backup og meta

Guna 6 Jenama Pure Butter Ini, Barulah Kek, Kuih Raya Anda Rasa Lemak & Harum!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 13/03/2024

Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.

    Guna 6 Jenama Pure Butter Ini, Barulah Kek, Kuih Raya Anda Rasa Lemak & Harum!

    Apabila membuat kuih atau kek, penggunaan mentega semestinya adalah satu kewajipan kerana ia memberikan rasa yang lemak, kaya serta berbau harum pada hidangan. Mentega tidak sama dengan marjerin kerana mentega diperbuat daripada susu, manakala marjerin dihasilkan daripada minyak sayuran. Apakah jenama pure butter paling sedap yang biasa orang guna untuk membuat kek atau biskut dan kuih raya?

    Lihat di bawah ini. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

    Komposisi dalam mentega tulen

    Mentega tulen dikenali dengan kandungan lemak susunya yang tinggi.

    Ia adalah produk hasilan tenusu yang dihasilkan daripada krim segar atau yang telah dimasak.

    Mentega tulen terdiri daripada lemak susu, air dan sedikit garam (jika digaramkan).

    Komposisi mentega tulen ini memberikan rasa yang kaya dan tekstur yang lembut, menjadikannya pilihan yang disukai ramai ketika menyediakan hidangan pencuci mulut dan pastri.

    Perbezaan mentega tulen dan lepa susu (butter blend)

    Mentega tulen berbeza dengan lepa susu dari segi komposisi dan rasa.

    Mentega tulen dibuat sepenuhnya daripada krim susu. Manakala lepa susu pula adalah campuran antara minyak sayuran dan mentega.

    Ini memberikan lepa susu tekstur yang berbeza dan rasa yang kurang kuat berbanding mentega tulen.

    Dalam masakan, mentega tulen memberikan rasa yang lebih kaya, manakala butter blend seringkali digunakan sebagai alternatif yang lebih ekonomik dan jimat.

    6 jenama pure butter paling sedap

    Berikut adalah contoh pure butter yang biasa digunakan di Malaysia untuk hidangan seperti kek, pastri, kuih dan juga biskut raya:

    #1. SCS

    SCS merupakan jenama mentega yang berpangkalan di Singapura dan telah menjadi pilihan utama pengguna sejak tahun 1905.

    Dikenali dengan rasa yang kaya dan lembut, SCS menawarkan kualiti mentega premium yang telah diwarisi dari generasi ke generasi.

    Mentega SCS dihasilkan dengan 100% susu Australia dan diproses sebanyak dua kali untuk mendapatkan tahap kelembutan ekstra.

    Menariknya, mentega SCS juga tersedia dalam versi yang digaram dan tidak digaram.

    SCS adalah antara jenama pure butter paling mahal.

    #2. Jenama pure butter paling sedap: Tatura

    Tatura adalah sebuah jenama mentega terkenal yang berasal dari Australia.

    Jenama ini menawarkan produk mentega segar yang berkualiti tinggi.

    Tatura Butter diperbuat daripada krim segar yang memberikan rasa enak dan lembut.

    Ia juga tersedia dalam dua pilihan: digaram dan tanpa garam.

    Tatura Butter adalah pilihan yang sempurna untuk penggunaan harian dalam masakan atau penyediaan pastri. 

    #3. Golden Churn

    Golden Churn adalah jenama mentega premium yang dihasilkan dengan cara tradisional dan diawet dengan penambahan garam sahaja.

    Jenama pure butter paling sedap ini amat terkenal dengan rasanya yang kaya dan berkrim.

    Menariknya, mentega Golden Churn dalam tin boleh disimpan selama 18 bulan tanpa memerlukan penyimpanan dalam peti sejuk.

    Golden Churn memberikan kualiti dan rasa mentega Australia dan New Zealand yang asli, tanpa pewarna atau perasa buatan.

    Ia juga adalah antara jenama pure butter paling mahal yang ada di pasaran. 

    #4. Anchor juga antara jenama pure butter paling sedap

    Mentega Anchor yang dihasilkan di New Zealand terkenal dengan kualiti dan rasa yang luar biasa.

    Mentega ini dibuat daripada 100% susu lembu yang dipelihara di padang rumput New Zealand.

    Ia menawarkan rasa yang kaya dan berkrim dengan warna keemasan semula jadi.

    Selain itu, Anchor juga menawarkan mentega dalam kemasan tin yang mempunyai aroma dan rasa yang unggul.

    Ia sesuai untuk pelbagai kegunaan termasuklah dalam pembuatan produk pastri dan sebagai sapuan.

    Lebih menarik, mentega Anchor boleh disimpan pada suhu bilik, menjadikannya pilihan yang praktikal untuk kegunaan harian.

    #5. Lurpak

    Mentega Lurpak adalah antara contoh pure butter yang dikenali dengan kualiti dan rasa yang luar biasa.

    Lurpak dihasilkan daripada 100% susu segar Denmark dan hadir dengan dua pilihan iaitu bergaram dan tanpa garam.

    Rasa mentega Lurpak yang segar dan tulen menjadikannya pilihan yang baik untuk segala jenis masakan, termasuklah dalam pembuatan biskut dan pai.

    Ia juga sesuai untuk disapu pada roti atau pastri pilihan anda. 

    #6. Jenama pure butter paling sedap: Emborg 

    Emborg adalah antara jenama mentega dan produk hasilan tenusu yang terkenal di benua Eropah.

    Emborg Unsalted Butter mempunyai rasa mentega yang kaya dan tulen, menjadikannya pilihan yang baik untuk adunan biskut atau sos berasaskan mentega.

    Emborg Salted Butter pula memberikan sedikit rasa masin yang ideal untuk disapu pada roti atau dicairkan di atas pankek atau wafel anda.

    Jenama ini juga adalah antara pure butter paling mahal di pasaran.

    Kesimpulan 

    Dengan mengetahui ciri-ciri setiap jenama pure butter Malaysia, anda dapat memilih mentega yang paling sesuai dengan keperluan dan selera anda.

    Tidak kira sama ada anda seorang chef profesional atau suri rumah yang gemar memasak di rumah, jenama pure butter paling sedap ini pasti akan meningkatkan kualiti masakan anda terutamanya apabila menggunakan pure butter Malaysia.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 13/03/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan