Bayi akan mendapat tenaga (dalam bentuk glukosa) yang berlebihan dari yang diperlukannya, dan tenaga lebihan ini akan tersimpan sebagai lemak badan yang akan menyebabkan makrosomia (didefinisikan sebagai bayi yang lahir dengan berat 4.0kg atau lebih).
Bayi makrosomia akan meningkatkan risiko komplikasi ketika bersalin dan/ atau kemungkinan untuk bersalin melalui pembedahan Caesarean section.
Anda mungkin berminat:
Komplikasi ketika bersalin yang boleh berlaku termasuklah:
-
- Tempoh bersalin menjadi lama
- Bahu bayi tersekat
- Kekoyakan perineum darjah tinggi
- Tumpah darah (pendarahan pasca-bersalin)
- Kecederaan barchial plexus
- Asfiksia perinatal
- Hipoglisemia neonatal
- Tersedut mekonium
Selain daripada komplikasi di atas, terdapat juga risiko jangka masa panjang untuk bayi tersebut.
Kajian mendapati bayi makrosomia terdedah kepada risiko yang lebih tinggi untuk menghidap obesiti dan diabetes ketika membesar. Oleh itu, mengawal paras gula untuk mendapatkan bacaan normal kencing manis semasa mengandung adalah sangat penting.
Mendapatkan bacaan normal semasa mengandung

Dalam merawat diabetes gestasi, pemantauan bacaan paras gula dalam darah adalah penting.
Ini kerana, ia dapat membolehkan pesakit dan juga doktor mengenal pasti sama ada paras gula adalah terkawal dan bacaan normal kencing manis semasa mengandung berjaya dicapai.
Kaedah pemantauan utama adalah melalui pemantauan kendiri (SMBG). Kaedah ini digunakan untuk kedua-dua pesakit yang menghidap kencing manis sedia ada dan juga mereka yang menghidap diabetes gestasi.
Berdasarkan bacaan yang diperolehi ini, doktor dapat melaraskan kandungan dan jenis ubat yang perlu digunakan untuk memastikan paras gula terus berada dalam tahap yang terkawal.
Sasaran bacaan normal kencing manis semasa mengandung adalah seperti berikut:
- Sebelum makan/ ketika puasa semalaman: ≤5.3 mmol/L
- 1 jam selepas makan: ≤7.8 mmol/L
- 2 jam selepas makan: ≤6.7 mmol/L
Kawalan paras gula ini dicapai melalui penggunaan ubat antidiabetik.
Kadangkala, insulin juga akan digunakan untuk melengkapi kesan ubat antidiabetik. Selain penggunaan ubat, modifikasi diet juga akan dilakukan demi meningkatkan keberkesanan rawatan yang diberikan.
Walau bagaimanapun, mendapatkan bacaan normal kencing manis semasa mengandung bukanlah satu-satunya matlamat rawatan.
Disebabkan wanita hamil yang mengalami diabetes gestasi terdedah kepada risiko yang tinggi (5 kali ganda) untuk menghidap pre-eklampsia, ubat pencegahan pre-eklampasia (aspirin dos rendah bermula minggu ke-12) turut diberikan.
Tuntasnya, kehamilan adalah salah satu pengalaman hidup yang cukup bermakna.
Menyedari hakikat bahawa anda akan melahirkan ‘ahli baru’ kepada keluarga anda pasti membawa kegembiraan yang tidak terkata. Untuk itu, persediaan rapi perlu dibuat agar anda tidak terkejut dengan realiti kehamilan.