar dalam anda, ia mungkin merupakan pendarahan implantasi.

Pendarahan ini selalu terjadi pada 6 hingga 12 hari selepas konsepsi, dan anda mungkin tersilap menganggapnya sebagai haid biasa anda. Ini juga sebenarnya adalah petanda awal kehamilan.

Anda tidak perlu risau kerana ia tidak berbahaya dan tidak memerlukan rawatan.

Pendarahan banyak (lebih daripada pendarahan normal) adalah yang perlu dibimbangkan.

Hubungi doktor anda jika anda mengalaminya (pendarahan banyak) atau berserta dengan demam, seram sejuk, dan kekejangan yang boleh menjadi lebih teruk.

Punca pendarahan implantasi

pendarahan implantasi

Selepas sperma disenyawakan dengan telur anda, ia akan berubah menjadi embrio. Kemudian, embrio akan menuju ke uterus dan menempel (implan) pada dinding uterus.

Ada kalanya, semasa penempelan embrio, ia boleh menyebabkan sedikit pendarahan. Perkara ini tidak menimbulkan sebarang masalah untuk bayi berkembang dalam rahim.

Wanita hamil boleh mengalami pendarahan disebabkan punca lain selain daripada implantasi. Jika pendarahan berat berlaku berserta atau tanpa rasa sakit atau kejang, hubungi doktor anda segera.

Jika anda sudah hamil dan mengalami pendarahan, ia mungkin disebabkan oleh:

  • Hubungan seks: Ia boleh berlaku pada bila-bila masa semasa kehamilan anda. Perubahan hormon dalam tubuh juga boleh berkait. Ia sepatutnya berhenti sendiri.
  • Kehamilan ektopik: Ini berlaku apabila embrio menempel di luar rahim. Anda mungkin akan mengalami pendarahan dengan rasa sakit dan kejang. Ia juga berbahaya dan anda perlu segera berjumpa dengan doktor.
  • Keguguran: Lebih kurang 15% kehamilan berakhir dengan keguguran semasa beberapa minggu terawal. Kebanyakan wanita akan mengalami pendarahan dan kekejangan perut jika keguguran berlaku. Segera hubungi doktor anda jika anda tahu anda hamil dan mengalami simptom tersebut.

Bagaimana untuk saya tahu ianya pendarahan implantasi dan bukannya darah haid?

pendarahan implantasi

Pendarahan jenis ini boleh menyerupai pendarahan haid, terutama semasa beberapa hari terawal waktu haid anda (di mana anda mengalami sedikit pendarahan).

Oleh itu, anda mungkin akan berasa keliru semasa berlakunya tompok darah. Berikut adalah cara untuk mengenali perbezaan antara pendarahan jenis ini dan pendarahan haid:

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

1
Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Pembunuh Senyap, Jutaan Penduduk Dunia Maut Angkara Keracunan Darah! Jaga-jaga Penyakit Sepsis

Pada 13 September setiap tahun, kita akan menyambut Hari Sepsis Sedunia. Persoalannya, apa itu sepsis? Jom ikuti artikel ini untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 11/09/2020 . 3 minit bacaan

Ini Sebabnya Kenapa Perlu Cuci Rahim Selepas Gugur, Ibu Lepas Keguguran Kena Tahu!

Dilation and curettage atau prosedur D&C adalah kaedah cuci rahim yang perlu dijalani oleh wanita selepas keguguran. Tetapi kenapa ia perlu dilakukan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 10/08/2020 . 3 minit bacaan

Ikut Style Perempuan Dulu-dulu Pakai Pad Jenis Kain, Ini Lebih Bagus Daripada Yang Pakai Buang?

Para wanita, pernah tak terlintas di fikiran bagaimana rasanya jika anda memilih pad lain selain tuala wanita pakai buang? Ketahui kebaikan dan keburukannya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 06/08/2020 . 3 minit bacaan

9 Kriteria Derma Darah Di Malaysia, Mereka Yang Pernah Tinggal Di Eropah Tak Boleh Derma?

Banyak kempen derma darah di Malaysia. Jika anda hendak derma darah, pastikan anda memenuhi 9 kriteria ini sebelum melakukannya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 26/06/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

diet rendah karbohidrat

Pemilik Darah O, Kalau Nak Turunkan Berat Badan Kena Ikut Diet Ini, Tapi Berkesan Ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 19/10/2020 . 3 minit bacaan
haid dua kali sebulan

“Eh.. Kenapa Bulan Ini Dua Kali Datang Haid?” Takutnya! Normal Atau Tidak?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 15/10/2020 . 3 minit bacaan
hidung tersumbat

Kenapa Hidung Saya Berdarah Setiap Hari? AWAS! Ia Mungkin Petanda Penyakit Ini…

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 30/09/2020 . 3 minit bacaan
rawat buasir

Pecahkan Buasir Untuk Legakan Kesakitan? AWAS, Tindakan Itu Mengundang Bahaya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 21/09/2020 . 3 minit bacaan