Baby Sudah Pandai Menangis Sejak Dalam Rahim? Ini Sebab Mengapa Tangisan Si Manja Terjadi

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Diterbitkan pada 12/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Sepanjang tempoh kehamilan, pastinya anda sentiasa menduga apa yang bayi dalam kandungan sedang buat, kan? Tapi percaya tak masa dalam rahim pun, si manja sudah mula menangis?

Perilaku bayi dalam kandungan

Apabila secara tiba-tiba anda mendapat tendangan hat-trick daripada si manja yang masih di dalam rahim, pastinya akan tertanya-tanya apakah yang sedang bayi lakukan, betul tak?

Tetapi adakah anda tahu bahawa bayi dalam kandungan juga boleh menangis? 

Ya, menangis. Bayi yang masih dalam rahim boleh menangis. Cuma ia bukanlah seperti apa yang anda bayangkan. 

Mustahil untuk anda dapat mendengar tangisan mereka dari rahim. Tetapi tunggu sebaik sahaja dilahirkan, anda pasti akan mendengar jeritan pertama si manja.

Bukti bayi dalam kandungan menangis

Untuk memahami keadaan bayi menangis dalam tempoh kehamilan, anda harus sedar ia bukan dinilai kepada bunyi tangisan semata-mata. Ia turut melibatkan tingkah laku menangis. 

Tangisan si manja tidak akan dapat didengar selagi mereka berada di dalam kandungan yang berisi cecair amniotik (air ketuban)

Bagi menentukan bagaimana bayi menangis, para penyelidik mempelajari tingkah laku dan tindak balas fizikal kompleks yang berhubung kait dengan tangisan. 

Dalam kajian dilakukan pengkaji daripada New Zealand pada 2005 menunjukkan video ultrabunyi bayi yang dianggap sedang menangis. 

Beberapa pecahan dilakukan, melibatkan gerakan badan dan pernafasan bagi mengesahkan bayi dalam kandungan itu menangis.

Tingkah laku sepanjang tempoh kehamilan

Sebelum ini, telah dibuktikan bayi ketika masih dalam kandungan melakukan 4 keadaan tingkah laku, termasuklah bertenang, aktif, tidur dan terjaga. 

Pada usia kandungan 20-minggu, bayi dapat melakukan tindakan yang diperlukan untuk menangis, seperti:

  • Memanjangkan lidah
  • Menyelaraskan pernafasan yang lebih kompleks
  • Membuka rahang
  • Menggerakkan mulut
  • Menggigilkan dagu
  • Menelan 

Bayi dalam kandungan dikatakan mula menangis apabila mencapai usia 24-minggu tempoh kehamilan.

tempoh kehamilan

Melalui kajian yang sama, menyatakan tangisan bayi boleh didengar dunia luar apabila terjadi fenomena yang sangat jarang disebut sebagai vagitus uterinus.

Ia berlaku melibatkan bayi menangis dalam kandungan semasa pembedahan di mana udara telah dibenarkan memasuki rahim

Ini bermakna bunyi tangisan pertama bayi hanya boleh berlaku semasa peralihan ke dunia luar.

Dalam kajian lain pada 2011 yang memfokuskan tentang ekspresi wajah si manja sebelum kelahiran sebagai penunjuk utama tindak balas tangisan.

Pastinya mana-mana ibu bapa yang pernah melihat bayi tantrum dan menangis, boleh membayangkan raut wajah si manja apabila rengekan tangisan bermula, kan?

Melalui kajian ini, saintis bersetuju bahawa tingkah laku bukan vokal berkaitan tangisan telah berkembang sebelum bayi dilahirkan.

Ini bermakna semasa membuat ujian ultrabunyi, anda mungkin melihat ekspresi wajah si comel berkerut, tetapi tiada bunyi yang didengar. 

Latihan bayi dalam kandungan 

Secara mudahnya, tindak balas yang berlaku itu dianggap sebagai latihan sebelum berlakunya tangisan yang sebenar, di dunia nyata. 

Dalam kajian yang disebutkan di atas, pengkaji menggunakan bunyi untuk mengejutkan janin dalam kandungan bagi mencapai tindak balas tangisan, untuk menghindari perkara yang boleh menyebabkan kesakitan. 

Walaupun masih ada perdebatan tentang masa yang tepat dalam tempoh kehamilan, namun rata-rata saintis bersetuju bahawa bayi boleh berasakan kesakitan pada trimester ketiga.

Kajian tentang tangisan membuktikan bahawa bayi dapat memproses sesuatu sebagai rangsangan negatif dan bertindak balas terhadapnya. 

Bina jalinan bersama bayi dalam kandungan 

Menyedari bahawa bayi yang masih dalam rahim boleh memberikan rangsangan, pastinya anda mahu membentuk 1 ikatan dengan mereka walaupun dalam tempoh kehamilan, kan?

Berikut beberapa perkara yang boleh membantu membina jalinan sebelum kelahiran bayi:

bayi-dalam-kandungan-menangis

  • Berbual dan bernyanyi dengan bayi anda
  • Menyentuh dan memberikan gosokan lembut pada perut
  • Membalas tendangan bayi. Berikan tekanan atau gosokkan lembut pada tempat tendangan berlaku dan perhatikan tindak balas mereka
  • Mainkan alunan muzik lembut dan santai untuk bayi
  • Luangkan masa untuk anda merehatkan minda, berjalan-jalan atau mandi air panas dan memikirkan tentang si manja
  • Lakukan ujian ultrabunyi. Melihat bayi dalam kandungan bergerak boleh menjadi pengalaman bernilai bagi ibu bapa dan membuatkan kehadiran mereka jadi nyata
  • Banyakkan berehat. Ibu yang kurang tekanan semasa kehamilan melahirkan bayi yang lebih sihat

Perkara normal

Walaupun bayi boleh menangis semasa berada di dalam rahim, namun ia bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan. 

Ia adalah perkara normal berkaitan tumbesaran si manja dalam tempoh kehamilan. 

Paling penting, ibu mengandung harus sentiasa memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan yang baik

Elakkan daripada memberikan diri tekanan yang berlebihan, atau ia boleh memberikan impak pada kandungan dan kesihatan anda sendiri. Jadi diri ya, wahai bakal mommies!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

1
Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Nak Tahu Mengapa Ibu Hamil Senang Alami Mood Swings? Ada Kaitan Dengan 7 Hormon Ini!

Mood swings dengan ibu mengandung ibarat irama dan lagu, sukar dipisahkan. Tetapi perubahan hormon apakah yang menjadi punca kepada keadaan tersebut?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 18/08/2020 . 3 minit bacaan

AWAS Masalah Air Ketuban Sedikit Petanda Bahaya Pada Janin! Nak Atasinya? Ikut 5 Tip Ini

Masalah air ketuban sedikit boleh berpunca daripada perkembangan anak dalam kandungan. Jika tidak diberi perhatian, ia boleh menyebabkan komplikasi.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 11/08/2020 . 3 minit bacaan

Teruja Nak Scan Bayi, Tapi Tak Nampak Apa-apa? Ini Mungkin Petanda 3 Masalah Hamil

Pastinya anda teruja untuk melakukan scan bayi, kan? Eh, kejap kenapa tak nampak kantung kehamilan masa imbasan? Adakah ia petunjuk masalah kehamilan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Perkembangan Kehamilan 27/07/2020 . 3 minit bacaan

Bayi Menendang Dalam Perut Bukan Saja-saja! Ini 9 Fakta Menarik Si Manja Di Alam Rahim

Pergerakan bayi dalam kandungan merupakan satu parameter penting yang perlu dipantau oleh ibu hamil. Ketahui 9 fakta menarik mengenainya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 24/07/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

urat simpul

Jangan Ambil Mudah Masalah Urat Simpul Semasa Hamil! Ini Keadaan PERIT Yang Dialami Bakal Ibu

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan
wanita mengandung

Sudah 4 Minggu Hamil? Tahniah, Tapi Hati-hati, Ada 9 Makanan Ibu Tak Boleh Makan Awal Mengandung!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
meruang ketika hamil

Meruang Masa Mengandung, Boleh Ke? 5 Sebab Ini Akan Buat Anda Berfikir 2x Sebelum Lakukannya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 01/09/2020 . 3 minit bacaan
wanita hamil

Ibu Hamil Mengidam Nak Makan Jambu Batu? Boleh Ambil Tapi Ada Hadnya, Kalau Tak Berisiko Pada Janin

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 26/08/2020 . 3 minit bacaan