Lokasi
Tempat asal juga adalah faktor sokongan yang agak penting untuk hamil anak kembar. Menurut kajian, kawasan Eropah Barat mempunyai nisbah kehamilan anak kembar yang agak tinggi iaitu 1 daripada setiap 60 kehamilan. Manakala, kawasan Asia Tenggara pula menunjukkan kadar yang agak rendah. Di Nigeria pula, nisbah kehamilan anak kembar pula adalah 1 daripada setiap 20 atau 30 kehamilan. Namun begitu, ini bukan mempunyai kaitan dengan bangsa kerana warga Nigeria yang menetap di negara lain mempunyai kadar kehamilan anak kembar yang rendah. Mungkin diet dan suhu juga memainkan peranan penting bagi warga Nigeria hamil anak kembar.
Rawatan kesuburan
Bagi meningkatkan kemungkinan anda untuk hamil anak kembar, anda boleh dapatkan rawatan kesuburan seperti IVF. Ini dapat merangsang badan anda untuk berovulasi dan menghasilkan lebih banyak telur.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen