backup og meta

Ini Bagaimana Keinginan Seksual Mempengaruhi Wanita Semasa Hamil

Ini Bagaimana Keinginan Seksual Mempengaruhi Wanita Semasa Hamil

Kenapa keinginan seks atau libido wanita hamil ada naik turunnya semasa tempoh kehamilan? 5 perkara ini mungkin punca utamanya yang anda tidak ketahui.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Libido wanita hamil berubah semasa tempoh kehamilan

Tempoh kehamilan boleh memberi kesan yang besar terhadap keinginan seks wanita. Naik turun libido wanita hamil adalah 1 keadaan normal. 

Tahap keghairahan juga boleh berubah mengikut peringkat kehamilan yang berbeza. 

Bagi sesetengah wanita, mereka mungkin mempunyai tahap keghairahan atau terangsang yang lebih kuat semasa hamil. Pun begitu, ada ibu hamil yang berperasaan sebaliknya. 

Kesan perubahan ketika hamil

Sememangnya, pengalaman sepanjang tempoh kehamilan adalah berbeza dan unik untuk setiap ibu mengandung.

Pun begitu, terdapat beberapa sebab umum yang mendorong kepada perubahan libido wanita hamil.

Secara amnya, dorongan seks wanita akan naik dan surut sepanjang kehamilannya.  

Bagaimana kehamilan mempengaruhi keinginan seks?

Seperti yang kita ketahui, kehamilan mencetuskan banyak perubahan yang boleh mempengaruhi dorongan seks wanita.

Tahap estrogen dan progesteron yang lebih tinggi, serta peningkatan aliran darah ke alat kelamin, boleh menyebabkan keinginan seksual meningkat.

Manakala, masalah mual, keletihan, tekanan, dan banyak perubahan fizikal yang berlaku akibat kehamilan dapat mengurangkan libido wanita hamil untuk melakukan hubungan seks.

libido wanita hamil

Biasanya selepas fasa mual, muntah, dan keletihan pada awal trimester kehamilan, sesetengah wanita mendapati bahawa trimester kedua lebih mudah bagi mereka.

Apabila tahap tenaga kembali pulih, selera makan anda mungkin kembali, dan ia secara tidak langsung mungkin akan meningkatkan tahap libido.

Usah terkejut dengan keadaan yang berlaku, ini kerana sepanjang tempoh kehamilan, perubahan adalah 1 perkara biasa untuk dilalui oleh ibu mengandung. 

5 perubahan badan yang mempengaruhi libido wanita hamil 

Berikut adalah lima cara kehamilan akan mempengaruhi kehidupan seks anda.

  1. Hormon akan turun naik

Dalam trimester pertama kehamilan, tahap estrogen dan progesteron anda meningkat. Gejala pada awal kehamilan yang boleh menurunkan keinginan seksual anda termasuklah:

  • Perubahan hormon
  • Keletihan
  • Rasa mual
  • Kepekaan/ sensitif pada payudara

Sekitar minggu ke-10, peningkatan kadar hormon ini akan menurun. Pada tempoh kehamilan itu, anda cenderung mengalami sedikit keletihan dan loya.

Dengan kehilangan kedua-dua gejala trimester pertama yang kurang menyeronokkan itu, terdapat kemungkinan akan timbul peningkatan pada libido wanita hamil.

Anda akan mula berasa diri lebih bertenaga.

Pun begitu memasuki trimester ketiga, seperti roller coaster, dengan kenaikan berat badan, rasa sakit belakang yang bertambah bersama gejala lain, keinginan seksual ibu hamil mungkin kembali berkurangan.

  1. Payudara yang lebih sensitif dan peningkatan aliran darah

Kehamilan yang berlaku menyebabkan peningkatan aliran darah. Ini terutamanya pada organ seksual, payudara, dan vulva.

Peningkatan aliran darah juga akan mempengaruhi rasa keghairahan dan meningkatkan sensitiviti. Ia adalah keadaan biasa untuk mereka yang berbadan dua. 

Umumnya, situasi tersebut akan memberikan pengalaman seksual yang lebih menyenangkan saat bersama pasangan. 

Jangan terkejut jika terdapat lelehan yang keluar daripada puting. Ini kerana ia adalah tanda persediaan untuk menyambut kelahiran si kecil. 

Setiap perubahan yang berlaku mungkin terjadi dengan mendadak, namun jangan biarkan ia mengakibatkan kejutan pada diri. 

Sebaliknya, raikannya dengan tenang dan sekali gus ia akan dapat meningkatkan keinginan nafsu seks anda. 

libido wanita hamil

  1. Libido mungkin meningkat

Kebanyakan wanita yang mengandung mengalami perubahan keinginan seksual yang meningkat terutamanya pada trimester pertama dan kedua dalam tempoh kehamilan.

Keadaan tersebut biasanya dipengaruhi oleh peningkatan cecair faraj dan tahap sensitiviti klitoris kerana berlaku pertambahan aliran darah pada alat kelamin.

Manfaatkan masa ini dengan pasangan dan kongsi kebahagiaan berkaitan perubahan tubuh anda. Usah malu, okay?

Ini kerana seks semasa mengandung adalah kaedah terbaik untuk kekal berhubungan secara emosi, mental dan fizikal. 

  1. Kebebasan emosi

Kehamilan adalah masa yang unik dalam kehidupan wanita. Ini kerana anda bukannya gemuk tetapi sedang berbadan dua.

Ia secara tidak langsung dapat membebaskan wanita daripada dibelenggu emosi berkaitan keadaan fizikal badan. 

Selain itu, tiada lagi kerisauan tentang kontrasepsi atau sebarang masalah pencegahan kehamilan. Sebaliknya anda hanya perlu memfokuskan tentang hubungan intim yang berlangsung. 

Sudah tentu secara tidak langsung ia memberikan kesan positif dan menjadikan kehidupan seks lebih sihat, tahap tekanan yang rendah dan keadaan badan yang lebih sihat untuk tumbesaran bayi

  1. Lebih menghargai susuk badan dengan rasa hati yang tenang

Pertambahan berat antara 11 hingga 15 kilogram adalah perkara biasa apabila tempoh kehamilan menghampiri minggu ke-40.

Walaupun ada wanita yang menganggap perubahan bentuk badan baharu yang berkembang menjadi tidak selesa, tetapi ada juga individu melihatnya sebagai 1 cara pemikiran dan perasaan baru mengenai tubuh mereka.

ibu mengandung

Dengan keadaan payudara penuh, bentuk punggung yang bulat serta susuk badan yang lebih terbentuk, adakalanya ia meningkatkan libido wanita hamil untuk berasa lebih hangat dan seksi ketika bersama pasangan. 

Perubahan semasa mengandung

Pengetahuan tentang perubahan demi perubahan yang akan berlaku pada tubuh ibu hamil akan dapat membantu anda rasa lebih selesa sepanjang tempoh kehamilan.

Ia adalah 1 keadaan normal untuk dorongan seks wanita turun dan naik sepanjang kehamilan. Perubahan ini adalah selari dengan perubahan fizikal dan hormon yang berlaku pada setiap trimester.

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

All been accessed on Oct 8, 2020 from

https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-depth/sex-during-pregnancy/art-20045318 

https://www.hormone.org/your-health-and-hormones/glands-and-hormones-a-to-z/hormones/human-chorionic-gonadotropin-hormone-hcg

https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/31671702/

https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/26994386/

https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/20626601/

https://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1111/jmwh.12677

https://www.marchofdimes.org/pregnancy/sex-during-pregnancy.aspx

http://americanpregnancy.org/pregnancy-health/sex-and-pregnancy/

Versi Terbaru

31/07/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

Risiko Wanita PCOS Hamil Bahaya Pada Bayi? Ada Kesan Juga Pada Jantina Baby?

Jangan Ambil Mudah Masalah Urat Simpul Semasa Hamil! Ini Keadaan PERIT Yang Dialami Bakal Ibu


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 31/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan