Kaki Bengkak semasa Hamil

Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Semasa anda memasuki trimester kedua kehamilan, kasut anda akan mula rasa sedikit ketat kerana kaki anda sedang mengembang. Ia boleh menyebabkan anda tidak selesa, tetapi terdapat cara untuk anda berasa lebih selesa dan kaki kurang mengembung.

Kenapa buku lali dan kaki saya membengkak semasa hamil?

Apa yang anda sedang alami ini dinamakan edema – iaitu keadaan di mana lebihan cecair terkumpul pada tisu anda. Kira-kira tiga perempat daripada wanita hamil terjejas disebabkan edema, di mana mereka mula mengalami gejala ini sekitar minggu ke-22 hingga minggu ke-27 kehamilan. Semasa trimester ketiga, edema boleh jadi lebih teruk jika anda mengalami lebihan cecair amniotik atau jika anda hamil kembar. Masalah bengkak lebih menjadi-jadi semasa musim panas dan semakin anda hampir dengan tarikh bersalin. Walau bagaimanapun, selepas anda melahirkan bayi, masalah bengkak kaki anda akan berkurangan.

Masalah pembengkakan ini berlaku kerana badan anda menahan cecair untuk menyokong anda dan bayi dalam kandungan. Cecair tersebut akan kekal dalam sel anda dan membenarkan aliran darah meningkat. Ini akan menyebabkan buku lali dan kaki anda, juga tangan anda turut mengembang.

Dalam pada itu, uterus akan menekan saluran darah anda membawa kepada kaki. Apabila urat menjadi sempit, darah akan mula berkumpul pada kaki anda dan menyebabkan bengkak kaki.

Apa yang boleh saya lakukan untuk mengurangkan masalah bengkak semasa hamil? 

Sebenarnya, masalah bengkak adalah normal semasa hamil. Akan tetapi, jika anda rasa tidak selesa, berikut ada beberapa tips yang boleh anda cuba:

  • Baring mengiring untuk mengurangkan darah berkumpul pada kaki
  • Tinggikan kaki anda. Contohnya, letakkan kusyen di bawah kaki anda semasa anda berbaring, atau letakkan bangku kecil di bawah meja kerja anda di pejabat
  • Pakai kasut yang selesa yang boleh memuatkan kaki anda yang bengkak. Elakkan kasut yang ketat yang boleh menekan kaki anda
  • Jangan silangkan kaki atau buku lali semasa duduk
  • Elakkan berdiri terlalu lama. Kerap berjalan sebentar untuk membantu melancarkan perjalanan darah
  • Jangan pakai sarung kaki atau stoking yang ketat terutama yang menakan di bahagian buku lali atau betis. Tanggalkannya sebelum anda turun dari katil supaya darah tidak sempat berkumpul pada buku lali anda
  • Minum banyak air
  • Kerap bersenam seperti berjalan atau menunggang basikal senaman. Berenang dan kelas aerobik air juga baik untuk mengurangkan masalah kaki bengkak
  • Jika anda malas untuk bergerak daripada tempat duduk anda, bongkokkan dan buat regangan kaki naik ke atas dan ke bawah, atau anda boleh pusingkan kaki secara membulat

Makan makanan seimbang dan elakkan makanan ringan. Pilih makanan yang kaya dengan vitamin C dan E. Sumber baik untuk vitamin C termasuklah: buah sitrus, lada merah dan hijau, tembikai, ubi kentang, tomato, strawberi, kubis, dan brokoli. Makanan kaya dengan vitamin E termasuklah minyak sayuran (terutamanya minyak jagung, soya dan germa gandum), biji bunga matahari, germa gandum, jagung manis, kacang gajus, dan kacang badam.

Jangan terlalu bimbang akan masalah bengkak kaki. Selepas bersalin, masalah edema anda ini akan hilang.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan

    DARI PAKAR Dian Sonnerstedt

    Jenis-jenis Yoga

    Katakanlah sekarang ini anda sedang cuba berlatih yoga buat pertama kali, atau kali kedua, dan anda masih belum menemukan jenis yoga yang paling sesuai dengan diri anda. Artikel ini boleh membantu anda untuk memutuskan ...

    Ditulis oleh Dian Sonnerstedt
    jenis yoga

    Urutan Kehamilan: Adakah Idea yang Baik?

    Adakah urutan kehamilan yang dilakukan sewaktu wanita hamil selamat untuk dilakukan? Adakah terdapat sebarang risiko terhadap ibu hamil tersebut?

    Ditulis oleh Dian Sonnerstedt
    urutan kehamilan

    5 Rahsia Kecil Yang Akan Berlaku Jika Ibu Bersalin Secara Normal, Sakit Itu Cukup Membahagiakan

    Nak proses bersalin secara normal jadi lancar? Ibu hamil kena buat 5 perkara penting ini dahulu. Mulakan ia seawal minggu yang ke 38.

    Ditulis oleh Dian Sonnerstedt
    bersalin secara normal

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tidak Perlu Banyak Wang, Ini 12 Cara Menikmati Hidup Dengan Gembira

    Anda ingin hidup gembira sepanjang masa? Jangan khuatir, kerana kami ada 12 cara untuk gembira bagi mewujudkan hidup yang gembira untuk anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 26/10/2020 . 3 minit bacaan

    Susahnya Nak Lelapkan Mata Semasa Demam! Jangan Risau, Ini 7 Cara Untuk Tidur Lena

    Anda demam? Pasti anda rasa susah untuk tidur malam. Ini kami bawakan kepada anda 7 tip untuk anda tidur dengan lena ketika sedang sakit.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Tidur 26/10/2020 . 3 minit bacaan

    Kerap Alami Kembung Perut? Itu Mungkin Tanda USUS TERSUMBAT, Atasinya Dengan Diet Ini

    Keadaan usus tersumbat boleh menyebabkan berlakunya masalah perut kembung. Jangan bimbang, diet pemakanan ini boleh bantu mengatasinya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 26/10/2020 . 3 minit bacaan

    Badan Kurus Tapi Kolesterol Tinggi? Jaga-Jaga Ya! Ia Boleh Jadi Punca Serangan Jantung

    Seperti yang diketahui umum, mereka yang mempunyai berat berlebihan cenderung untuk menghidap kolesterol tinggi, tetapi orang kurus juga boleh terkena, tau!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Pusat Kesihatan, Penyakit Jantung 26/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    nutrisi diet vegetarian

    Risau Tak Cukup Zat Kalau Jadi Pengamal Vegetarian? Ini Cara Nak Pastikan Nutrisi Anda Mencukupi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 27/10/2020 . 3 minit bacaan
    apa itu kanser prostat

    Jangan Sangka Kanser Prostat Hanya Boleh Berlaku Pada Lelaki, Wanita Pun Berisiko?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
    suami isteri

    Hubungan Toksik, Ini 14 Tanda Anda ‘Kaki Kongkong’! Jangan Teruskan Kalau Nak Kekal Lama

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
    mitos kanser serviks

    Merungkai Mitos Kanser Serviks, Betul Ke Ini Penyakit Keturunan & Pesakit Tak Boleh Hamil?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan