backup og meta

Paras Gula Normal Semasa Hamil PENTING Untuk Elak Komplikasi Ini, Bakal Ibu Kena Ambil Tahu!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab · Disemak pada 18/04/2022

    Paras Gula Normal Semasa Hamil PENTING Untuk Elak Komplikasi Ini, Bakal Ibu Kena Ambil Tahu!

    Kenapa pentingnya untuk mengetahui bacaan normal kencing manis semasa mengandung, ya? 

    Kehamilan adalah salah satu pengalaman hidup yang cukup bermakna. Namun yang demikian, kehamilan tidak datang tanpa risiko dan komplikasinya.

    Selain hipertensi ketika hamil, salah satu penyakit yang kerap berlaku dalam kalangan ibu yang berbadan dua adalah kencing manis (diabetes gestasi).

    Ikuti artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang mengenainya.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Bagaimana ia boleh terjadi?

    Di luar konteks kehamilan, masyarakat mungkin selalu mendengar bahawa terdapat dua jenis diabetes iaitu diabetes jenis satu dan diabetes jenis dua.

    Diabetes jenis satu disebut sebagai diabetes yang bergantung kepada insulin kerana patofisiologinya membabitkan ketidakupayaan organ pankreas untuk menghasilkan hormon insulin.

    Gangguan ini dipengaruhi oleh keadaan autoimun yang menyerang organ pankreas. Pesakit diabetes jenis satu selalunya adalah golongan kanak-kanak.

    Diabetes jenis dua pula adalah disebabkan oleh kerintangan insulin dan juga kekurangan relatif dalam penghasilan hormon insulin.

    Kebanyakan diabetes adalah daripada jenis ini. Keterjadian penyakit ini disebabkan oleh faktor gaya hidup dan juga kecenderungan genetik. Lazimnya, penghidap diabetes jenis dua adalah golongan dewasa.

    bacaan normal kencing manis semasa mengandung

    Dalam konteks kehamilan, wujud pula satu bentuk diabetes yang lain iaitu diabetes gestasi. Ketika mengandung, tindakan insulin akan sedikit terganggu akibat beberapa hormon (estrogen, kortisol dan human placental lactogen) yang dirembeskan oleh uri.

    Apabila memasuki trimester kedua dan ketiga, uri akan membesar dan matang sepenuhnya. Ini akan menyebabkan rembesan hormon-hormon penggugat insulin berada pada tahap yang tinggi.

    Tindak balas pankreas terhadap rintangan ini adalah dengan menghasilkan lebih banyak insulin demi mengawal paras gula dalam darah. Selepas minggu ke-24, seandainya paras gula terus-menerus gagal dikawal, seseorang itu akan didiagnosis dengan diabetes gestasi. 

    Komplikasi akibat diabetes gestasi 

    Seperti yang disebut dalam bab sebelum ini, penyakit diabetes gestasi membawa risiko untuk beberapa komplikasi obstetrik yang tidak diingini. 

    Secara asasnya, apabila bacaan normal kencing manis semasa mengandung tidak berjaya dicapai, ia akan berpindah ke bayi menerusi uri.

    Ini akan menyebabkan darah bayi juga akan mempu

    nyai kandungan gula yang tinggi. Untuk mengatasi masalah ini, pankreas bayi akan bertindak menghasilkan insulin tambahan.

    Bayi akan mendapat tenaga (dalam bentuk glukosa) yang berlebihan dari yang diperlukannya, dan tenaga lebihan ini akan tersimpan sebagai lemak badan yang akan menyebabkan makrosomia (didefinisikan sebagai bayi yang lahir dengan berat 4.0kg atau lebih).

    Bayi makrosomia akan meningkatkan risiko komplikasi ketika bersalin dan/ atau kemungkinan untuk bersalin melalui pembedahan Caesarean section.

    bacaan normal kencing manis semasa mengandung

    Komplikasi ketika bersalin yang boleh berlaku termasuklah:

      • Tempoh bersalin menjadi lama
      • Bahu bayi tersekat
      • Kekoyakan perineum darjah tinggi
      • Tumpah darah (pendarahan pasca-bersalin)
      • Kecederaan barchial plexus
      • Asfiksia perinatal
      • Hipoglisemia neonatal
      • Tersedut mekonium

    Selain daripada komplikasi di atas, terdapat juga risiko jangka masa panjang untuk bayi tersebut.

    Kajian mendapati bayi makrosomia terdedah kepada risiko yang lebih tinggi untuk menghidap obesiti dan diabetes ketika membesar. Oleh itu, mengawal paras gula untuk mendapatkan bacaan normal kencing manis semasa mengandung adalah sangat penting.

    Anda mungkin berminat:

    Mendapatkan bacaan normal semasa mengandung

    Dalam merawat diabetes gestasi, pemantauan bacaan paras gula dalam darah adalah penting.

    Ini kerana, ia dapat membolehkan pesakit dan juga doktor mengenal pasti sama ada paras gula adalah terkawal dan bacaan normal kencing manis semasa mengandung berjaya dicapai. 

    Kaedah pemantauan utama adalah melalui pemantauan kendiri (SMBG). Kaedah ini digunakan untuk kedua-dua pesakit yang menghidap kencing manis sedia ada dan juga mereka yang menghidap diabetes gestasi.

    Berdasarkan bacaan yang diperolehi ini, doktor dapat melaraskan kandungan dan jenis ubat yang perlu digunakan untuk memastikan paras gula terus berada dalam tahap yang terkawal. 

    bacaan normal kencing manis semasa mengandung

    Sasaran bacaan normal kencing manis semasa mengandung adalah seperti berikut:

    • Sebelum makan/ ketika puasa semalaman: ≤5.3 mmol/L
    • 1 jam selepas makan: ≤7.8 mmol/L
    • 2 jam selepas makan: ≤6.7 mmol/L

    Kawalan paras gula ini dicapai melalui penggunaan ubat antidiabetik.

    Kadangkala, insulin juga akan digunakan untuk melengkapi kesan ubat antidiabetik. Selain penggunaan ubat, modifikasi diet juga akan dilakukan demi meningkatkan keberkesanan rawatan yang diberikan.

    Walau bagaimanapun, mendapatkan bacaan normal kencing manis semasa mengandung bukanlah satu-satunya matlamat rawatan.

    Disebabkan wanita hamil yang mengalami diabetes gestasi terdedah kepada risiko yang tinggi (5 kali ganda) untuk menghidap pre-eklampsia, ubat pencegahan pre-eklampasia (aspirin dos rendah bermula minggu ke-12) turut diberikan. 

    Tuntasnya, kehamilan adalah salah satu pengalaman hidup yang cukup bermakna.

    Menyedari hakikat bahawa anda akan melahirkan ‘ahli baru’ kepada keluarga anda pasti membawa kegembiraan yang tidak terkata. Untuk itu, persediaan rapi perlu dibuat agar anda tidak terkejut dengan realiti kehamilan.

    Kini anda telah tahu bacaan normal kencing manis semasa mengandung!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab · Disemak pada 18/04/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan