8 Tip Turun Berat Badan selepas Bersalin

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Diterbitkan pada 12/12/2018 . 2 minit bacaan
Share now

Semasa hamil, ibu mudah untuk naik berat badan, menyebabkan mereka hilang keyakinan diri untuk bertemu dengan orang ramai. Selepas bersalin pula, kebanyakan ibu akan mendapat semula bentuk tubuh asal mereka. Akan tetapi, bukan mudah untuk ibu baru bersalin turun berat badan. Bagi ibu yang mengalami masalah untuk mendapatkan semula tubuh idaman, tip di bawah mungkin boleh membantu:

1. Jangan paksa diri untuk diet ketat

Selepas melahirkan bayi, kesihatan anda masih belum pulih sepenuhnya. Jadi, anda perlu menambah lebih nutrien bagi meningkatkan keadaan kesihatan anda. Jika anda memaksa diri untuk menjalani diet yang ketat, dengan harapan anda mendapat semula bentuk tubuh anda seperti sebelum hamil, anda mungkin akan mengalami kekurangan keperluan nutrien. Ini akan membahayakan kesihatan anda dan juga menjejaskan pengeluaran susu badan. Anda sepatutnya memilih makanan berkhasiat seperti rumpai laut, terung, tomato, kubis bunga, kubis dan makanan seimbang lain setiap hari.

2. Makan bertih jagung

Bertih jagung adalah snek yang ideal untuk melawan rasa mengidam anda. Walau bagaimanapun, anda perlu mencari bertih jagung yang bebas garam kerana pengambilan garam yang berlebihan memberikan kesan yang negatif kepada kesihatan anda ketika ini.

3. Kunyah gula-gula getah

Gula-gula getah tanpa gula bukan sahaja membantu ibu untuk mengurangkan tekanan dan menyegarkan nafas, bahkan juga membantu mereka mengawal rasa lapar dan selera makan.

4. Senaman ringan tetapi berterusan

Bersenam adalah baik untuk kesihatan dan berat badan anda. Walau bagaimanapun, anda hanya boleh melakukan senaman ringkas terutama pada minggu terawal selepas bersalin. Jika dilakukan dengan kerap dan berterusan, anda akan dapat merasai perubahan pada badan anda.

5. Cukup tidur

Mendapat tidur secukupnya setiap hari adalah perkara yang amat penting buat ibu selepas bersalin. Tidur yang mencukupi bukan sahaja membantu membekalkan tenaga kepada tubuh anda, tetapi juga membantu memulihkan sel dan tisu yang rosak dengan cepat. Jika anda cukup tidur, anda akan kurang rasa hendak makan, sekali gus membantu mengurangkan lemak pada perut anda. Tidur selama 8 jam sehari boleh membantu merehatkan minda anda dan membebaskan tekanan.

6. Makan sarapan pagi

Sarapan pagi juga adalah hidangan penting untuk memulakan hari anda. Ia bukan sahaja membekalkan tenaga untuk tubuh berfungsi dengan berkesan, bahkan juga membantu mengawal jumlah makanan yang anda ambil sepanjang hari. Pun begitu, anda perlu makan sarapan pagi kira-kira 30 minit selepas anda bangun tidur. Jangan ambil sarapan selepas jam 9 pagi.

7. Makan dalam bahagian kecil

Ibu yang ingin menurunkan berat badan adalah dinasihatkan untuk makan dalam kuantiti yang kecil sepanjang hari. Berbanding makan 3 bahagian besar hidangan setiap hari, anda disarankan untuk makan sebanyak 5-6 kali tetapi dalam kuantiti sedikit. Makan seperti ini dapat membantu anda mengelak daripada mengambil terlalu banyak makanan pada setiap kali hidangan. Selain itu, cara ini juga dapat memudahkan makanan dicerna dalam tubuh anda. Makan dalam bahagian kecil juga boleh melawan rasa teringin anda terhadap makanan ringan.

8. Kunyah makanan perlahan-lahan dan lambat

Percaya atau tidak, makan perlahan-lahan dan lambat boleh membantu anda menurunkan berat badan. Satu kajian mendapati bahawa mengunyah makanan perlahan-lahan boleh membuatkan anda kurang lapar satu jam selepas itu. Selain itu, memperlahankan kunyahan anda juga boleh membantu menurunkan pengambilan tenaga, sekali gus melawan rasa lapar anda dan meningkatkan keseronokan anda menikmati hidangan.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kalau Nak Anak Bijak, Ibu Kena Rajin Baca Buku Masa Hamil, Benarkah?

    Benarkah ibu mengandung yang mempunyai tabiat membaca buku menjadikan anak lebih bijak? Ikuti kupasan ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 28/10/2020 . 3 minit bacaan

    Ada Ahli Keluarga Yang Hidap Diabetes? Jika Anda Nak Hindarinya, Ikut 5 Langkah Ini

    Jika ada ahli keluarga anda yang pernah menghidap jenis penyakit diabetes, besar kemungkinan untuk anda turut mendapat kencing manis keturunan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Diabetes 28/10/2020 . 3 minit bacaan

    BAHAYA! Ada Orang Boleh Alami Strok Senyap Tanpa Disedari, Boleh Sebabkan Masalah Kekal

    Tahukah anda, anda boleh mengalami satu keadaan yang disebut penyakit strok senyap. Namun, anda biasanya tidak akan sedar bahawa anda alami strok senyap

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Angin Ahmar/Strok 28/10/2020 . 3 minit bacaan

    Asyik Rasa Lapar Saja? Anda Mungkin Makan Banyak Sebab NAFSU! Ini Cara Nak Elak

    Sering rasa lapar walaupun baru sahaja makan nasi sepinggan? Mungkin anda sebenarnya mengalami lapar palsu atau false hunger.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 28/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    penyakit radang usus

    Penghidap Radang Usus IBD, Ini 13 Masalah Kulit Yang Mungkin Akan Anda Alami

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
    cermin mata atau kanta lekap

    Antara Cermin Mata & Contact Lens, Yang Mana Satu Lebih Baik? Ini Pro & Kontranya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
    paru paru berair

    Orang Kita Masih Percaya Mandi Malam Boleh Buat Paru-paru Berair! Sebenarnya, Fakta @ Auta?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
    ekzema kulit kepala

    Ekzema Kepala Punca Kulit Kepala Selalu Gatal, Sampai Boleh Buat Rambut Gugur?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan