Anda Hamil? Jom Kira Berat Badan Tambahan Yang Anda Perlukan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 27/09/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Seseorang wanita yang hamil perlu mendapatkan berat badan yang tertentu bagi memastikan kesihatan diri dan kandungannya. Walaupun ibu berlu tambah berat, bagaimanakah untuk menentukan bahawa pertambahan berat badan tersebut dikategorikan sebagai pertambahan yang normal?

Walaupun sebenarnya anda memerlukan kalori tambahan bagi kesihatan tubuh anda ketika hamil, tidak semestinya anda perlu menambahkan bilangan kalori untuk keperluan kandungan anda. Seorang wanita hamil hanya perlu mengambil sekitar 300 kalori sihat tambahan dalam sehari berbanding sebelum dia hamil. Ini akan membantunya mendapatkan berat badan yang betul semasa kehamilan. Jika anda tidak begitu pasti berapa banyakkah berat badan yang perlu ditambah, berjumpalah dengan doktor bagi mendapatkan lebih kepastian.

Cadangan penambahan berat badan

wanita hamil

Bagi mereka yang hamil, anda perlu menambahkan berat badan anda sekitar 11 hingga 15 kilogram berbanding sebelum anda hamil. Bagi wanita yang dikategorikan sebagai underweight atau memiliki kurang berat badan, anda perlu mendapatkan berat badan tambahan antara 12 hingga 18 kilogram ketika anda hamil. Bagi mereka yang dikategorikan sebagai overweight pula, anda hanya perlu menambahkan sedikit sahaja berat badan tambahan iaitu antara 6 hingga 11 kilogram. 

Secara umumnya, anda perlu mendapatkan antara 1 ke 2 kilogram berat badan tambahan semasa 3 bulan pertama kehamilan dan lebih kurang 500 gram bagi setiap minggu-minggu berikutnya. Jika anda dianggarkan akan melahirkan pasangan kembar, anda perlu menambahkan berat badan antara 15 ke 20 kilogram semasa kehamilan. Kenapa anda perlu mendapatkan berat badan yang sepatutnya jika dianggarkan bakal melahirkan pasangan kembar? Ini kerana berat badan anda akan mempengaruhi berat badan bayi yang akan dilahirkan. Memandangkan bayi kembar sering dilahirkan sebelum due date, berat badan kelahiran yang lebih tinggi adalah penting untuk kesihatan bayi anda.

Ke manakah berat badan tambahan ini pergi semasa anda hamil?

Untuk pengetahuan anda, berat badan tambahan ini bukanlah ditambah dengan tujuan yang sia-sia. Kesemuanya ada fungsinya terhadap organ tubuh anda. Berikut merupakan lokasi ke manakah berat badan tambahan ini diperlukan.

  • Bayi: 3.6 kilogram
  • Plasenta: 0.9 – 1.3 kilogram
  • Cecair amniotik: 0.9 – 1.3 kilogram
  • Tisu payudara: 0.9 – 1.3 kilogram
  • Bekalan darah: 1.8 kilogram
  • Lemak tersimpan untuk tujuan bersalin dan penyusuan bayi: 2.2 – 4 kilogram
  • Uterus yang lebih besar: 0.9 – 2.2 kilogram
  • Jumlah keseluruhan: 11 hingga 15 kilogram

Cara meningkatkan berat badan tambahan ketika hamil

tambah berat

Bagaimana untuk mendapatkan berat badan tambahan yang sepatutnya semasa kehamilan?

Sekiranya anda perlu menambahkan berat badan anda mengikut nasihat doktor, anda boleh mengikuti langkah-langkah seperti berikut.

  • Makan lima atau enam hidangan kecil setiap hari
  • Pastikan sentiasa mempunyai snek ringan seperti kekacang, kismis, keju, biskut, buah-buahan kering, aiskrim atau yogurt
  • Sapukan mentega kacang pada roti, biskut, epal dan pisang. Satu sudu makan mentega kacang mampu memberikan anda sekitar 100 kalori tambahan dan 7 gram protein
  • Tambahkan susu tepung tanpa lemak kepada kentang lenyek, telur dadar atau bijirin sarapan anda
  • Tambahkan sedikit tambahan pada hidangan anda seperti mentega, marjerin, keju, keju krim, kuah atau krim masam

Bagi wanita hamil yang tidak tahu berapa banyak berat badan tambahan yang anda perlukan, anda boleh gunakan alatan kesihatan yang kami sediakan ini. Ia adalah Kalkulator Tambah Berat Badan Ketika Hamil yang kami bangunkan bagi memudahkan ibu-ibu hamil di luar sana membuat pengiraan. Dengan hanya memasukkan berat badan sebelum hamil, tinggi, dan minggu semasa kehamilan anda, anda akan terus mendapat jawapan mengenai berat badan tambahan yang anda perlukan. Sila cuba kalkulator kami ya!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

1
Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Nak Berjimat, Guna Kit Ujian Kehamilan Berkali-kali, Boleh Ke? Ini Cara Betul Guna UPT

Ujian kehamilan murah dan mudah untuk didapatkan tetapi masih ramai lagi menggunakannya berulang kali. Boleh ke? Jika anda ingin tahu, baca artikel ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nana Muhammad
Kehamilan, Rancang Kehamilan 18/08/2020 . 3 minit bacaan

Darah Haid Banyak Lepas Guna Suntikan Elak Hamil? Ini 15 Kesan Sampingan Jika Suntik Depo

Suntikan depo provera lazim digunakan bagi mengelakkan kehamilan daripada berlaku. Seperti ubat lain, ia turut mempunyai kesan sampingan seperti...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 07/08/2020 . 3 minit bacaan

Perut Berangin Sering Buat Mak Buyung Rasa Tidak Selesa? Ini Ada 5 Cara Mudah Nak Atasinya!

Masalah perut berangin semasa mengandung lazim dialami oleh ibu hamil. Bagi mengelakkan perkara tersebut daripada berlaku, 5 langkah ini boleh diambil.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 06/08/2020 . 3 minit bacaan

Ganja Bukan Saja Buat Ketagih, Tapi Juga Boleh Buat Lelaki & Wanita Mandul, Benar Ke?

Dadah seperti ganja sering diambil oleh orang ramai untuk relaks terutamanya jika mereka sedang stress dan ingin melarikan diri daripada realiti.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Kehamilan, Rancang Kehamilan 28/07/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

ubat untuk masalah kesuburan

Wanita Yang Nak Hamil, Sebelum Ambil Ubat Kesuburan, Ketahui Kesan Sampingan Jangka Panjang

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 23/09/2020 . 3 minit bacaan
telur wanita

Wanita Sudah Ada Telur Sejak Lahir? Ini Fakta Menarik Tentang Ovum, Dari Dalam Rahim Sampai Menopaus

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 04/09/2020 . 3 minit bacaan
ujian kehamilan

Teruja Nak Lakukan Ujian Kehamilan? Pasangan Baru Berkahwin Ambil Tahu Ini Dulu Sebelum Buat!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 03/09/2020 . 3 minit bacaan
berat badan wanita hamil

Ibu Hamil, Jaga Berat Badan Jangan Sampai Obes! Risiko Bukan Hanya Pada Anda, Tapi Juga Bayi

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 20/08/2020 . 3 minit bacaan