Gula-gula atau pastri
Keinginan pada gula boleh dipuaskan dengan mengambil buah-buahan seperti pic, ceri, atau melon. Simpan buahan kering seperti kismis atau prun, juga antara kaedah yang baik untuk menghilangan rasa mengidam.
Soda
Sparkling water dengan perahan air buah atau potongan oren boleh menggantikan keinginan untuk minuman soda. Ia memberikan rasa yang sama seperti soda tetapi kurang kalori dan tiada kafein.
Keju
Keinginan memakan keju boleh dibantu dengan membeli keju rendah lemak atau rendah kandungan sodium. Terdapat individu sukakan yis pada makanan – yang mempunyai rasa enak, manis dan kandungan kalori yang rendah daripada keju. Yis kaya dengan vitamin B-kompleks dan asid folik, dan diperkayakan dengan vitamin B12.
Daging
Keinginan memakan daging seperti daging lembu menunjukkan kekurangan zat besi. Ia biasa melibatkan keinginan untuk memakan burger atau stik. Wanita yang dalam tempoh haid biasa mengalami kekurangan zat besi. Anda boleh memilih untuk mendapat kacang, atau buahan kering. Jika masih menginginkan daging, anda boleh memilih daging organik sebagai sumber zat besi, tetapi pastikan ia dalam jumlah yang terkawal iaitu 15% daripada jumlah pengambilan makanan harian. Vitamin C membantu penyerapan zat besi, jadi pastikan anda mengambil vitamin C bersama makanan tinggi zat besi anda. Pilihan yang ada adalah seperti buahan citrus, tomato, beri dan lada benggala.
Cara mengurangkan rasa mengidam makanan
Terdapat beberapa kaedah untuk mengurangkan keinginan sesuatu makanan, seperti:
- Mengurangkan tekanan
Tekanan dan emosi boleh mempengaruhi pelbagai isu kesihatan. Perasaan tertekan boleh menyebabkan peningkatan emosi makan dan mengakibatkan rasa ingin makan makanan yang menenangkan. Terdapat kajian yang mengatakan individu wanita dengan tekanan lebih cenderung untuk menginginkan makanan manis berbanding wanita tanpa tekanan. Makanan kerana tekanan boleh menyebabkan pertambahan berat badan.
- Minum air dengan banyak
Rasa lapar dan dahaga boleh mendatangkan rasa sensasi yang sama dalam otak, yang menyebabkan otak boleh menjadi keliru. Salah satu cara untuk mengurangkan keinginan adalah dengan memastikan badan cukup hidrat sepanjang hari. Minum air dengan banyak dapat membantu menyingkirkan toksin dari badan, yang mana turut mendatangkan manfaat kepada tahap kesihatan seseorang individu.
- Tidur yang mencukupi
Terdapat kajian yang mengatakan tidak cukup tidur boleh menjejaskan keseimbangan hormon badan. Ini menyumbang kepada makanan dengan banyak dan pertambahan berat. Kajian ini turut menyatakan individu yang kurang tidur ini mendapatkan tidur yang mencukupi, mereka kehilangan berat badan, yang membuktikan hormon mereka kembali menjadi seimbang.
- Dapatkan protein secukupnya
Diet pemakanan sihat harus mengandungi banyak sumber protein yang seimbang, kerana dapat membantu mengurangkan nafsu makan. Dalam kajian jurnal Obesity, mendapati lelaki dengan berat badan berlebihan dapat mengurangkan keinginan mereka sehingga 60% dengan pengambilan kalori harian yang terdiri daripada 25% protein. Kajian yang sama juga menunjukkan diet protein tinggi membantu mengurangkan sehingga 50% keinginan memakan snek pada waktu malam.
- Mengunyah gula-gula getah
Mengunyah gula-gula getah membuatkan mulut anda ‘sibuk’ dan mengurangkan keinginan makan manis dan masin. Dalam satu kajian kecil tetapi signifikan dalam pengambilan snek manis dan masin dalam kalangan individu yang mengunyah gula-gula getah dengan individu yang tidak; menunjukkan mereka yang mengunyah gula-gula getah akan menjadi kurang lapar, kurang keinginan untuk makan makanan ringan, dan merasa lebih kenyang berbanding mereka yang tidak mengunyah gula-gula getah.
- Elakkan kelaparan
Diet pemakanan yang sihat tidak akan membiarkan diri kelaparan. Malahan, kelaparan atau kurang makan boleh menyebabkan rasa mengidam atau keinginan makan itu akan menjadi lebih teruk. Apabila badan dalam keadaan lapar, ia akan memerlukan makanan berkalori padat lebih banyak daripada biasa, termasuk makanan bergoreng dan diproses. Daripada membiarkan diri anda merasa lapar yang keterlaluan, anda boleh memilih untuk makanan secara kerap dan teratur serta mengambil snek yang sihat seperti buah-buahan untuk mengelakkan potensi rasa lapar.
- Mengawal pemakanan
Bagi sesetengah individu, menghindari terus makanan yang mereka ingini atau mengidam hanya akan memburukkan lagi keadaan. Ini cenderung untuk menyebabkan makan secara berlebihan atau rasa berserabut tanpa makanan tersebut. Dalam situasi ini, mungkin adalah lebih baik untuk memenuhi rasa dan keinginan itu dengan nisbah pengambilan makanan yang sedikit, dan terkawal.
Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen