Ibu Mengidam Makanan Manis, Itu Tandanya Hamil Anak Perempuan, Boleh Percaya Ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 02/12/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Setiap orang pasti ada melalui fasa mengidam dalam hidup mereka. Ada ketikanya, kita akan rasa ‘teringin’ makan sesuatu jenis makanan.

Walau bagaimanapun, mengidam untuk wanita hamil adalah berbeza. Ada yang sampai menangis atau tiada mood disebabkan tidak mendapat makanan yang diidamkan semasa hamil.

Mengidam sesuatu jenis makanan tertentu juga turut dikaitkan dengan jantina bayi, ini mengikut kepercayaan orang dulu-dulu.

Jika si ibu mengidam makan manis, ini bermakna dia akan mendapat bayi perempuan, sementara jika isteri mengidam makanan masam, ini bermakna dia akan mendapat bayi lelaki.

Mengapa wanita hamil mengidam?

mengidam

Mengidam adalah salah satu tanda-tanda awal kehamilan. Ada ibu hamil yang mengidam semasa awal kehamilan, malah ada juga yang mengidam selepas mendapat tahu akan kehamilan dirinya.

Lazimnya, mengidam dikaitkan dengan perubahan hormon yang berlaku kepada tubuh wanita hamil, namun tiada sebarang data yang menyokong teori ini.

Malahan, terdapat pelbagai teori menarik lain yang mengaitkan mengidam dengan wanita hamil.

Teori 1: Perubahan hormon dipercayai dapat mengubah rasa dan bau, menjadikan wanita hamil teringin untuk makan sesetengah jenis makanan, ada kalanya makanan yang tidak biasa dimakan.

Teori 2: Kekurangan nutrisi dalam badan menyebabkan wanita hamil mengidam makanan yang kaya dengan mikronutrien, yang kurang dalam diet mereka seperti zink, vitamin A dan zat besi.

Teori 3: Molekul tertentu dalam makanan membawa kepada mengidam bagi wanita hamil.

Teori 4: Pengaruh kebudayaan dan faktor psikologi memainkan peranan yang menyebabkan isteri mengidam sesuatu jenis makanan.

Bagaimanapun, simptom mengidam makanan semasa hamil adalah normal. Ini juga bergantung kepada individu, kerana ada juga wanita hamil yang tidak berasa mengidam apa-apa sepanjang kehamilan mereka.

Makanan yang lazim isteri mengidam semasa hamil

makanan manis

Biasanya, wanita hamil akan mengidam makanan seperti:

  • Makanan manis: Coklat, gula, kek
  • Makanan karbohidrat berkalori tinggi: Piza, kerepek
  • Protein haiwan: Stik, ayam
  • Buah-buahan
  • Tenusu berkalori tinggi: Keju, krim masam

Antara makanan lain yang wanita mengidam semasa hamil ialah jeruk dan aiskrim.

Anda mungkin berminat:

Nak makan makanan manis

Sesetengah individu percaya bahawa mengidam semasa hamil adalah disebabkan oleh jantina bayi dalam kandungan.

Contohnya, anda akan mengidam makan makanan manis atau produk tenusu jika anda sedang mengandungkan bayi perempuan.

Sementara itu, jika anda mengidam makan makanan masam, masin, pedas atau makanan kaya-protein, anda dikatakan sedang hamil anak lelaki. Pun begitu, tiada sebarang bukti saintifik yang mengaitkan mengidam sesuatu jenis makanan dengan jantina bayi.  

Bagi menangani rasa mengidam makan manis, wanita hamil disarankan untuk menukar rasa mengidam mereka dengan menggantikan makanan manis tersebut kepada yang lebih sihat, seperti jika anda mengidam makan aiskrim, carilah yogurt beku rendah-lemak untuk menghilangkan rasa mengidam anda.

isteri mengidam

Mengidam makan manis juga kadangkala disebabkan oleh penurunan gula darah, jadi anda boleh makan dalam kuantiti yang sedikit.

Selain itu, pengambilan hidangan yang kerap juga membantu ‘melawan’ rasa mengidam anda terhadap makanan manis terutamanya pemanis mulut.

Cara lain bagi mengawal mengidam makanan yang tidak sihat adalah:

  • Ambil sarapan pagi setiap hari. Dengan melangkau sarapan pagi boleh membuatkan rasa mengidam anda semakin bertambah teruk.
  • Dapatkan senaman yang cukup.
  • Pastikan anda mendapat pelbagai sokongan emosi.

Jika anda mengidam dan makan keterlaluan sesuatu jenis makanan, dapatkan nasihat daripada doktor anda tentang rasa mengidam anda ini.

Doktor akan melakukan ujian darah ringkas untuk mengetahui sama ada anda mengalami sebarang kekurangan nutrisi.

Dan, doktor juga akan membantu anda mencari cara untuk menangani simptom mengidam anda, dalam masa yang sama mengamalkan diet sihat.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

1
Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Rawat DEMAM KEPIALU Dengan 5 Jenis Makanan Ini, Beri Tenaga & Baik Untuk Perut

Demam kepialu adalah sejenis jangkitan yang disebabkan oleh bakteria. Bagi mengelakkan jangkitan tersebar, ia biasanya dielakkan melalui suntikan tifoid

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan Sihat 02/12/2020 . 3 minit bacaan

Inginkan Petua Kulit Tegang & Awet Muda? Tak Susah, Guna Bahan Dapur Di Rumah Saja

Anda nak kekalkan keremajaan kulit? Amalkan makanan awet muda ini. Selain daripada buah untuk awet muda, terdapat juga makanan lain untuk cantikkan kulit

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Pemakanan Di Usia Emas, Sihat Pada Usia Emas 26/11/2020 . 3 minit bacaan

Makan Ayam Boleh Jadi Punca Tumbuh Fibroid Rahim Wanita, Benarkah?

Ketumbuhan fibroid di dalam rahim boleh terbentuk atas pelbagai sebab yang berbeza. Namun, sesetengah kajian mengatakan makan ayam juga boleh menjadi punca.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 19/11/2020 . 3 minit bacaan

Risau Fibroid Membesar Di Dalam Rahim? Jaga Diet Anda, Ada Makanan Yang Boleh Kecutkan Fibroid!

Pelbagai cara dicuba oleh wanita dalam usaha mengubati ketumbuhan di dalam rahim. Dakwaan baharu mengatakan diet makanan tertentu dapat kecutkan fibroid!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 12/11/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

makanan tidak berkhasiat

Memori Otak Anda Akan Lebih ‘Power’ Kalau Kurang Ambil 5 Jenis Makanan Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 19/01/2021 . 3 minit bacaan
sistem penghadaman manusia

10 Fakta Menarik Mengenai Sistem Pencernaan Manusia Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 31/12/2020 . 4 minit bacaan
batu karang buah pinggang

Penghidap Batu Karang Buah Pinggang MESTI Kurangkan Makan Makanan Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 17/12/2020 . 3 minit bacaan
soya masalah fibroid

Wanita Ada Fibroid Tak Boleh Makan Makanan Bersoya: Fakta @ Auta?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 16/12/2020 . 3 minit bacaan