backup og meta

Mama, Usah Risau Kalau Posisi Bayi Songsang, Ada Cara Nak Tukar Ke Kedudukan Normal!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 27/06/2022

    Mama, Usah Risau Kalau Posisi Bayi Songsang, Ada Cara Nak Tukar Ke Kedudukan Normal!

    Kira-kira 3-4% kelahiran yang berlaku dalam kalangan ibu hamil merupakan kelahiran songsang. Mungkin jumlah tersebut lebih tinggi jika ia berkaitan dengan baby songsang. 

    Walau bagaimanapun, terdapat kes di mana bayi yang pada asalnya songsang berubah kepada posisi asal sebelum dilahirkan.

    Artikel ini akan membincangkan tip dan rawatan yang mungkin dipreskripsikan kepada ibu yang mengalami baby songsang.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Posisi normal bayi

    baby songsang

    Secara amnya, posisi normal bayi sebelum dilahirkan adalah kepala di bawah dan kaki atas.

    Jika anda mengalami kehamilan songsang, kepala bayi anda akan berada di atas, dan kaki mereka akan menghala ke arah bukaan rahim.

    Kalau posisi tersebut tidak berubah, ia boleh menyebabkan komplikasi kepada ibu dan anak.

    Oleh sebab itulah mereka yang mengalami kehamilan songsang sering disarankan untuk melahirkan anak melalui pembedahan czer.

    Ia dianggap sebagai alternatif yang lebih selamat untuk ibu dan anak.

    Walau bagaimanapun, bukan semua posisi songsang perlu melalui pembedahan. Cumanya ia merupakan alternatif yang lebih efektif.

    Faktor berikut boleh meningkatkan risiko anda untuk mengalami kehamilan songsang:

    1. Wanita yang sudah mengalami lebih daripada 1 kehamilan.
    2. Mereka yang hamil anak kembar.
    3. Wanita yang pernah melahirkan bayi pramatang.
    4. Ibu yang tidak mempunyai air ketuban yang cukup. Tanpanya, pergerakan bayi terhad.
    5. Wanita yang mengalami masalah plasenta praevia.
    6. Ibu yang mempunyai bentuk rahim tidak normal.
    7. Wanita yang didiagnosis dengan masalah fibroid.

    Bagaimana nak tahu jika baby songsang

    Posisi bayi tidak perlu diperiksa ketika anda berada di dalam trimester satu, dua dan di awal trimester 3.

    Ini berikutan bayi tersebut akan bergerak menyebabkan posisi mereka bertukar secara kerap.

    Kebiasaannya, doktor akan mula risau akan posisi bayi songsang semasa kandungan anda mencapai usia 35 minggu dan ke atas.

    Pada ketika itu, faktor seperti saiz bayi menyukarkan mereka untuk bergerak, bertukar posisi.

    Ini bermakna, bantuan daripada luar perlu diberikan untuk memastikan mereka berada pada kedudukan yang betul.

    Semasa janji temu pranatal anda, doktor akan membuat pemeriksaan fizikal bagi merasai struktur kepala dan punggung bayi.

    Jika kepala bayi berada pada kedudukan organ perut anda, bayi berada dalam kedudukan songsang.

    Pemeriksaan fizikal ini akan disahkan dengan penggunaan alat ultra bunyi sebelum anda melahirkan anak.

    Prosedur untuk tukarkan posisi bayi

    ibu hamil

    Jika kandungan anda hampir mencapai usia matang, kita tidak boleh bergantung kepada usaha bayi untuk berpusing kepada posisi asal.

    Bantuan perlu diberikan bagi memastikan kejayaan penukaran posisi itu berada pada tahap yang optimum.

    Kaedah yang akan digunakan selamat namun pasangan suami isteri akan melalui sesi kaunseling terlebih dahulu bagi memahami kebaikan dan risikonya.

    Cara yang paling kerap digunakan adalah versi eksternal (EV). 

    Ia merupakan satu kaedah manual bagi memusingkan kedudukan bayi songsang menggunakan tangan melalui perut ibu.

    Menurut Kolej Obstetrik dan Ginekologi Amerika (ACOG), prosedur ini kebiasaannya akan disarankan kepada ibu yang sudah mencapai usia 36 minggu.

    Pantauan akan dibuat sepanjang prosedur tersebut dijalankan bagi mengelakkan komplikasi.

    Walaupun dengar seperti mudah, hanya 50% prosedur berjaya menukarkan posisi baby songsang.

    Anda mungkin berminat:

    Terdapat juga teknik lain yang popular bagi menggalakkan bayi untuk berpusing dengan sendirinya kepada kedudukan ideal.

    Antaranya adalah:

    1. Berdiri menggunakan tangan di dalam kolam berenang.
    2. Tinggikan kedudukan pinggul menggunakan bantal atau anak tangga.
    3. Gunakan minyak pati bagi menggalakkan bayi songsang menukar posisi. Tip ini hanyalah testimoni para ibu, jika anda ingin mengamalkannya, rujuk dengan doktor anda.

    Komplikasi yang boleh dialami oleh ibu baby songsang

    ibu hamil

    Secara amnya, kehamilan songsang tidak berbahaya sepanjang tempoh kehamilan.

    Risiko komplikasi cuma hadir ketika ibu hendak bersalin.

    Oleh sebab kepala adalah struktur terakhir keluar bagi baby songsang, mereka berisiko untuk mengalami masalah pernafasan setelah tali pusat dipotong.

    Walaupun kebanyakan pekerja kesihatan sudah dilatih untuk menyambut baby songsang, risiko komplikasinya lebih tinggi berbanding dengan kehamilan biasa.

    Tambahan pula, mereka yang hamil songsang lebih cenderung untuk melalui prosedur czer.

    Mereka berisiko mengalami komplikasi pembedahan seperti masalah pernafasan (ubat bius), kecederaan organ berdekatan dengan rahim dan pendarahan.

    Konklusi

    baby songsang

    Kelahiran songsang boleh berlaku kepada ibu hamil yang mempunyai faktor risiko tertentu.

    Oleh sebab kehamilan sebegini boleh menyebabkan komplikasi, penting bagi setiap ibu hamil untuk hadir pemeriksaan rutin mereka.

    Jika anda mempunyai soalan berkaitan dengan topik ini, ajukan kepada doktor anda sekarang.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 27/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan