Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Suami Teman Isteri Bersalin? Ikuti Pengalaman Bapa Muda Ini Masuk Labour Room Pertama Kali!
Sebagai seorang suami, anda pasti tidak senang duduk ketika teman isteri bersalin di dewan atau bilik bersalin. Manakan tidak, ia adalah saat penting di mana anda bakal bergelar bapa!
Bukan isteri yang sedang menunggu detik bersalin sahaja ‘menggelabah’, tetapi si bakal bapa ini juga sudah tentu ada ragam tersendiri disebabkan rasa risau, takut dan dalam masa yang sama, teruja. Bagaimana pula cerita jika ia adalah kali pertama buat encik suami?
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Bukan isteri sahaja kena bersedia untuk bersalin?
Sering kali kita jumpa artikel tentang to-do list berkaitan perkara yang perlu bakal ibu persiapkan sebelum masuk ke bilik bersalin, namun agak kurang maklumat untuk bakal bapa.
Logiknya, memang benar jika si isteri yang perlu berdepan dan berjuang dengan proses kelahiran bayi, namun ini bukan bermakna anda sebagai encik suami boleh berpeluk tubuh sahaja.
Selain perlu hadir teman isteri bersalin untuk sokongan moral, suami juga bertanggungjawab menyediakan apa yang penting sebelum proses itu berlaku lagi seperti kos, lokasi, pengangkutan dan 1001 persiapan lain bagi memudahkan kelahiran anak anda!
Bagi bakal bapa kali pertama, situasi ini mungkin akan agak merunsingkan. Usah bimbang lagi, kami akan kongsikan pengalaman seorang bapa muda yang berhasrat teman isteri bersalin.
Pada April 2021, pasangan muda ini mula syak akan hadirnya bakal penyeri rumah tangga mereka selepas pemeriksaan ujian kehamilan menunjukkan double line berserta banyak lagi gejala yang lain.
Mengenangkan kehamilan ini terjadi di era pandemik, perasaan bapa muda ini sedikit terkejut namun teruja dan kekal tenang bagi memastikan isteri serta bayi di dalam kandungan itu dapat menjalani dan melalui proses ini dengan jayanya!
“Pada pendapat saya, kehamilan selama tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu mungkin sedikit sebanyak membantu saya untuk menjaga dan memberi perhatian yang lebih pada isteri mengandung,” jelas Amir Aizat.
Walau bagaimanapun, bak kata pepatah, langit itu tidak selalu cerah dan ia tepat menggambarkan situasi bapa muda ini yang berdepan sedikit masalah selepas semua persiapan kelahiran sudah siap.
Risau komplikasi berlaku, bergegas ke hospital kerajaan
Sebenarnya, rancangan awal pasangan muda ini adalah untuk melahirkan anak mereka di sebuah klinik bersalin swasta namun disebabkan isterinya mengalami komplikasi, mereka terpaksa membuat keputusan drastik berpindah hospital.
Hampir 5 jam ‘berperang’ dengan kontraksi, bukaan rahim Ainina hanya 3 cm sahaja. Jadi, bagi mengelakkan bersalin secara induce dan komplikasi lain, maka doktor di klinik tersebut merujuk kes mereka ke hospital kerajaan yang berdekatan.
“Akhirnya, saya telah membuat keputusan untuk membawa isteri ke Hospital Selayang, Selangor untuk proses melahirkan dan di sana adalah pengalaman kali pertama buat saya teman isteri bersalin,” jelas bapa muda ini lagi.
Pengalaman kali pertama teman isteri bersalin
Disebabkan pada ketika itu kita masih di era pandemik COVID-19, para suami yang ingin masuk ke dewan untuk teman isteri bersalin perlu menjalani pemeriksaan swab test terlebih dahulu.
Suami hanya dibenarkan masuk dan menemani isteri jika keputusan swab test negatif. Jadi, sementara menunggu keputusan ujian swab Amir Aizat, isterinya itu telah pun selamat bersalin di hospital tersebut.
Walaupun terkilan tidak dapat bersama isteri menyambut anak mereka bersama-sama di labour room, namun Amir Aizat bersyukur isterinya selamat melahirkan bayi perempuan comel.
Tepat pada tanggal 19 Disember 2021, bayi yang diberi nama Arya Aleena selamat dilahirkan dengan berat normal 3.02 kg, bertempat di Hospital Selayang, Selangor.
“Walaupun tidak sempat berada di sisi isteri ketika Arya Aleena dilahirkan, saya masih berpeluang untuk masuk ke bilik bersalin dan mengambil uri untuk dibawa dan ditanam di rumah,” kongsinya lagi.
Dibenarkan untuk pulang pada keesokan hari, Amir Aizat dan Ainina terpaksa untuk meninggalkan bayi mereka buat seketika di hospital untuk fototerapi akibat jaundis.
Arya Aleena telah pun pulih beberapa hari selepas itu dan kini membesar dan menjadi penyeri kehidupan buat pasangan ini!
[embed-health-tool-due-date]
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Interview Amir Aizat & Ainina
Stages of labor and birth: Baby, it’s time!, https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/labor-and-delivery/in-depth/stages-of-labor/art-20046545, Accessed Jun 14 2022.
Types of Birth – Labor & Delivery, https://www.mobapbaby.org/Labor-Delivery/Types-of-Birth, Accessed Jun 14 2022.
Who can be my birth partner?, https://www.tommys.org/pregnancy-information/giving-birth/labour-and-birth-faqs/who-can-be-my-birth-partner, Accessed Jun 14 2022.
Partner & Father Support, https://www.lamaze.org/birth-partner, Accessed Jun 14 2022.
The Importance of Support & Birthing Partners, https://www.thebirthcollective.org/the-importance-of-support-birthing-partners/, Accessed Jun 14 2022.