Pernah bakal ibu alami rasa gatal teramat sangat, lagi-lagi pada bahagian tangan dan kaki? Kalau pernah, itu mungkin disebabkan kegatalan cholestasis. Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan tersebut dan tip yang boleh dicuba untuk atasinya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Apa itu Cholestasis ketika mengandung?
Cholestasis (keadaan di mana aliran cecair hempedu yang keluar daripada saluran di hati, tersumbat) ketika mengandung adalah sejenis keadaan yang berlaku pada bulan-bulan terakhir kehamilan.
Ianya menyebabkan kegatalan yang melampau, lazimnya di bahagian tangan dan kaki, namun ianya boleh berlaku juga pada bahagian badan yang lain. Walaupun keadaan ini tidak menyenangkan, tiada kesan buruk jangka masa panjang kepada wanita hamil.
Dari sudut janin yang sedang membesar, Cholestasis adalah sesuatu yang merbahaya. Doktor biasanya akan mencadangkan untuk mempercepatkan kelahiran.
Tanda dan simptom kegatalan Cholestasis ketika mengandung
Kegatalan melampau adalah tanda awal Cholestasis ketika mengandung. Kebanyakkan wanita mengandung yang menghidap Cholestasis akan cenderung untuk merasa gatal pada tapak tangan dan tapak kaki. Malah ada yang akan merasa gatal di seluruh badan.

Pada waktu malam, lazimnya, kegatalan ini menjadi lebih teruk dan boleh menggangu tidur. Kegatalan ini dipercayai berlaku lazimnya ketika tempoh trimester ketiga kehamilan namun boleh juga berlaku lebih awal. Selalunya, selepas bersalin, masalah ini akan terus hilang.
Antara tanda dan simptom lain yang kurang berlaku adalah kekuningan kulit dan bahagian sklera, mual dan hilang selera makan.
Siapa yang lebih berisiko untuk menghidap kegatalan Cholestasis ketika mengandung?
Antara faktor risiko utama adalah:
- Sejarah keluarga atau sejarah peribadi menghidapi cholestasis ketika mengandung
- Sejarah penyakit hati
- Kehamilan kembar

Walaupun sesetengah faktor ini dipengaruhi oleh faktor genetik seseorang, kebanyakkannya adalah disebabkan oleh hormon-hormon yang dirembeskan ketika mengandung.
Setelah menghidap keadaan ini, risiko untuk anda menghidapinya ketika kandungan seterusnya adalah lebih tingi berbanding wanita mengandung yang lain. Sekitar 2 per 3 daripada wanita, menghidapi keadaan ini semula dalam episod kandungan mereka yang seterusnya.
Apakah yang menyebabkan Cholestasis ketika mengandung?
Punca yang tepat masih tidak diketahui namun banyak kajian memepercayai bahawa terdapatnya elemen genetik kerana wujudnya corak keturunan dan terdapat sesetengah variasi genetik yang meningkatkan risiko seseorang itu untuk menghidapinya.
Hormon-hormon yang berkait rapat dengan proses kehamilan juga boleh menyumbang kepada terjadinya kegatalan cholestasis ketika mengandung. Cecair hempedu adalah cecair yang dihasilkan oleh hati dan disimpan di dalam pundi hempedu, ianya membentuk memecahkan lemak dalam makanan.
Hormon-hormon kehamilan dikatakan memperlahankan aliran cecair hempedu untuk keluar daripada hati. Akhirnya, ini akan menyebabkan cecair hempedu tersumbat dan bertakung, sebelum memasuki salur darah. Kehadiran asid hempedu dalam tisu badan si ibu inilah yang menyebabkan mereka mengalami kegatalan.
Diagnosis dan rawatan untuk kegatalan Cholestasis ketika mengandung
Untuk mengenalpasti kewujudan cholestasis ketika mengandung, doktor akan bertanya tentang tanda dan simptom di samping sejarah penyakit. Kemudiannya, mereka akan melakukan pemeriksaan sebelum beberapa ujian darah untuk melihat keadaan hati dan juga kandungan asid hempedu dalam darah.

Untuk melegakan kegatalan, anda mungkin akan diberikan ursodiol, ubat yang membantu mengurangkan kandungan asid hempedu dalam darah.
Malangnya, rawatan di rumah tidak berapa berkesan untuk keadaan ini.
Mandi air suam boleh melegakan sedikit ketidakselesaan dan meletakkan kaki atau bahagian yang gatal dalam air suam juga memberi kesan yang sama. Anda boleh juga mencuba untuk meletakkan ais pada bahagian yang berkenaan sebagai cara hilangkan gatal semasa mengandung namun ini hanya kesannya hanyalah seketika.
[embed-health-tool-due-date]