9 Jenis Makanan Untuk Ibu Mengandung, Bagus Diamalkan Dari Awal Kehamilan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 02/10/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Tahukah anda terutamanya untuk ibu-ibu yang sedang hamil? Anda sebenarnya memerlukan kalori tambahan lebih daripada keperluan harian anda sebelum anda hamil. Ini boleh didapati daripada diet atau makanan untuk ibu mengandung, lebih-lebih lagi jika anda sedang berada dalam trimester kedua dan ketiga.

Apakah makanan untuk ibu mengandung yang perlu anda amalkan dalam pemakanan harian? Ikuti selanjutnya melalui artikel ini.

#1. Produk tenusu

Semasa kehamilan, ibu hamil perlu mengambil jumlah protein tambahan dan juga kalsium untuk memenuhi keperluan janin yang sedang berkembang.

Produk tenusu adalah sumber pemakanan kalsium yang terbaik kerana ia juga memberikan sejumlah kandungan fosforus, pelbagai jenis vitamin B, magnesium dan juga zink.

Makanan untuk ibu mengandung ini juga boleh diambil dalam bentuk makanan berasaskan tenusu seperti yogurt yang diketahui kaya dengan kandungan probiotik.

#2. Legum atau kekacang

makanan untuk ibu mengandung

Jenis makanan ini termasuklah lentil, kacang pis, kekacang, kacang soya dan juga kacang tanah. Untuk pengetahuan pembaca semua, legum atau kekacang adalah sumber berasaskan tumbuhan yang baik untuk anda mendapatkan serat, protein, zat besi, folat dan juga kalsium.

Kesemua nutrien ini amat diperlukan ketika anda sedang hamil. Sebagai contoh, folat amat diperlukan untuk kesihatan ibu dan juga janin, terutama sekali semasa trimester pertama.

#3. Ubi keledek

Ubi keledek adalah sejenis makanan yang kaya dengan kandungan beta karotena. Beta karotena adalah sejenis sebatian tumbuhan yang akan bertukar kepada vitamin A dalam tubuh badan anda.

Vitamin A amat diperlukan untuk tumbesaran janin yang sihat. Wanita hamil disarankan untuk meningkatkan pengambilan vitamin A sebanyak 10 hingga 40 peratus dalam pemakanan harian mereka.

Ubi keledek adalah sumber terbaik bagi beta karotena kerana sebanyak 100 – 150 gram ubi keledek yang telah dimasak mampu memenuhi keperluan harian anda. 

#4. Ikan salmon

Siapa sahaja yang tidak pernah mendengar mengenai ikan yang satu ini. Ikan ‘berkelas tinggi’ ini diketahui agak mahal kerana kebanyakan sumber ikan salmon di negara ini adalah diimport selain disebabkan oleh kualitinya yang amat baik.

Ikan salmon sangat kaya dengan kandungan asid lemak omega-3, iaitu sejenis sebatian yang membantu meningkatkan fungsi otak dan juga kesihatan mata bayi anda.

Walaupun asid lemak omega-3 ini diketahui banyak diperoleh daripada sumber makanan-makanan laut, wanita yang sedang hamil disarankan untuk mengurangkan pengambilan makanan laut sebanyak 2 kali dalam seminggu.

Ini bertujuan untuk mengelakkan pencemaran merkuri dan juga bahan pencemar lain yang terdapat dalam ikan berlemak seperti ikan salmon ini.

#5. Telur

makanan untuk ibu mengandung

Telur mengandungi setiap nutrien yang anda perlukan. Sebiji telur bersaiz besar mengandungi sebanyak 77 kalori, selain lemak dan protein yang berkualiti tinggi.

Selain itu, telur juga mengandungi banyak kandungan vitamin dan mineral. Telur juga adalah sumber terbaik bagi kolin, yang mana ia sangat penting dalam kebanyakan pemprosesan tubuh badan anda termasuklah pembangunan dan kesihatan otak.

Pengambilan kolin yang rendah semasa anda sedang hamil akan meningkatkan risiko kecacatan tiub saraf dan berkemungkinan menyebabkan penurunan fungsi otak janin anda.

#6. Brokoli dan sayuran berdaun

Brokoli dan juga sayuran berdaun seperti kale dan bayam mengandungi banyak kandungan vitamin yang amat diperlukan oleh seorang wanita hamil.

Makanan untuk ibu mengandung ini mengandungi serat, vitamin C, vitamin K, vitamin A, kalsium, zat besi, folat dan juga kalium.

Selain itu, sayur-sayuran jenis ini juga kaya dengan kandungan antioksidan dan juga sebatian tumbuhan yang memberi manfaat terhadap sistem imun dan juga pencernaan.

Disebabkan oleh kandungan serat yang tinggi, sayuran ini juga sangat membantu dalam mengelakkan sembelit.

#7. Daging tanpa lemak

Daging tanpa lemak seperti daging ayam, lembu dan kambing adalah sumber terbaik bagi protein berkualiti tinggi.

Tambahan lagi, daging lembu kaya dengan zat besi, kolin dan juga vitamin B. Zat besi adalah mineral yang sangat penting yang digunakan oleh sel darah merah sebagai sebahagian daripada hemoglobin. Ia amat penting untuk penghantaran oksigen kepada semua sel dalam tubuh badan anda.

Wanita yang sedang hamil amat memerlukan lebih banyak zat besi memandangkan jumlah darah mereka sedang bertambah. Lebih-lebih lagi jika wanita hamil tersebut sedang berada dalam trimester ketiga.

#8. Buah beri

makanan untuk ibu mengandung

Walaupun buah beri boleh dikategorikan sebagai jenis buah yang mahal harganya, namun sesuailah dengan manfaat yang dimilikinya.

Buah beri mengandungi kandungan air, karbohidrat sihat, vitamin C, serat dan juga antioksidan. Ia sebenarnya mengandungi kandungan vitamin C yang amat tinggi yang membantu tubuh badan anda untuk menyerap zat besi.

Selain itu, vitamin C yang terdapat dalam buah beri juga sangat bermanfaat untuk kesihatan kulit selain untuk fungsi imun tubuh.

Tambahan pula, buah beri mengandungi nilai indeks glisemik yang rendah, yang tidak menyebabkan peningkatan mendadak gula darah tubuh anda. Selain kaya dengan nutrisi dan juga rasa yang enak, ia juga amat rendah kalori.

#9. Bijirin penuh

Berbanding daripada bijirin yang telah diproses, bijirin penuh kaya dengan kandungan serat, vitamin dan juga sebatian tumbuhan. Sebagai contoh, bijirin oat dan juga quinoa mengandungi kandungan protein yang amat penting semasa fasa kehamilan.

Bijirin penuh juga kaya dengan vitamin B, serat dan juga magnesium yang sememangnya sangat diperlukan oleh wanita yang sedang hamil

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

1
Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Risau Faraj Terkoyak Masa Bersalin? Cuba Tip Ini Untuk Kurangkan Risikonya, Pasti Berkesan!

Perkara yang paling merisaukan bakal ibu adalah mengenai koyakan faraj ketika melahirkan anak. Ada ke cara untuk mengurangkan risikonya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Kelahiran Bayi 13/10/2020 . 3 minit bacaan

Mengapa Saya Makin Kerap Sakit Kepala Semasa Hamil? Ini Sebabnya, Setiap Trimester Lain Puncanya

Aduh, berdenyut pula. Adakah anda sering mengalami masalah sakit kepala ketika hamil? Jika ya, jom kenal pasti punca dan cara mengatasi pening.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 08/10/2020 . 3 minit bacaan

Flu Memang Berbahaya Terhadap Kesihatan, Terutamanya Buat Wanita Yang Sedang Hamil?

Rasanya ramai yang sudah tahu bahaya virus influenza ini bukan? Namun ada kajian terbaharu yang kata wanita hamil lebih berisiko! Jom klik untuk baca.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Pusat Kesihatan, Selesema/Flu 02/10/2020 . 3 minit bacaan

Ibu Hamil Selalu Ada Masalah Sakit Punggung? Jom Cuba 11 Cara Ini Untuk Atasinya

Adakah ia sesuatu yang normal untuk wanita mengandung mengalami masalah sakit punggung ketika hamil? Ikuti penjelasannya dalam perkongsian artikel ini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 02/10/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

tabiat membaca

Kalau Nak Anak Bijak, Ibu Kena Rajin Baca Buku Masa Hamil, Benarkah?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
mengesan kehamilan PCOS

Haid Tidak Tentu Salah Satu Petanda PCOS, Jadi Bagaimana Cara Nak Kesan Jika Hamil?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 23/10/2020 . 3 minit bacaan
libido wanita hamil

Keinginan Nafsu Seksual Turun Naik Masa Hamil? 5 Perkara Inilah PUNCANYA

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 16/10/2020 . 3 minit bacaan
masalah pembaziran makanan

Ini Mungkin Sebab Kita Suka Membazir Makanan! Elak Pembaziran Dengan 5 Tip Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 15/10/2020 . 3 minit bacaan