backup og meta

Boleh Tahu Jantina Bayi Melalui Perut Ibu? Ini 5 Mitos Popular Tentang Ramalan Jantina Anak

Boleh Tahu Jantina Bayi Melalui Perut Ibu? Ini 5 Mitos Popular Tentang Ramalan Jantina Anak

Tiada siapa yang dapat menjangkakan tanda mengandung anak perempuan atau lelaki, tanpa bantuan alatan yang serba moden.

Kemajuan teknologi perubatan telah membolehkan kita mengetahui berkenaan dengan perkara tersebut supaya persiapan awal boleh dibuat.

Kebiasaannya, jantina anak boleh diketahui sekitar minggu ke-20 menggunakan alat ultrabunyi jika kemaluan bayi yang diperiksa berada pada kedudukan yang boleh dilihat melalui skrin yang memaparkan imej janin.

Kalau jantina anak tidak dapat ditentukan dengan jelas, ujian genetik sahaja yang boleh memberikan maklumat yang tepat (100 peratus) berkenaan dengan perkara itu.

Walau bagaimanapun, ia hanya disarankan jika janin di dalam kandungan mempunyai masalah genetik.

Tanpa ujian dan peralatan tersebut, pasangan suami isteri hanya boleh bergantung kepada maklumat turun-temurun yang ada atau tiada penerangan saintifik di sebalik jantina anak yang dikandung.

Sempena Hari Kanak-kanak Perempuan Antarabangsa pada 11 Oktober ini, kami bawakan pada anda artikel mengenai kepercayaan popular tentang ramalan jantina bayi dalam kandungan.

Selain itu, ada juga persoalan mengenai bersalin bayi perempuan yang dikatakan lebih mudah berbanding anak lelaki, benarkah? Ikutinya dalam artikel ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

#1 Garis hitam linea nigra bawah perut tanda mengandung anak perempuan?

Garisan hitam pada perut.
Garisan hitam pada perut.

Uri atau plasenta menghasilkan hormon yang boleh merangsang penghasilan dan pengumpulan melanin menyebabkan terbentuknya garis hitam pada abdomen yang dikenali sebagai linea nigra.

Orang dahulu percaya sekiranya garis tersebut terhenti di bawah pusat, anda sedang hamil anak perempuan.

Jika garis tersebut bersambung sehingga ke atas pusat anda sedang hamil anak lelaki.

Tiada penerangan sains berkenaan dengan fenomena ini dan ia merupakan spekulasi yang tidak berasas.

Namun ada sahaja yang percaya, kan?

#2 Kandungan tinggi atau rendah

Ramai individu yang suka komen berkenaan dengan saiz dan kedudukan kandungan anda.

Kata mereka, jika kandungan anak kelihatan tinggi, itu tanda mengandung anak perempuan.

Jika kandungan tersebut rendah, anda sedang hamil anak lelaki.

Persoalannya, bagaimana nak tentukan tinggi rendahnya kandungan tersebut? Kalau di tengah-tengah bagaimana?

#3 Degupan jantung janin laju tanda mengandung anak perempuan?

Menurut sumber yang tidak menunjukkan bukti saintifik, degupan jantung bayi boleh menjadi klu berkenaan dengan jantina bayi.

Sekiranya jantung berdegup melebihi 140 degupan, anda sedang hamil anak perempuan manakala jika lebih rendah daripada 140, anda sedang hamil anak lelaki.

Boleh difahami jika kepercayaan ini dipegang oleh orang dahulu, namun sekarang ini pun ada juga yang masih percaya padanya.

#4 Rambut pada badan tentukan jantina bayi

Warna rambut bayi mengikut genetik ibu bapanya.
Warna rambut bayi mengikut genetik ibu bapanya.

Seronok tak jika anda boleh ramal jantina bayi melalui rambut anda ketika hamil?

Kata orang dahulu, jika rambut anda kelihatan bersinar dan tebal, anda sedang mengandung anak lelaki.

Jika rambut anda kelihatan rapuh dengan warna pudar, anda sedang mengandung anak perempuan.

Keadaan ini boleh dilihat juga pada tubuh badan yang lain (ketiak, betis dan sebagainya).

Jika bulu tumbuh laju, itu tandanya anak lelaki dan jika kadar pertumbuhan bulu kelihatan normal, itu tandanya anak perempuan.

#5 Gunakan cincin untuk tentukan tanda mengandung anak perempuan atau lelaki

Nak tahu auta yang lebih mengarut?

Orang dahulu pernah menggunakan cincin untuk mengetahui jantina anak.

Cabut rambut pada tubuh anda, ikat cincin di hujungnya.

Baring dan gantung cincin tersebut di atas perut anda. Sekiranya ia bergerak dalam bentuk bulat, itu anak lelaki.

Jika ia bergerak persis pendulum (ke kanan ke kiri) itu anak perempuan.

Ada ke beza jika anda mengandung anak lelaki atau perempuan?

Selain daripada penggunaan kaedah moden seperti alat ultrabunyi atau ujian genetik, tiada kaedah lama yang boleh digunakan untuk mengetahui tanda mengandung anak perempuan atau lelaki

Bahkan, kebanyakan daripadanya adalah mengarut dan tidak mempunyai penerangan saintifik yang jelas.

Walau bagaimanapun, terdapat kajian yang menunjukkan wanita yang bersalin anak lelaki lebih cenderung untuk mendapat komplikasi berbanding dengan anak perempuan.

Berikutan daripada fakta tersebut, anak lelaki lebih berisiko untuk mengalami masalah kelahiran pramatang.

Ini berikutan ibu yang hamil anak lelaki mudah untuk mengalami masalah ketika mengandung seperti diabetes gestasi dan preeklampsia.

Ingin mengetahui tarikh jangkaan bersalin anda dengan lebih tepat? Kira EDD anda di kalkulator tarikh bersalin kami.

Perkara ini telah dibuktikan melalui satu kajian yang diterbitkan pada tahun 2016 oleh Institut Kajian Robinson di Universiti Adelaide.

Selain itu, kajian oleh Universiti Kent pada tahun 2018 turut menekankan bahawa ibu mudah untuk mendapat masalah kemurungan selepas bersalin jika bersalin anak lelaki.

Perkara ini boleh berpunca daripada komplikasi yang dialami oleh ibu ketika mengandung atau bersalin anak lelaki.

Konklusi

Jika anda ingin mengetahui tanda mengandung anak perempuan atau lelaki, lebih baik rujuk kepada doktor perubatan bagi mendapatkan pemeriksaan menggunakan alat ultrabunyi.

Setakat ini ujian genetik hanya disarankan kepada golongan tertentu memandangkan ia boleh menyebabkan komplikasi keguguran.

Kajian menunjukkan ibu yang hamil anak perempuan kurang berisiko untuk mendapat masalah kesihatan semasa dan selepas mengandung.

Perhatian!


Walau bagaimanapun, ia tidak bermakna anda kebal daripada sebarang komplikasi jika hamil anak perempuan.

Langkah pencegahan dan nasihat doktor masih perlu diikuti bagi memaksimumkan tahap kesihatan ketika anda sedang mengandung.

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Women who give birth to boys much more likely to have postnatal depression. https://www.sciencedaily.com/releases/2018/11/181106114101.htm.  Accessed on October 7, 2020.

Boy or girl? The difficulties of early gender prediction. https://utswmed.org/medblog/gender-prediction/. Accessed on October 7, 2020.

Stages of pregnancy. https://www.womenshealth.gov/pregnancy/youre-pregnant-now-what/stages-pregnancy. Accessed on October 7, 2020.

Pregnancy. https://www.cdc.gov/pregnancy/index.html. Accessed on October 7, 2020.

Pregnancy: Prenatal Care. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/5181-pregnancy-prenatal-care. Accessed on October 7, 2020.

Versi Terbaru

04/11/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Garis Hitam Di Perut Ketika Hamil Penentu Jantina Bayi, Benarkah?

Ujian Genetik semasa Kehamilan


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 3 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan