backup og meta

Kehamilan dan Vitamin Pranatal

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 28/11/2019

    Kehamilan dan Vitamin Pranatal

    Semasa hamil, bakal ibu dinasihatkan untuk makan pelbagai sumber makanan bagi mendapatkan vitamin dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Walaupun terdapat sesetengah vitamin yang perlu anda hadkan pengambilannya seperti vitamin A, E atau K, namun ada juga beberapa nutrien yang tidak boleh tertinggal daripada diet anda.

    Berikut merupakan vitamin dan mineral asas yang diperlukan oleh setiap bakal ibu dalam diet harian mereka:

    Kalsium

    Kalsium adalah penting untuk perkembangan tulang dan gigi bayi. Susu dan produk tenusu adalah sumber yang kaya dengan kalsium. Selain itu, anda boleh mendapat kalsium melalui bijirin sarapan pagi, buah-buahan kering (seperti buah ara dan aprikot), sayuran berdaun hijau (seperti brokoli dan kubis keriting), atau menambah kacang badam dan kekacang dalam pencuci mulut anda.

    Vitamin D

    Vitamin D adalah vitamin penting untuk memastikan tulang, gigi, dan otot anda sentiasa sihat. Setiap orang dewasa, termasuk wanita hamil dan menyusukan anak, memerlukan sekurang-kurangnya 10 mg vitamin D sehari. Anda juga boleh mendapat lebih vitamin D melalui ikan, bijian, cendawan atau minuman jus oren asli dan susu rendah lemak. Anda tidak digalakkan untuk mengambil vitamin D sebagai suplemen kerana penggunaan suplemen tiruan yang berlebihan boleh menyebabkan pembinaan tisu berada pada paras berbahaya.

    Vitamin C

    Vitamin C merupakan agen antioksidan yang mampu melawan radikal bebas yang berbahaya, melindungi sel dan menjauhkan badan daripada jangkitan. Sungguhpun anda boleh mendapat vitamin C dengan mudah melalui bentuk suplemen, namun adalah lebih baik jika anda mendapatkan nutrien ini menerusi makanan. Buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna oren dan merah (seperti lobak merah, oren, lemon, betik, dan lada benggala merah) adalah sumber yang kaya vitamin C.

    Zat besi

    Kekurangan zat besi boleh menyebabkan keletihan dan meningkatkan risiko untuk mendapat anemia. Wanita hamil memerlukan lebih zat besi berbanding orang biasa. Anda boleh mendapatkan zat besi dengan mudah melalui sumber daging pejal, sayuran berdaun hijau, buahan kering, dan beberapa jenis kekacang. Jika tahap zat besi anda rendah, doktor mungkin akan menyarankan untuk anda mengambil suplemen zat besi.

    Serat

    Terdapat 4 sebab utama anda perlu mengambil makanan tumbuhan yang mengandungi amaun serat yang tinggi setiap hari:

    Untuk mengawal pergerakan usus: Serat boleh membantu pergerakan usus anda berjalan lancar tanpa perlu mengambil ubat. Jika anda mengalami sembelit, pengambilan serat membantu anda membuang air besar dengan mudah. Dan jika najis anda terlalu cair, serat juga boleh mengawal dan memejalkan najis dengan cara menyerap cecair berlebihan.

    – Untuk mengekalkan kesihatan orang penghadaman: Makan makanan yang berserat tinggi boleh mengurangkan risiko anda mendapat benjolan kecil pada kolon dan juga penyakit buasir. Sistem penghadaman anak anda juga terpelihara.

    – Untuk mengawal tahap gula darah dan kolesterol: Pengambilan makanan yang kaya dengan serat dapat membantu penyerapan gula untuk menyeimbangkan tahap gula darah dan mengelakkan kolesterol berlebihan daripada makanan lain.

     Untuk membantu anda mendapatkan berat yang sihat: Makanan berserat tinggi membuatkan anda cepat kenyang dan memerlukan lebih masa untuk memproses berbanding makanan berserat rendah.

    Pesanan untuk semua wanita hamil, pastikan anda mengawasi pengambilan nutrien harian dan berbincang dengan dotkor tentang pengambilan makanan dan suplemen anda. Ini kerana pengambilan berlebihan untuk sesetengah vitamin dan mineral boleh menyebabkan kesan buruk pada anda dan bayi, jadi sentiasalah beringat akan apa yang anda makan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 28/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan