Terdapat banyak punca yang menyebabkan hipertiroidisme tetapi penyakit Graves adalah merupakan punca biasa.
Hormon tiroid membawa pelbagai kesan pada tubuh anda, sebab itu terdapat pelbagai simptom yang merujuk kepada perubahan dalam fungsi sistem saraf, perkembangan otak, dan suhu badan.
Apakah kebarangkalian Penyakit Graves?
Penyakit Graves memang penyakit yang kerap melanda tetapi ianya paling banyak dialami oleh perempuan berbanding lelaki, terutama mereka yang berusia kurang daripada 40 tahun. Kondisi ini tidak membimbangkan jika anda mengurangkan faktor-faktor risiko anda. Sila jumpa doktor anda untuk maklumat lanjut.
Simptom-simptom
Apakah simptom-simptom Penyakit Graves?
Secara amnya, simptom-simptom penyakit Graves termasuklah:
- Rasa risau dan cepat marah, keletihan, ketakutan, gementar, dan mengalami kesukaran tidur;
- Pergerakan usus yang kerap dan / atau cirit-birit meningkat;
- Gegaran tangan atau jari;
- Kekurangan berat badan, walaupun anda makan secara normal;
- Perubahan kitar haid (jika anda seorang wanita), disfungsi erektil pada lelaki atau libido rendah;
- Pembesaran kelenjar tiroid (goiter);
- Denyutan jantung yang cepat atau tidak teratur;
- Kulit tebal dan merah di sekitar kawasan tulang kering;
- Exophthalmos, tekanan atau kesakitan di mata, mata meradang, kepekaan terhadap cahaya, penglihatan berganda (ophthalmopathy Graves).
Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang soalan, sila berjumpa dengan doktor anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen