Bahaya! Ibu Hamil Yang Ada Masalah Tiroid Berisiko Lahirkan Bayi Kerdil

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Diterbitkan pada 15/10/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Beberapa bulan pertama hamil, janin akan bergantung pada hormon tiroid si ibu. Hormon inilah yang memainkan peranan penting dalam perkembangan normal bayi. Akan tetapi, bagaimana pula jika ibu ada masalah tiroid?

Ibu hamil yang mengalami kekurangan hormon tiroid boleh memberi kesan kepada kesihatan janin.

Kajian awal mendapati bahawa kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu dengan masalah ini semasa kehamilan mempunyai IQ yang lebih rendah dan gangguan perkembangan psikomotor.

Apa itu hipotiroidisme?

Hipotiroidisme adalah keadaan yang disebabkan oleh kelenjar tiroid yang tidak aktif dan masalah ini boleh berlaku semasa kehamilan.

Jenis-jenis masalah tiroid utama

  • Hipertiroidisme

Hyper membawa maksud yang terlalu banyak.

Ini adalah ketika tiroid terlalu aktif dan menghasilkan banyak hormon tiroid, menyebabkan fungsi badan anda menjadi laju.

Hipertiroidisme semasa kehamilan biasanya disebabkan oleh gangguan autoimun yang disebut penyakit Graves.

Gangguan autoimun adalah keadaan kesihatan yang berlaku apabila antibodi (sel dalam tubuh yang melawan jangkitan) menyerang tisu yang sihat secara tidak sengaja.

Sekiranya anda menghidap penyakit Graves, sistem imun anda akan menghasilkan antibodi yang menyebabkan tiroid anda mengeluarkan hormon tiroid yang terlalu banyak.

  • Hipotiroidisme

Hypo pula bermaksud terlalu sedikit atau tidak mencukupi.

Ini berlaku ketika tiroid kurang aktif dan tidak menghasilkan hormon tiroid yang mencukupi, menyebabkan banyak fungsi badan anda menjadi perlahan.

Hipotiroidisme semasa kehamilan biasanya disebabkan oleh gangguan autoimun yang disebut penyakit Hashimoto.

Apabila anda menghidap penyakit Hashimoto, sistem imun anda menghasilkan antibodi yang menyerang tiroid dan merosakkannya sehingga tidak lagi dapat menghasilkan hormon tiroid.

Masalah tiroid sangat sering terjadi pada wanita yang sedang hamil dan penyakit ini akan menyulitkan proses kehamilan.

Namun jangan risau, sekiranya dikawal dengan betul, wanita dengan masalah hipotiroidisme akan dapat melahirkan bayi yang sihat dan tidak terjejas.

Bagaimana masalah tiroid boleh mempengaruhi kehamilan?

penyakit tiroid ibu hamil

Masalah tiroid yang tidak dirawat semasa hamil akan menjejaskan wanita dan bayi semasa dan selepas kelahiran.

Masalah-masalah untuk si ibu boleh merangkumi:

  • Anemia: Ini adalah ketika anda tidak mempunyai sel darah merah yang mencukupi untuk membawa oksigen ke seluruh badan anda
  • Hipertensi kehamilan: Tekanan darah tinggi yang bermula selepas minggu ke-20 kehamilan dan hilang setelah anda melahirkan
  • Pendarahan selepas bersalin: Ini berlaku ketika seorang wanita mengalami pendarahan berat setelah bersalin. Ia adalah keadaan yang serius tetapi jarang berlaku
  • Myxedema: Kondisi yang jarang berlaku disebabkan oleh hipotiroidisme yang teruk dan tidak dapat dirawat, yang boleh menyebabkan koma dan kematian
  • Kegagalan jantung: Masalah ini berlaku di saat jantung anda tidak lagi mengepam darah seperti biasa. Namun kerosakan jantung yang disebabkan oleh hipotiroidisme jarang berlaku

Masalah untuk bayi boleh merangkumi:

  • Myxedema bayi: Keadaan yang berkaitan dengan hipotiroidisme yang teruk. Ia boleh menyebabkan masalah kerdil, kecacatan intelektual dan lain-lain
  • Dwarfisme: Keadaan di mana seseorang individu menjadi sangat pendek (kurang daripada 4 kaki 10 inci ketika dewasa)
  • Kecacatan intelektual: Menyebabkan kecerdasan IQ yang lebih rendah dan kekurangan kemahiran yang diperlukan untuk berfungsi secara normal dalam kehidupan seharian
  • Masalah terhadap pertumbuhan serta perkembangan otak dan sistem saraf: Sistem saraf terdiri daripada otak, saraf tunjang dan saraf. Sistem saraf anda membantu anda bergerak dan berfikir
  • Keguguran atau kelahiran mati (stillbirth)

Apakah simptom hipotiroidisme?

masalah tiroid semasa hamil

Gejala-gelaja masalah tiroid mungkin ringan dan sukar untuk dikenal pasti, namun anda boleh memerhatikan simptom-simptom ini:

  • Sering berasa penat
  • Muka menjadi bengkak
  • Pertambahan berat badan
  • Masalah sembelit
  • Perubahan pada kulit dan rambut, termasuk kulit kering dan kehilangan alis
  • Kuku menjadi rapuh
  • Denyutan jantung perlahan
  • Kekejangan otot dan sakit sendi
  • Masalah menumpukan perhatian

Bagaimana masalah tiroid dirawat semasa kehamilan?

Penggantian hormon tiroid akan dilakukan untuk merawat ibu hamil.

Jumlah hormon tiroid yang diberikan adalah berdasarkan tahap hormon tiroid yang dimiliki oleh si ibu dan juga berdasarkan gejala-gejalanya.

Tahap hormon tiroid boleh berubah semasa kehamilan, justeru dos penggantian hormon kemungkinan akan berubah dari masa ke masa.

Tahap hormon ini perlu diperiksa setiap 4 minggu pada separuh pertama kehamilan serta mungkin akan diperiksa lebih jarang pada separuh kedua kehamilan selagi dosnya tidak berubah.

Hormon tiroid tidak boleh diambil pada masa yang sama dengan vitamin pranatal. Ini kerana mineral dalam vitamin boleh menghentikan penyerapan hormon tiroid.

Walau bagaimanapun, jangan khuatir kerana rawatannya selamat dan penting bagi kesihatan si ibu dan bayi dalam kandungan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

1
Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Wanita Sering Berasa Sakit Pada Bahagian Pelvis? Mungkin Penyebabnya Ada Dalam 9 Perkara Ini

Bagi para wanita, kesakitan pada pelvis mungkin merupakan tanda kekejangan haid, ovulasi, atau masalah gastrousus seperti intoleransi makanan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 07/10/2020 . 3 minit bacaan

Ibu Hamil Selalu Ada Masalah Sakit Punggung? Jom Cuba 11 Cara Ini Untuk Atasinya

Adakah ia sesuatu yang normal untuk wanita mengandung mengalami masalah sakit punggung ketika hamil? Ikuti penjelasannya dalam perkongsian artikel ini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 02/10/2020 . 3 minit bacaan

Sedang Mengalami Fasa Menopaus Yang Teruk? Hati-Hati! Anda Mungkin Ada Penyakit Tiroid

Apabila orang bercakap mengenai gejala menopaus, mereka sering kaitkan dengan perimenopause, tapi bagaimana jika ia berkaitan dengan penyakit tiroid?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 24/09/2020 . 3 minit bacaan

Wanita Yang Nak Hamil, Sebelum Ambil Ubat Kesuburan, Ketahui Kesan Sampingan Jangka Panjang

Ubat-ubatan bagi merawat masalah kesuburan menjadi pilihan pasangan yang sukar mendapatkan zuriat serta meningkatkan peluang untuk hamil.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Kehamilan, Rancang Kehamilan 23/09/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

mengesan kehamilan PCOS

Haid Tidak Tentu Salah Satu Petanda PCOS, Jadi Bagaimana Cara Nak Kesan Jika Hamil?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
kejang perut tanpa haid

Tak Period Pun Tapi Masih Sakit Perut? Ini Masalah Kesihatan Lain Yang Boleh Jadi Punca

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan
bahaya stress ketika mengandung

Jika Doktor Nasihatkan Ibu Hamil Banyak Rehat & Baring, Ini Maksudnya! Seks Pun Tak Boleh Buat!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 12/10/2020 . 3 minit bacaan
ovulasi wanita

Nak Hamil Kena Tahu Bila Waktu Subur, Tapi Tahu Tak Tanda Subur Setiap Wanita Berbeza?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 12/10/2020 . 3 minit bacaan