backup og meta

Ada Risiko Jika Proses Bersalin Terlalu Lama, Hingga Mencecah 18 Jam!

Ada Risiko Jika Proses Bersalin Terlalu Lama, Hingga Mencecah 18 Jam!

Bakal ibu dan ayah pastinya tidak sabar bertemu si kecil setelah menanti selama 9 bulan tempoh kehamilan. Tetapi bagaimana jika tempoh bersalin menjadi lama? 

Jom ketahui lebih lanjut mengenai apa yang dikatakan lambat bersalin atau  prolonged labor ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Tempoh bersalin lama?

Lambat bersalin adalah di mana proses beranak mengambil masa yang lama.

Ia berlaku ketika seorang wanita memerlukan tempoh kira-kira 20 jam atau lebih jika ini merupakan kelahiran pertama kali, dan 14 jam atau lebih untuk kehamilan seterusnya

Situasi melahirkan anak yang lama ini ditentukan oleh fasa bersalin dan apakah serviks telah menipis serta dibuka dengan betul bagi proses kelahiran bayi.

Secara amnya, fasa kelahiran bayi dibahagikan kepada 3 peringkat:

  • Peringkat pertama: Bermula daripada fasa awal melahirkan anak sehingga serviks melebar dan menipis sepenuhnya
  • Peringkat kedua: Bermula daripada pelebaran penuh hingga melahirkan
  • Peringkat ketiga: Bermula dengan kelahiran bayi sehingga plasenta dikeluarkan

Tempoh bersalin yang berpanjangan berlaku pada peringkat pertama fasa bersalin. Ia boleh meletihkan dan menjejaskan emosi, tetapi jarang menimbulkan komplikasi kepada ibu.

Tahap awal bersalin lama: Melibatkan proses melahirkan anak yang berpanjangan selama lebih 8 jam tanpa melepasi peringkat pertama.

Tahap pertama bersalin lama: Apabila proses melahirkan anak berpanjangan selama lebih 12 jam tanpa melangkah ke peringkat kedua bersalin.

Tahap kedua bersalin lama: Biasanya memakan masa 5 hingga 30 minit. Tetapi ia menjadi berpanjangan jika:

Oleh itu, seorang ibu hamil dikatakan mengalami masalah lambat bersalin sekiranya masa untuk melahirkan anak itu berlangsung lebih daripada 20 jam.

Sekiranya kandungan adalah bayi kembar atau berganda, maka tempoh bersalin lama adalah pada 16 jam.

Proses melahirkan anak yang berpanjangan boleh berlaku sekiranya:

  • Saiz bayi sangat besar dan tidak dapat bergerak melalui saluran kelahiran
  • Bayi berada dalam kedudukan tidak normal, posisi songsang. Biasanya kepala bayi akan turun ke bawah dan menghadap ke belakang
  • Saluran kelahiran terlalu kecil untuk dilalui bayi
  • Proses kontraksi atau pengecutan rahim sangat lemah

Tanda & gejala lambat bersalin

Proses bersalin akan dipantau oleh doktor.
Proses bersalin akan dipantau oleh doktor.

Antara tanda dan simptom lambat bersalin yang boleh diperhatikan adalah termasuk:

  • Tempoh melahirkan anak melebihi 18 jam: Tanda paling utama adalah kelewatan
  • Keletihan ibu: Wanita yang sedang dalam proses beranak berasa lemah dan letih
  • Gejala fizikal lain adalah seperti sakit belakang yang teramat sangat, denyutan nadi tinggi dan keadaan rahim lembut (tender) juga memberi amaran mengenai fasa bersalin berpanjangan
  • Ketosis: Merupakan komplikasi dehidrasi dan kekurangan karbohidrat (atau glukosa) untuk tenaga dalam badan. Keadaan ini mengakibatkan pengumpulan keton dalam tubuh yang tidak normal

Risiko tempoh bersalin lama

Fasa melahirkan anak yang berpanjangan boleh menyebabkan komplikasi serius pada ibu atau bayi, bahkan berisiko membawa maut.

Antara komplikasi biasa yang boleh dialami ibu adalah:

  • Jangkitan
  • Pecah rahim
  • Fistula genital

Situasi lambat bersalin ini juga boleh membahayakan bayi. Ia boleh menyebabkan:

Sekiranya bayi berdepan kesukaran, anda mungkin perlu melalui fasa kelahiran kecemasan. 

Ini melibatkan pemantauan rapi yang penting untuk memastikan tahap kesihatan anda dan bayi dalam kandungan.

Rawatan untuk tempoh bersalin lama

Sekiranya anda melalui fasa bersalin yang berpanjangan, doktor mungkin akan menyarankan untuk berehat sebentar.

Adakalanya ubat akan diberikan untuk meringankan kesakitan proses bersalin dan membantu anda berehat.

Dalam sesetengah keadaan, anda mungkin akan berasa lebih selesa selepas mengubah posisi atau kedudukan badan.

Rawatan tambahan untuk membantu tempoh bersalin lama ini adalah bergantung kepada punca atau sebab yang mendasari keadaan tersebut. 

Salah satu alat ketika proses bersalin.
Salah satu alat ketika proses bersalin.

Sekiranya bayi sudah sedia berada dalam saluran kelahiran, doktor boleh menggunakan alat khas yang disebut sebagai forcep atau alat vakum bagi membantu mengeluarkan bayi melalui faraj.

Jika doktor berasakan anda memerlukan lebih kuat kontraksi, berkemungkinan akan diberikan 0xytocin.

Ubat ini berfungsi untuk mempercepatkan pengecutan dan menjadikannya lebih kuat.

Seandainya selepas doktor berasa anda sudah cukup kontraksi dan tempoh bersalin masih lambat, proses kelahiran secara pembedahan caesarean adalah pilihan terakhir.

Sekiranya bayi terlalu besar atau ubat yang diberikan tidak mempercepatkan proses beranak, anda memerlukan C-Sec.

Pembedahan Czer mungkin menjadi jawapan kepada beberapa masalah yang menyebabkan wanita berdepan situasi lambat bersalin. 

Punca tidak boleh hamil c-zer lebih 3 kali.
Punca tidak boleh hamil c-zer lebih 3 kali.

Hampir sepertiga C-Sec dilakukan kerana tempoh bersalin yang berpanjangan.

Kelahiran Caesar adalah sangat biasa untuk kehamilan berganda.


Diaggarkan hampir separuh kelahiran kembar dilakukan melalui prosedur C-Sec, sementara 90% kembar tiga dilahirkan dengan proses pembedahan ini.

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Prolonged labor. https://americanpregnancy.org/healthy-pregnancy/labor-and-birth/prolonged-labor-9140/ Accessed on July 3, 2021
  2. Prolonged labour. https://medicalguidelines.msf.org/viewport/ONC/english/7-1-prolonged-labour-51417461.html. Accessed on July 3, 2021 
  3. Prolonged labor. https://www.open.edu/openlearncreate/mod/oucontent/view.php?id=277&printable=1. Accessed on July 3, 2021 
  4. Birth. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4105110/Accessed on July 3, 2021
  5. Late pregnancy and prolonged pregnancy. https://www.health.gov.au/resources/pregnancy-care-guidelines/part-j-clinical-assessments-in-late-pregnancy/prolonged-pregnancy. Accessed on July 3, 2021 

 

Versi Terbaru

04/12/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

BAHAYA, Sawan Eklampsia Berisiko Ancam Nyawa Ibu & Bayi!

Bayi Dalam Kandungan Songsang? Ini Antara Pilihan Selamat Untuk Ibu


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 3 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan