backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Nak Dapat Anak Kembar Lagi Macam Dr Sheikh Muszaphar? Ada 4 Tip Boleh Cuba!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 10/05/2023

Nak Dapat Anak Kembar Lagi Macam Dr Sheikh Muszaphar? Ada 4 Tip Boleh Cuba!

Pertama kali mengandung anak kembar dianggap rezeki buat pasangan suami isteri. Namun, bagaimana pula jika diberitakan mengandung kembar buat kali kedua? Jom cuba cara dapatkan anak kembar ini!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Mengandung anak kembar

Baru-baru ini, tular di media sosial tentang kehamilan Datin Dr Halina Mohd Yunos, isteri Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha.

Menariknya, pasangan ini sekali lagi bakal menimang cahaya mata kembar, setelah sebelum ini dikurniakan 4 zuriat termasuk pasangan kembar

Pastinya, ada dalam kalangan parents di luar sana yang mahu tahu cara dapatkan anak kembar, bukan?

Bagaimana cara dapatkan anak kembar?

Jika anda sedang merancang kehamilan bayi kembar, anda perlu memahami bagaimana proses ovulasi itu terjadi.

cara dapatkan anak kembar

Terdapat 2 jenis kehamilan kembar:

Kembar seiras

Terbentuk apabila 1 telur disenyawakan oleh 1 sperma. Kemudiannya telur itu dibahagikan kepada 2 embrio yang terpisah.

Kembar seiras mungkin akan berkongsi plasenta dan kantung amniotik. Ada juga kembar yang mungkin akan berkongsi plasenta tetapi mempunyai kantung amniotik yang berasingan.

Secara genetiknya, kedua-dua bayi itu adalah sama

Kembar tidak seiras

Terhasil daripada 2 telur yang terpisah dan disenyawakan oleh 2 sperma yang berbeza.

Kembar tidak seiras ini akan mempunyai plasenta mereka tersendiri dan komposisi genetik yang unik. 

Faktor mempengaruhi kehamilan kembar

Untuk membolehkan anda mengandung anak kembar, sudah tentu ada perkara yang boleh menjadi faktor yang meningkatkan peluang kehamilan tersebut.

Tetapi apakah faktor-faktornya?

Menurut pakar, terdapat 5 faktor penting di sebalik peluang kehamilan kembar. 

  1. Sejarah keluarga

Jika terdapat ahli keluarga anda yang mempunyai pasangan anak kembar, maka peratus kemungkinan untuk anda hamil bayi kembar adalah tinggi.

Peratusan meningkat jika keturunan kembar itu adalah daripada sebelah ibu anda.

  1. Etnik

Cara dapatkan anak kembar turut dipengaruhi oleh etnik anda. Wanita berkulit hitam daripada etnik Afrika dikatakan lebih cenderung melahirkan bayi kembar. 

Malahan kadar kelahiran anak kembar di Afrika Barat terutamanya dalam etnik Yaruba adalah 18 kembar bagi setiap 1,000 kelahiran. 

cara dapatkan anak kembar

  1. Jumlah kehamilan

Peluang untuk mengandung anak yang kembar akan meningkat bagi setiap kehamilan. 

Bahkan jika anda pernah melahirkan pasangan kembar pada kehamilan sebelum terdahulu, kemungkinan besar anda akan mengandung bayi kembar lagi.

  1. Usia kehamilan

Kajian menunjukkan wanita yang berusia lebih 35 tahun akan mempunyai peluang lebih tinggi untuk hamil anak kembar tidak seiras. 

Ini mungkin berlaku disebabkan ovari wanita pada usia ini akan mengeluarkan lebih daripada 1 telur setiap bulan. 

Di samping itu, tahap hormon FSH, iaitu hormon yang merangsang folikel, lebih tinggi pada wanita berusia juga antara faktor penyumbang untuk anda mengandung anak kembar.

  1. Berat badan

Beberapa penyelidik mendakwa wanita yang mempunyai indeks jisim badan (BMI) yang lebih tinggi mempunyai tinggi peluang untuk mendapat kehamilan kembar. 

Wanita obesiti sebelum hamil secara signifikan lebih cenderung untuk melahirkan pasangan kembar tidak seiras. 

Pun begitu, doktor tidak menasihatkan wanita yang ingin merancang kehamilan bayi kembar untuk menambah berat badan.

Cara dapatkan anak kembar

Sekiranya anda mahu menaikkan peluang untuk hamil pasangan kembar, mungkin boleh cuba cara di bawah:

  1. Diet pemakanan

Beberapa bukti menunjukkan pengambilan makanan tertentu akan dapat meningkatkan peluang untuk mengandung zuriat kembar.

Wanita yang makan makanan kaya protein dan tenusu cenderung mempunyai anak kembar.

Antara jenis makanan yang digalakkan diambil seperti:

  • Ubi keladi
  • Ubi kayu
  • Asid folik – sayuran berdaun hijau seperti bayam atau brokoli, avokado
  • Produk tenusu
  • Karbohidrat kompleks
  • Empulur nanas – tinggi dengan bromelain, sejenis protein yang membantu ovulasi dan persenyawaan

cara dapatkan anak kembar

  1. Kaedah perubatan

Ubat kesuburan cara popular bagi mereka yang merancang kehamilan kembar.

Ini kerana ubat tersebut dapat meningkatkan tahap kesuburan dengan merangsang pengeluaran sperma atau telur. 

Apabila lebih banyak telur dihasilkan, terdapat kecenderungan untuk lebih daripada 1 telur akan dilepaskan bagi tujuan persenyawaan. 

Clomiphene dan gonadotropin adalah ubat kesuburan yang sering digunakan

  1. Jarak kehamilan

Kaedah lain membolehkan anda mengandung anak kembar adalah dengan mempunyai jarak yang cukup antara kehamilan. 

Jika anda hamil kembali terlalu cepat setelah mempunyai anak, ia mengurangkan peluang untuk kehamilan kembar.

  1. Tip dapatkan anak kembar dengan IVF

Prosedur rawatan kesuburan in-vitro (IVF), adalah cara dapatkan anak kembar yang terbaik.

Semasa proses IVF, doktor akan mengekstrak telur, mengambil sampel sperma dan kemudian menggabungkan telur dan sperma secara manual kepada piring makmal.

Embrio yang telah disenyawakan, akan dipindahkan ke dalam rahim. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 10/05/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan