home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Hamil Anak Kembar: Apa Persediaan Anda?

Hamil Anak Kembar: Apa Persediaan Anda?

Tiada yang lebih menggembirakan bagi pasangan yang sedang merancang untuk mendapat anak selain daripada perkhabaran tentang kehamilan mereka. Bagaimana pula jika diberitahu bahawa anda hamil anak kembar? Pasti anda dan pasangan lebih teruja! Dalam menantikan kelahiran bayi-bayi anda, banyak yang perlu anda tahu tentang kehamilan kembar. Selain pertambahan berat badan (yang pastinya lebih daripada ibu hamil tunggal), berikut merupakan fakta tentang kehamilan kembar yang anda mungkin ingin tahu:

Kembar tak semestinya sama wajah

Apabila dikatakan kembar, ramai yang beranggapan bayi kembar mempunyai wajah yang sama. Namun, sebenarnya tidak semua adik-beradik kembar sama. Terdapat dua jenis kembar: kembar seiras dan kembar tidak seiras. Jenis kembar yang anda tidak dapat bezakan dipanggil kembar seiras. Kes seperti ini adalah luar biasa kerana ia memerlukan telur tunggal yang telah bersenyawa dibahagikan kepada dua janin. Namun, kebanyakan kes kembar adalah tidak seiras, di mana dua telur berbeza disenyawakan dengan dua sperma berbeza pada masa yang sama, menghasilkan dua bayi yang kelihatan berbeza sama sekali.

Lebih bayi bermakna penjagaan juga lebih

Jelas sekali, wanita yang hamil kembar memerlukan lebih kalori, lebih vitamin, dan juga lebih mineral. Anda juga perlu kerap berjumpa dengan pakar obstetrik kerana kehamilan kembar lebih banyak risikonya, jadi anda perlu kerap menjalani pemeriksaan dan imbasan ultra bunyi.

Anda akan rasa sangat tidak selesa

Disebabkan pertambahan berat badan dan perubahan hormon berganda berbanding wanita hamil tunggal lain, ibu-ibu yang hamil anak kembar akan mengalami mabuk kehamilan, loya, dan muntah, serta sakit belakang dan kesukaran untuk tidur. Malah, anda juga akan mengalami sedikit pendarahan. Jika pendarahan yang berlaku sedikit dan tanpa rasa kejang atau gumpalan darah, anda tidak perlu risau. Namun, jika sebaliknya berlaku, segera berjumpa dengan doktor, terutama jika pendarahan berlaku tanpa henti.

Bayi mungkin lahir lebih awal daripada jangkaan anda

Kebanyakan kembar akan lahir selepas minggu ke-36 hingga 37 – iaitu beberapa minggu awal berbanding kehamilan tunggal. Juga, tiada masalah jika bayi kembar anda lahir selepas sekurang-kurangnya 34 minggu. Walau bagaimanapun, risiko kelahiran pramatang adalah tinggi untuk kehamilan kembar. Bayi yang lahir terlalu awal biasanya akan mengalami masalah pernafasan dan memerlukan penjagaan khas.

Risiko penyakit lain

Dilaporkan bahawa ibu hamil kembar berkemungkinan tinggi mendapat diabetes gestasi (kencing manis semasa hamil) yang boleh mengakibatkan diabetes jenis 2 di kemudian hari. Ibu juga boleh mendapat pre-eklampsia, dengan tanda-tanda tekanan darah yang lebih tinggi, dan ada kalanya dengan pengumpulan air dan proteinuria.

Penting untuk anda faham akan keadaan diri anda dan beritahu doktor tentang keadaan anda. Dengan teknologi terkini dalam perubatan dan penjagaan kesihatan, kebanyakan kehamilan kembar kini dapat membantu kelahiran bayi yang sihat. Anda hanya perlu lebih berhati-hati jika hamil anak kembar, ikut arahan doktor dan sentiasa bersedia.

Kalkulator Ovulasi

Kalkulator Ovulasi

Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

Kalkulator Ovulasi

Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

Kalkulator Ovulasi

Panjang Kitaran

(hari)

28

Objektif

(hari)

7

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

11 Things You Didn’t Know About Twin Pregnancies. http://www.webmd.com/baby/features/11-things-you-didnt-know-about-twin-pregnancies#1. Assessed August 19, 2016.

Twin Pregnancy Facts. http://www.parents.com/pregnancy/my-baby/twins-multiples/twin-pregnancy-facts/. Assessed August 19, 2016.

Obesity and Pregnancy. http://www.acog.org/Patients/FAQs/Obesity-and-PregnancyAssessed August 19, 2016.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Dian Sonnerstedt Disemak pada 12/09/2019
x